♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Tuesday 25 February 2014

~ Tonsillectomy ~

11/2/14

Incik Suami admit wad 1A Hospital Teluk Intan(HTI) untuk melakukan pembedahan membuang tonsil. Pepagi lagi, saya hantarkan dia ke wad, pastu saya gerak masuk ofis memandangkan keje saya yang menimbun, tak boleh cuti lama. Kul 5 petang, kuar dari ofis, saya terus ke HTI, berkampunglah saya di wad menjaga suami. Petang tu saya dah mula tak selera makan, mengenangkan dia nak operate esok harinya, sedih je hati ni, air mata cepat je nak mengalir. Incik Suami pujuk suruh makan pun, saya tak makan, perut memang lapar tapi nafsu makan tu memang takde dah. Incik Suami dah mula berpuasa ...Memandangkan Incik Suami ada GL, kami ditempatkan di wad 2nd class, bilik berempat, saya tidur di sebelah katilnya berlapikkan tikar .Boleh baca di sini tentang Tonsillectomy ....

malam pertama dekat wad, lena je dia tido, saya ni yang tak boleh nak lelapkan mata

12/2/14

Seawal jam 8 pagi, nurse sampai, suruh Incik Suami tukar pakaian dan akan ditolak ke dewan bedah. Saya menemaninya sampai ke depan pintu dewan bedah, Dalam hati ini?? Hanya Tuhan je yang tau perasaan saya. Tak putus2 doa semoga dia selamat.1 jam berikutnya, dia masih lum keluar, 2 jam berikutnya, tetap sama. Hati ni semakin tak tentu arah... 2 orang makcik yang masuk sekali dengan Incik Suami dah keluar, dia masih tak keluar lagi. 3 jam berikutnya (11 pagi), pintu dewan bedah dibuka, Incik Suami ditolak ke luar untuk masuk ke wad, dia masih dalam keadaan mamai, tapi bila nurse panggil2 nama dia, dia menyahut... Sampai je kat wad, Incik Suami diangkat ke katil, dia bukak mata, tengok muka saya, mengalir air mata Incik Suami...

Saya : kenapa menangis??
Incik Suami : terima kasih
Saya : untuk apa?
Incik Suami : jaga abang siang dan malam

Ya Allah, syahdunya saat itu, airmata saya juga mengalir. Inilah kali pertama saya melihat airmata seorang lelaki bernama suami. Saya lap airmata dia, tenangkan dia, dia terlena semula. Saya mintak kebenaran nak turun ke bawah beli nasi memandangkan dah 2 hari saya tak makan. Balik je dari kantin, Incik Suami telah dipindahkan ke 3rd class untuk memudahkan pemantauan nurse dan doktor. Dia perlu gunakan oksigen memandangkan keadaannya yang sangat lemah selepas pembedahan dijalankan. Incik Suami tidak dibenarkan makan dan minum selama 6 jam selepas pembedahan, tapi disebabkan dia dahaga sangat, saya titiskan air masak ke bibir. Cuaca panas terik, kipas pulak tak cukup laju, berpeluh2 Incik Suami dalam lena. Saya basahkan tuala, lap dahi, muka, badan dia. dalam jam 6 petang, Incik Suami rasa lapar, saya suapkan bubur nasi perlahan-lahan ke mulut, suapkan dia air sebab dia rasa dahaga sangat, makan 2 sudu bubur, dia dah tak mau. Katanya tekak sakit sangat nak menelan.Tidurlah Incik Suami sampai ke malam, kesan ubat bius agaknya membuatkan dia rasa mengantuk. Nasi yang saya beli tak berusik pun sampai ke petang, terpaksa saya buang sebab dah basi. Walaupun saya tak tidur semalaman, tapi takde langsung rasa mengantuk . Kuat kan semangat seorang isteri menjaga suami ;) Malamnya, Incik Suami terasa nak buang air, tapi dia masih tak boleh nak bangun, jadinya buang air atas katil je, saya bersihkan. Saya masih tak boleh lena, asyik terjaga , mengelap peluh dia sampai ke pagi.

time ni dia baru pas nangis, boleh pulak suruh saya snap pic dia

13/2/14

Pagi tu Incik Suami dah boleh duduk tapi tak boleh lama2 sebab dia rasa nak pitam, kepala masih pening. Ke bilik air pun saya pimpin sebab kaki dia bengkak, tak boleh nak jalan sendiri. Selera makan dah ada, saya suapkan aiskrim sebelum makan bubur supaya luka kat kerongkong dia kebas. Ingatkan dah boleh discaj pagi ni, rupanya disebabkan kaki dia bengkak, doktor suruh rehat dulu dekat wad. Saya pulak yang kecewa, saya memang nak sangat balik memandangkan ofis asyik call je berkaitan kerja. Incik Suami suruh saya balik, tapi saya keberatan nak tinggalkan dia sorang dekat wad, makan , minum dia kena suap, ke tandas pun kena pimpin. Memang takde orang nak tolong buat semua tu. Saya tekadkan hati, takkan tinggalkan dia kat wad walau apapun terjadi. Lebih kurang kul 6 petang, tengok dia dah ok, saya pujuk suruh mandi sebab dah sehari semalam dia tido, memang tak mandi langsung. Siap je mandi, dah wangi2 sume, pakcik depan katil kami menegur, katanya nampak lah Incik Suami segar sikit pas mandi, dah wangi ;) 3 hari berkampung kat sini, mulalah sesi suai kenal dengan pesakit katil lain, ada juga 2, 3 orang makcik tegur, takde anak ke? Saya jawab : belum ada rezeki lagi, makcik. sebab tu saya berkampung kat sini jaga suami ;) Malamnya, nurse datang periksa tekanan, pastu katanya kami kena pindah ke 1st class pulak memandangkan Incik Suami dah sihat sikit, pastu ada pulak kes2 lebih teruk nak masuk. Hai la... 4 hari 3 malam kami kat sini, tido berpindah randah je ;)

14/2/14

Kul 6 pagi saya dah bangun, siap2 nak masuk ofis, salam tangan Incik Suami , dia pun ngh mamai2 je . Saya mintak kebenaran dia nak balik ke ofis sekejap. Sampai ofis sekitar 7.30 pagi. Siapkan kerja apa yang patut, saya gerak semula ke HTI. Dapat msg dari Incik Suami, katanya dia boleh kuar dah. Alhamdulillah, lega sangat, nampaknya saya boleh tidur lena di rumah beralaskan tilam empuk ;)

muka gembira sangat sebab dah boleh balik

** seminggu makan bubur, berat Incik Suami turun 5 kg, memang dia senyum sampai telinga la. lepas je pembedahan tu, memang tak dengar dengkuran dia lagi, saya pun lena je tido berbanding sebelum ni **

~ inilah hikmahnya Allah ambil 'Adam' kami , saya boleh menjaga suami sepanjang berada di wad ~


~ sepi seorang perindu ~

14 comments:

  1. Bnyk dugaan tnda Allah sygkan kita n nk kita slalu ingtkan DIA...cik awin mmg kuat ntabah menghadapi dugaan..moga2 terus menjadi wanita yg tabah n kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ummi ....doakan kita kuat eh...

      Delete
  2. awin!!!...sedih falsya baca..serious..pengorbanan seorg isteri utk suami..segala yg terjadi ade hikmah..falsya tau awin kuat..stay strong okayh awin..take care..huggssss ketat2..

    ReplyDelete
  3. Byknye pahala isteri yg jaga suami ni... Sbaar dan redha...

    ReplyDelete
  4. semoga husband awin terus sihat-sihat ye..

    ReplyDelete
  5. awin..smoge husband cepat2 sembuh yer..
    alhamdulillah..untung die ade awin jage siang malam...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...operation berjalan lancar...hope semua kembali normal yeak awin...besar pahala awin jaga suami dgn ikhlas dan penoh kasih sayang....

    ReplyDelete
  7. Semoga suami akak cepat sembuh ye.

    Akak, duk teluk intan gak ke?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah berjalan dengan lancar...
    semoga terus sihat..

    aku pulak sebak baca kisah ni nok...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum awak.. semoga suami akak cepat sembuh ya. nampak kurus sangat .. semoga Allah permudahkan urusan kalian. sebak sheila baca ni kak Y___Y hati isteri mana tak sedih tengok suami sakit kan... Allahurabbi

    ReplyDelete
  10. Awk istri yg kuat dan penuh dengan sifat kesabaran... Jika ikhlas semua yg kita buat insyaallah ada ganjaran dari Nya....zue bff

    ReplyDelete