♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Friday, 30 September 2011

Mungkinkah??




Perasaan saya di saat ini?? Ermmm…sangat sukar digambarkan. Mungkinkah jodoh saya telah sampai? Saya cuba untuk melupakan kenangan lalu, cuba untuk menghindarkannya dari ingatan saya.kalau ‘dia’ boleh lupakan saya terus, saya pun mesti boleh lupakan ‘dia’ juga, bukan hanya untuk hari ini, tapi untuk esok, lusa dan selamanya.  Saya telah cuba buka pintu hati ini untuk insan lain selepas ‘dia’. Saya harap sangat saya mampu.

Saat ini, saya dipertemukan dengan insan ( J ) yang saya kenal tapi saya tak cinta. Teringat kembali nasihat emak pada saya sebelum ni, mak kata ‘’ kalau nak cari bakal suami, carilah orang yang sayang dan cinta kita sepenuh hati. Jangan cari orang yang kita sayang dan cintakan dia sangat-sangat, tapi dia tak leh nak terima kekurangan dan kelebihan kita’’.

Orang kata, bercinta selepas kahwin lebih indah, betul ke?? Kalau betul, saya nak wat camtu, mana tau cinta antara saya dan ( J ) lebih indah, lebih tulus dan suci selepas kahwin. Doa saya sekarang    ‘’ Ya Allh... Seandainya telah Engkau catatkan....Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengana hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami...Agar kemesraan itu abadi...Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...Seiringkanlah kami melayari hidup ini...Ke tepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku...Bawalah dia jauh dari pandanganku....Luputkanlah dia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan...


~ sepi seorang perindu ~




~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 13 September 2011

doa Teman-TeMan..


ayah admit wad semalam, doktor kata suspek denggi ...mohon teman2 blogger doakan ayah saya cepat sembuh..

~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Sunday, 11 September 2011

saHabat...

sahabat,
aku bukanlah insan terbaik sebagai sahabatmu,
aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,

aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,

tetapi,
adakalanya aku juga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku,
duhai sahabatku...




~ sepi seorang perindu ~




~ sepi seorang perindu ~