♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Saturday 21 September 2013

~ Al Fatihah - Adam Bin Jumadin ~


3/8/2013
Malam tu ibu ngan ayah excited nak tau jantina baby. Waktu ke Mydin membeli kelengkapan raya, nenek sempat belikan tilam baby. Walaupun balik dah lewat, dalam kul 11 malam, tapi kami tetap singgah juga kat klinik. Nak scan 4D, ayah yang tak sabar sangat sebenarnya. Sekitar jam 11.30 malam, masuk bilk doktor. Doktor scan-scan, tak nampak jantina kamu. Doktor bagitau air ketuban sangat-sangat kurang, mungkin kamu ada masalah. Ibu dah rasa tak sedap hati, doktor suh refer ke hospital tempat ibu bekerja. Malam tu dalam perjalanan balik, airmata ibu mengalir tanpa henti. Ayah cuba pujuk ibu, katanya, jangan risau. Kamu akan ok...

4/8/13
Ibu makin resah, ibu tak nak jadi apa-apa pada kamu. Ibu tak sabar nak jumpa doktor keesokan harinya (5/8/13/)

5/8/13
Ibu ke pejabat seperti biasa memandangkan esok (6/8/13) ibu dah mula cuti raya. Tapi... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.  Scan kat tempat ibu kerja, doktor bagitau air ketuban ibu sangat sedikit. Kamu dalam keadaan songsang. Ibu perlu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut petang tu juga. 4.30 petang, ibu telefon ayah, ayah terus balik dari Tanjong Karang. Ibu balik kerumah, mengemas barang-barang untuk dibawa memandangkan ibu perlu masuk wad petang tu juga. Sepanjang perjalanan ke HTI, airmata ibu mengalir deras. Ibu takut kehilangan kamu sayang. Sampai HTI, ayah daftarkan ibu ke wad. Dalam pukul 8.00 malam, ayah pulang, tinggal la ibu seorang diri. Sekitar jam 9.30 malam, ibu di bawa ke dewan bersalin untuk scan keadaan kamu. Selepas discan, doktor bagitau ibu yang kamu ada masalah. Sebab tu kamu tak boleh recycle air ketuban dengan sendirinya. Kemungkinan kamu ada masalah samada masalah mulut atau masalah berkaitan buah pinggang. Peluang untuk kamu hidup sangat tipis. Dalam hati ini, Allah saja yang tahu perasaan ibu. Ibu kawal airmata daripada mengalir di hadapan doktor. Doktor nak jumpa ayah kamu untuk bincangkan hal ni tapi memandangkan ayah dah balik ke rumah, ibu bagitau doktor yang ibu sendiri akan terangkan pada ayah kamu tentang keadaan kamu. Ibu telefon ayah untuk terangkan masalah kamu. Ayah terima dengan tenang, tapi ibu tau, ayah kamu selindungkan perasaan sedih tu daripada ibu. Ibu akan kehilangan kamu sayang... Sepanjang malam ibu menangis sepuas hati mengenangkan kamu., hanya surah Yasin peneman ibu malam tu. Ibu terlena bersama linangan air mata.

6/8/13
Doktor pakar datang untuk buat pemeriksaan. Doktor sekali lagi terangkan masalah kamu kepada ibu. Doktor nak rujuk ibu ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh untuk scan yang lebih terperinci untuk tahu masalah sebenar kamu. Petang tu ayah datang dengan dua-dua nenek kamu. Di hadapan mereka, ibu tenang, tak kata apa-apa. Tak terluah rasanya. Ibu minta ayah temankan ibu ke Ipoh keesokan paginya. Jadi, ayah kamu tidur di kawasan meletak kenderaan hospital memandangkan perlu bertolak ke Ipoh seawal pagi. Malam tu ibu menangis lagi dalam lena sampai sembap muka ibu.

7/8/13
Masa yang ditunggu dah tiba. 7.30 pagi, ibu bertolak ke Ipoh menaiki ambulans. Ayah menyusul daripada belakang. Memandangkan hari tu adalah sehari sebelum umat Islam menyambut aidilfitri, kenderaan di jalanraya mulai sesak. Ibu tak fikir pasal raya, ibu hanya fikirkan tentang kamu sayang.... 8.30 pagi ibu sampai di Ipoh, tunggu doktor pakar untuk buat scan . Ibu masuk ke bilik, doktor terus scan. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Ibu boleh lihat wajah kamu saat itu. Air ketuban memang tiada, kosong. Ibu tengok riak wajah doktor, seperti ada yang tak kena. Ibu makin resah.  Selesai scan, ayah kamu masih belum sampai. Ibu tunggu ayah di luar bilik doktor. Ayah kamu sampai je, kami terus masuk jumpa doktor. Doktor mula berikan penerangan tentang apa yang berlaku sebenarnya. Ya Allah, airmata ibu deras mengalir tatkala mendengar penerangan doktor di hadapan kami. Pasti, sememangnya ibu akan kehilangan kamu tak lama lagi. Besarnya dugaan buat kami kali ini ya Allah. Ibu menangis sepuasnya. Doktor bagitau kami, kamu tak punya kedua-dua buah pinggang, itulah faktor yang menyebabkan kamu tak boleh buat air ketuban dengan sendirinya. Air ketuban dihasilkan secara semulajadi oleh bayi di dalam kandungan. 1 dalam 1000 kelahiran akan terjadi sebegini. Masalah ini bukan disebabkan faktor pemakanan , persekitaran atau faktor genetik si ibu. Dengan kata lain, semua ini adalah kuasa Allah yang kita tak boleh jangka. Ayah bertanya peluang yang kamu ada untuk terus hidup. Doktor terangkan , sekiranya kamu dilahirkan sekarang, kamu hanya mampu bertahan selama 1 atau 2 minit sahaja, kamu masih boleh dilahirkan secara normal. Kalau kamu dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari, kamu masih membesar seperti bayi lain, tapi kamu hanya mampu bertahan sekitar 24 jam sahaja. Dalam keadaan ini, ibu tak boleh lahirkan kamu secara normal memandangkan keadaan kamu yang songsang. Kamu tak boleh teruskan hidup macam bayi lain kerana kamu tak punya salah satu organ terpenting dalan tubuh iaitu buah pinggang. Tatkala ini, fikiran ibu kosong, ibu tak boleh fikir apa-apa . ibu buntu, runsing. Ibu terfikir, apa salah dan dosa kami sehinggakan Allah uji kami dengan cara ini. Doktor beri masa untuk kami fikir sebaiknya samada untuk simpan kamu sampai cukup bulan atau TOP ( terminate of pregnancy ) sekarang. Keluar dari bilik doktor, ibu menangis lagi di bahu ayah. Ayah masih nampak tenang tapi ibu tahu, dalam hati ayah, ayah juga rasa sedih yang teramat sebab kami akan kehilangan kamu selamanya. Ayah tenangkan ibu, katanya : sabarlah sayang. Bukan rezeki kita ada baby secepat ini, kita masih muda, masih boleh ada baby lagi selepas ini. Ibu masih menangis, ibu tak dapat bayangkan kecewanya nenek-nenek kamu yang menanti kelahiran kamu. Bagaimana ibu nak terangkan pada mereka yang kamu takkan bersama kami nanti? Ayah peluk ibu, syahdunya saat ini,Allah saja yang tahu. Saat insan lain bergembira menyambut  aidilfitri, kami diuji dengan dugaan ini. Memandangkan masalah yang kamu hadapi, ibu minta kebenaran dengan doktor untuk keluar wad petang ini juga. Doktor benarkan tapi ibu perlu datang semula ke HTI 12/8/13 untuk dapatkan tarikh bersalinkan kamu nanti. Sampai dari Ipoh, ibu terus kemaskan barang, gembira dapat balik ke rumah, tapi kesedihan ibu masih lagi terasa. Dalam perjalanan balik ke rumah, ibu masih menangis, ibu minta ayah benarkan ibu menangis semahunya sebab ibu tak mahu menangis di hadapan nenek kamu nanti. Ibu harus kuat untuk terangkan semua ini pada mereka. Sampai di rumah, ibu terangkan segalanya. Kalau nenek rasa sedih, apatah lagi ibu yang mengandungkan kamu 22 minggu saat ini, ibu yang merasa gerakan dan tendangan kaki kamu di dalam perut ibu, pastinya ibu lebih sedih kan sayang...

8/8/13
Syawal dirai dalam keadaan suram, pagi raya ziarah ke rumah sanak saudara. Ada juga yang bertanya tentang ibu masuk wad. Ibu bagitau mereka yang kamu ok, kamu tiada masalah. Ibu kawal airmata daripada mengalir. Ibu tak mahu sanak saudara tahu tentang masalah kamu. Biarlah kami sekeluarga saja yang tahu.

12/8/12
Ibu ke HTI bersama ayah. Semua perkara berkaitan kamu, ibu mahu ayah ada bersama. Ayahlah kekuatan ibu sekarang. Doktor panggil kami untuk dapatkan tarikh daripada kami. Ibu tetapkan 21/8/13 untuk masuk wad memandangkan 20/8/13 ayah kamu ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ibu mahu raikan saat itu bersama ayah. Mulai saat ini sehingga tarikh ibu akan bersalinkan kamu, ibu mula memhitung hari, saat dan ketikanya yang ibu akan kehilangan kamu. Setiap malam sebelum tidur, ibu akan letakkan tangan di perut untuk merasai pergerakan kamu, begitu juga ayah. Masih terasa gerakan kamu yang semakin aktif. Ya Allah, kuatkan semangat kami menghadapi ujian ini. Berat mata yang memandang, berat lagi hati ibu yang menanggung semua ni.

21/8/13
Jam 8.00 pagi ayah dan ibu bertolak ke hti. Dalam hati ini, risau, sedih, macam-macam bperasaan bercapur baur. Sepanjang perjalanan , ibu senyap, ayah pujuk ibu supaya ibu jangan bersedih, jangan menangis. Redhakan apa yang berlaku. Masuk ke wad, ibu berehat di katil. Airmata ibu mula mengalir. Waktu ibu bersama kamu semakin menghampiri saat-saat  terakhir. Selepas ini, ibu tak dapat rasai lagi gerakan kamu di dalam perut ibu.

22/8/13
Lebih kurang jam 10.00 pagi, doktor periksa bukaan, baru 1 cm. Doktor masukkan ubat pertama. Selesai semuanya, ibu berehat kat katil. Sakit mula datang macam senggugut tapi belum kuat, ibu masih mampu bertahan. Hari ni ayah kerja, petang lepas kerja baru ayah datang tengok ibu. Ibu belum pasti bila akan melahirkan kamu, jadi, ibu suruh ayah kerja dulu. Lebih kurang jam 1.00 petang, doktor perika bukaan, masih 1 cm. Doktor masukkan ubat yang kedua. Sakit mula kuat. Ibu masih boleh bertahan, ibu masih terasa gerakan kamu di dalam perut. Jam 5.00 petang , doktor masukkan ubat yang ketiga. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Ibu dah tak lalu nak makan, asyik muntah-muntah sambil menahan sakit yang amat sangat. Ayah dan nenek datang melawat ibu petang tu. Lebih kurang jam 10.15 malam ibu ditolak ke dewan bersalin. Tepat jam 10.33 malam, kamu lahir ke dunia. Badan kamu kebiruan , mungkin kekurangan oksigen, kamu dah tak bernafas lagi, berat kamu ketika lahir 600 gram. Kamu cukup sempurna, cukup sifat seperti bayi lain. Saat doktor tunjukkan kamu pada ayah, ayah mengalirkan airmata, sayang..... Pasti ayah terasa sedih , zuriat yang dinanti selama ini telah tiada. Telinga, hidung, muka, susuk tubuh kamu mirip ayah. Anak ayah rupanya. Memang anak ayah sungguh kamu ni...

ADAM BIN JUMADIN, tenanglah kamu di sana, tunggu kami di pintu syurga ,sayang....Ibu dan ayah sayangkan kamu sangat-sangat walaupun Tuhan pinjamkan kamu hanya sementara untuk kami...

~ sepi seorang perindu ~