♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Monday 30 December 2013

~ 2nd Honeymoon ?? ~



Kami masih berdua buat masa ini. Belum ada rezeki untuk bertiga pulak..... Husband & wife semakin tembam dan berisi , adoi... Tak boleh bla kan...Time makan, memang berlawan-lawan :-p

 Atas permintaan Incik Suami, teringin sangat katanya nak nek Fraser Hill nun. Dengan mimik muka seposen, sambil berkata : baby Cameron Highland dah tak jadi. Jom la kita buat baby Fraser Hill pulak. Alahai...sedih je bunyinya. Si isteri terus apply Rumah Peranginan Persekutuan .Sesape yang keje kerajaan tu mesti tau pasal rumah ni. Leh dapat harga murah, tapi kena buat tempahan. Alhamdulillah, saya dapat ;) Kena pergi hari biasa la nampaknya, Sabtu, Ahad tempahan penuh. Incik Suami kata , 2nd honeymoon , merangkap 1st anniversary kami. Apa-apa je la, janji dapat pegi bercuti tanpa sebarang gangguan ;)




~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 18 December 2013

~ Mak 18/12/51 -> 18/12/13 ~


Selamat Hari Lahir Mak yang ke 62 hari ni. Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Dikurniakan kesihatan berpanjangan. Mak, doakan kami dapat baby lagi tahun depan ye ;) Terima kasih kerana mendidik saya dengan penuh kasih sayang ....



~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 17 December 2013

~ Kenangan Lalu ~

Dok godek2 pc, terjumpa 2 gambar ni... Ish, tetiba teringat pulak sweet moment ni....



UPT 1st yang saya buat. Waktu ni kami sedang berhoneymoon 4 hari 3 malam kat Cameron Highland. Ingatkan berdua, upanya kami dah bertiga saat ini. Period lewat 2 hari, beli upt kat Guardian, check sendiri kat bilik hotel kul 2 pagi. Tunggu 2 minit, 1 line je, saya terus buang dalam tong sampah (kecewa). Incik Husband bangun kul 6 pagi, kutip balik dari dalam tong sampah, tengok2, ada 2 line. Senyum sampai telinga ;)



Incik Suami kurang puas hati dengan 1st UPT tu, balik je dari bercuti, beli pulak UPT digital dan inilah hasilnya.   


** Doakan kami ada rezeki seperti ini lagi tahun depan . 
Teringin nak ada baby lagi ;) **








~ sepi seorang perindu ~

Monday 16 December 2013

~ Terasa Hati ~


Sedihnya rasa hati ni.... Saat saya dalam kesusahan, saya perlukan bantuan,saya email, call, sms,inbox fb,  bermacam alasan yang saya terima daripada kawan - kawan. Seperti mahu mengalirkan air mata saat ini. Sabar ye hati...sabar itu indah kan..... Waktu senang, kitalah teman mereka. Waktu kita kesusahan?? Dugaan...




~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 3 December 2013

PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRI



CALENDAR 2014


Wow! Sangat menarik pulak contest ni, hadiah dia leh dapat calendar 2014 berwajah sendiri. Sesaje mencuba nasib...Kot2 de rezeki kali ni. Untuk yang nak join contest, boleh klik pada pic di atas...

~ sepi seorang perindu ~

~ Ngidam Pulak ~

Tu dia, tajuk tak boleh bla kan... Belum ada rezeki baby, ngidam mende lain tau....Alkisahnya, kat Mid Valley Sabtu lepas, masuk kedai Sony, terpandang pulak 1 handphone.Macam berkenan pulak. Sabar ye hati, rezeki awal bulan Jan 2014 nanti, baru boleh tukar hp.Hp yang sedia ada dah nazak. Dah lama sangat pun hp ni berkhidmat untuk saya, dah patut tukar yang baru ;)

Hp yang saya gunakan sekarang, nazak dah. nombor kat button pun dah takde...

idaman hati


~ sepi seorang perindu ~

Monday 2 December 2013

~ Saya Kembali ~

Mood mengupdated blog sudah ke laut sejak saya cuti bersalin 2 bulan lepas. Malas pun ada, takde idea pun ye. Kalau ikutkan kiraan, waktu ni saya sedang menanti saat untuk melahirkan si kecil. Tapi, Tuhan lebih sayangkan Adam, pinjamkan untuk kami hanya sementara. Sejak bersalin ritu, doktor sarankan untuk ambil perancang, sekurang2nya minimum setahun supaya badan betul2 pulih. Pas bincang2 dengan Incik Suami, saya rasa nak ambil perancang untuk 6 bulan je. Tak sabar nak ada baby lagi ok.....

Masuk keje, kemas dokumen dalam pc, terjumpalah koleksi-koleksi bunga yang Incik Suami pernah bagi daripada sebelum kawin sampailah sekarang.

20.05.2012 (bertunang) - 26 kuntum bunga sempena bufday saya yg ke 26

19.07.2012 - yg ni betul-betul surprise dari dia coz tauke kedai bunga hantar ke ofis. time tu memang terkejut sangat

30.09.2012 - 39 kuntum bunga = ros + lily + daisy sempena 1st anniversary kami

08.12.2012 - bunga ni prop untuk pre wedding kami. terkejut juga coz takde pulak bunga ni dalam senarai asal prop

03.03.2013 - suka sangat ngn kombinasi warna bunga tangan ni waktu majlis kami 03.03.13 ritu. surprise juga sebab memang tak tau dia nak bagi fresh flower untuk bunga tangan

07.05.2013 - yang ni untuk bufday saya ke 27


Sekarang ni? Incik Suami beli bunga dalam pasu terus, untuk hiasan kat umah ;)

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 22 October 2013

~ Dalam Kenangan ~




Hari ni ibu dah mula bekerja, habis sudah cuti ibu selama 60 hari. Setiap hari ibu pegi dan balik keje melalui pusara kamu, ibu rasa kamu dekat sangat dengan ibu. Pantasnya masa berlalu, dah 2 bulan kamu pergi. Ibu rindukan kamu sayang.... Airmata ibu pasti mengalir saat teringatkan kamu....

~ sepi seorang perindu ~

Saturday 21 September 2013

~ Al Fatihah - Adam Bin Jumadin ~


3/8/2013
Malam tu ibu ngan ayah excited nak tau jantina baby. Waktu ke Mydin membeli kelengkapan raya, nenek sempat belikan tilam baby. Walaupun balik dah lewat, dalam kul 11 malam, tapi kami tetap singgah juga kat klinik. Nak scan 4D, ayah yang tak sabar sangat sebenarnya. Sekitar jam 11.30 malam, masuk bilk doktor. Doktor scan-scan, tak nampak jantina kamu. Doktor bagitau air ketuban sangat-sangat kurang, mungkin kamu ada masalah. Ibu dah rasa tak sedap hati, doktor suh refer ke hospital tempat ibu bekerja. Malam tu dalam perjalanan balik, airmata ibu mengalir tanpa henti. Ayah cuba pujuk ibu, katanya, jangan risau. Kamu akan ok...

4/8/13
Ibu makin resah, ibu tak nak jadi apa-apa pada kamu. Ibu tak sabar nak jumpa doktor keesokan harinya (5/8/13/)

5/8/13
Ibu ke pejabat seperti biasa memandangkan esok (6/8/13) ibu dah mula cuti raya. Tapi... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.  Scan kat tempat ibu kerja, doktor bagitau air ketuban ibu sangat sedikit. Kamu dalam keadaan songsang. Ibu perlu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut petang tu juga. 4.30 petang, ibu telefon ayah, ayah terus balik dari Tanjong Karang. Ibu balik kerumah, mengemas barang-barang untuk dibawa memandangkan ibu perlu masuk wad petang tu juga. Sepanjang perjalanan ke HTI, airmata ibu mengalir deras. Ibu takut kehilangan kamu sayang. Sampai HTI, ayah daftarkan ibu ke wad. Dalam pukul 8.00 malam, ayah pulang, tinggal la ibu seorang diri. Sekitar jam 9.30 malam, ibu di bawa ke dewan bersalin untuk scan keadaan kamu. Selepas discan, doktor bagitau ibu yang kamu ada masalah. Sebab tu kamu tak boleh recycle air ketuban dengan sendirinya. Kemungkinan kamu ada masalah samada masalah mulut atau masalah berkaitan buah pinggang. Peluang untuk kamu hidup sangat tipis. Dalam hati ini, Allah saja yang tahu perasaan ibu. Ibu kawal airmata daripada mengalir di hadapan doktor. Doktor nak jumpa ayah kamu untuk bincangkan hal ni tapi memandangkan ayah dah balik ke rumah, ibu bagitau doktor yang ibu sendiri akan terangkan pada ayah kamu tentang keadaan kamu. Ibu telefon ayah untuk terangkan masalah kamu. Ayah terima dengan tenang, tapi ibu tau, ayah kamu selindungkan perasaan sedih tu daripada ibu. Ibu akan kehilangan kamu sayang... Sepanjang malam ibu menangis sepuas hati mengenangkan kamu., hanya surah Yasin peneman ibu malam tu. Ibu terlena bersama linangan air mata.

6/8/13
Doktor pakar datang untuk buat pemeriksaan. Doktor sekali lagi terangkan masalah kamu kepada ibu. Doktor nak rujuk ibu ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh untuk scan yang lebih terperinci untuk tahu masalah sebenar kamu. Petang tu ayah datang dengan dua-dua nenek kamu. Di hadapan mereka, ibu tenang, tak kata apa-apa. Tak terluah rasanya. Ibu minta ayah temankan ibu ke Ipoh keesokan paginya. Jadi, ayah kamu tidur di kawasan meletak kenderaan hospital memandangkan perlu bertolak ke Ipoh seawal pagi. Malam tu ibu menangis lagi dalam lena sampai sembap muka ibu.

7/8/13
Masa yang ditunggu dah tiba. 7.30 pagi, ibu bertolak ke Ipoh menaiki ambulans. Ayah menyusul daripada belakang. Memandangkan hari tu adalah sehari sebelum umat Islam menyambut aidilfitri, kenderaan di jalanraya mulai sesak. Ibu tak fikir pasal raya, ibu hanya fikirkan tentang kamu sayang.... 8.30 pagi ibu sampai di Ipoh, tunggu doktor pakar untuk buat scan . Ibu masuk ke bilik, doktor terus scan. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Ibu boleh lihat wajah kamu saat itu. Air ketuban memang tiada, kosong. Ibu tengok riak wajah doktor, seperti ada yang tak kena. Ibu makin resah.  Selesai scan, ayah kamu masih belum sampai. Ibu tunggu ayah di luar bilik doktor. Ayah kamu sampai je, kami terus masuk jumpa doktor. Doktor mula berikan penerangan tentang apa yang berlaku sebenarnya. Ya Allah, airmata ibu deras mengalir tatkala mendengar penerangan doktor di hadapan kami. Pasti, sememangnya ibu akan kehilangan kamu tak lama lagi. Besarnya dugaan buat kami kali ini ya Allah. Ibu menangis sepuasnya. Doktor bagitau kami, kamu tak punya kedua-dua buah pinggang, itulah faktor yang menyebabkan kamu tak boleh buat air ketuban dengan sendirinya. Air ketuban dihasilkan secara semulajadi oleh bayi di dalam kandungan. 1 dalam 1000 kelahiran akan terjadi sebegini. Masalah ini bukan disebabkan faktor pemakanan , persekitaran atau faktor genetik si ibu. Dengan kata lain, semua ini adalah kuasa Allah yang kita tak boleh jangka. Ayah bertanya peluang yang kamu ada untuk terus hidup. Doktor terangkan , sekiranya kamu dilahirkan sekarang, kamu hanya mampu bertahan selama 1 atau 2 minit sahaja, kamu masih boleh dilahirkan secara normal. Kalau kamu dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari, kamu masih membesar seperti bayi lain, tapi kamu hanya mampu bertahan sekitar 24 jam sahaja. Dalam keadaan ini, ibu tak boleh lahirkan kamu secara normal memandangkan keadaan kamu yang songsang. Kamu tak boleh teruskan hidup macam bayi lain kerana kamu tak punya salah satu organ terpenting dalan tubuh iaitu buah pinggang. Tatkala ini, fikiran ibu kosong, ibu tak boleh fikir apa-apa . ibu buntu, runsing. Ibu terfikir, apa salah dan dosa kami sehinggakan Allah uji kami dengan cara ini. Doktor beri masa untuk kami fikir sebaiknya samada untuk simpan kamu sampai cukup bulan atau TOP ( terminate of pregnancy ) sekarang. Keluar dari bilik doktor, ibu menangis lagi di bahu ayah. Ayah masih nampak tenang tapi ibu tahu, dalam hati ayah, ayah juga rasa sedih yang teramat sebab kami akan kehilangan kamu selamanya. Ayah tenangkan ibu, katanya : sabarlah sayang. Bukan rezeki kita ada baby secepat ini, kita masih muda, masih boleh ada baby lagi selepas ini. Ibu masih menangis, ibu tak dapat bayangkan kecewanya nenek-nenek kamu yang menanti kelahiran kamu. Bagaimana ibu nak terangkan pada mereka yang kamu takkan bersama kami nanti? Ayah peluk ibu, syahdunya saat ini,Allah saja yang tahu. Saat insan lain bergembira menyambut  aidilfitri, kami diuji dengan dugaan ini. Memandangkan masalah yang kamu hadapi, ibu minta kebenaran dengan doktor untuk keluar wad petang ini juga. Doktor benarkan tapi ibu perlu datang semula ke HTI 12/8/13 untuk dapatkan tarikh bersalinkan kamu nanti. Sampai dari Ipoh, ibu terus kemaskan barang, gembira dapat balik ke rumah, tapi kesedihan ibu masih lagi terasa. Dalam perjalanan balik ke rumah, ibu masih menangis, ibu minta ayah benarkan ibu menangis semahunya sebab ibu tak mahu menangis di hadapan nenek kamu nanti. Ibu harus kuat untuk terangkan semua ini pada mereka. Sampai di rumah, ibu terangkan segalanya. Kalau nenek rasa sedih, apatah lagi ibu yang mengandungkan kamu 22 minggu saat ini, ibu yang merasa gerakan dan tendangan kaki kamu di dalam perut ibu, pastinya ibu lebih sedih kan sayang...

8/8/13
Syawal dirai dalam keadaan suram, pagi raya ziarah ke rumah sanak saudara. Ada juga yang bertanya tentang ibu masuk wad. Ibu bagitau mereka yang kamu ok, kamu tiada masalah. Ibu kawal airmata daripada mengalir. Ibu tak mahu sanak saudara tahu tentang masalah kamu. Biarlah kami sekeluarga saja yang tahu.

12/8/12
Ibu ke HTI bersama ayah. Semua perkara berkaitan kamu, ibu mahu ayah ada bersama. Ayahlah kekuatan ibu sekarang. Doktor panggil kami untuk dapatkan tarikh daripada kami. Ibu tetapkan 21/8/13 untuk masuk wad memandangkan 20/8/13 ayah kamu ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ibu mahu raikan saat itu bersama ayah. Mulai saat ini sehingga tarikh ibu akan bersalinkan kamu, ibu mula memhitung hari, saat dan ketikanya yang ibu akan kehilangan kamu. Setiap malam sebelum tidur, ibu akan letakkan tangan di perut untuk merasai pergerakan kamu, begitu juga ayah. Masih terasa gerakan kamu yang semakin aktif. Ya Allah, kuatkan semangat kami menghadapi ujian ini. Berat mata yang memandang, berat lagi hati ibu yang menanggung semua ni.

21/8/13
Jam 8.00 pagi ayah dan ibu bertolak ke hti. Dalam hati ini, risau, sedih, macam-macam bperasaan bercapur baur. Sepanjang perjalanan , ibu senyap, ayah pujuk ibu supaya ibu jangan bersedih, jangan menangis. Redhakan apa yang berlaku. Masuk ke wad, ibu berehat di katil. Airmata ibu mula mengalir. Waktu ibu bersama kamu semakin menghampiri saat-saat  terakhir. Selepas ini, ibu tak dapat rasai lagi gerakan kamu di dalam perut ibu.

22/8/13
Lebih kurang jam 10.00 pagi, doktor periksa bukaan, baru 1 cm. Doktor masukkan ubat pertama. Selesai semuanya, ibu berehat kat katil. Sakit mula datang macam senggugut tapi belum kuat, ibu masih mampu bertahan. Hari ni ayah kerja, petang lepas kerja baru ayah datang tengok ibu. Ibu belum pasti bila akan melahirkan kamu, jadi, ibu suruh ayah kerja dulu. Lebih kurang jam 1.00 petang, doktor perika bukaan, masih 1 cm. Doktor masukkan ubat yang kedua. Sakit mula kuat. Ibu masih boleh bertahan, ibu masih terasa gerakan kamu di dalam perut. Jam 5.00 petang , doktor masukkan ubat yang ketiga. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Ibu dah tak lalu nak makan, asyik muntah-muntah sambil menahan sakit yang amat sangat. Ayah dan nenek datang melawat ibu petang tu. Lebih kurang jam 10.15 malam ibu ditolak ke dewan bersalin. Tepat jam 10.33 malam, kamu lahir ke dunia. Badan kamu kebiruan , mungkin kekurangan oksigen, kamu dah tak bernafas lagi, berat kamu ketika lahir 600 gram. Kamu cukup sempurna, cukup sifat seperti bayi lain. Saat doktor tunjukkan kamu pada ayah, ayah mengalirkan airmata, sayang..... Pasti ayah terasa sedih , zuriat yang dinanti selama ini telah tiada. Telinga, hidung, muka, susuk tubuh kamu mirip ayah. Anak ayah rupanya. Memang anak ayah sungguh kamu ni...

ADAM BIN JUMADIN, tenanglah kamu di sana, tunggu kami di pintu syurga ,sayang....Ibu dan ayah sayangkan kamu sangat-sangat walaupun Tuhan pinjamkan kamu hanya sementara untuk kami...

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 13 August 2013

~ Ujian buat kami ~

Salam aidilfitri semua....

Tak tahu saya nak mulakan cerita dari mana... Tapi saat menaip di papan kekunci ini, airmata mengalir tanpa di duga.. Aidilfitri kali ini, tiada yang meriah buat kami suami isteri. Mungkin bukan rezeki kami untuk menimang cahayamata buat masa sekarang....Doakan saya dan suami tabah hadapi dugaan ini. Mungkin kalian nampak kami tersenyum, tapi dalam hati ni, hanya Tuhan yang tahu segalanya....

Buat 'si kecil' , tunggu ayah dan ibu di pintu syurga nanti ye....Ayah dan ibu sayang sangat dengan kamu walaupun Allah pinjamkan kamu hanya sementara untuk kami....



~ sepi seorang perindu ~

Thursday 1 August 2013

~ Membaking ~

Assalamualaikum semua...Maaf ye, lama sepi tanpa berita, kesihatan kurang memberangsangkan, bleeding sikit then doktor bagi mc suh rehat je kat umah. Agaknya terlebih aktif bershopping, mengemas umah, tu yang bleeding. Bila doktor scan baby, uri ok, baby pun sihat, baby angkat tangan lagi, nak say 'hi' ngn ibu eh....

Mc 2 hari kat umah memang membosankan, jadinya, saya pun membaking la. Sejak mak mertua bagi oven free kat saya, saya jadi rajin nak buat kek, biskut, lasagna, pizza. Kebetulan pulak selera makan dah ok, tu yang bertambah rajin agaknya. Alhamdulillah, kali ketiga buat kek, menjadi dengan jayanya, tekstur pun ok, rasa pun ok cuma terlebih gebu pulak.

Inilah hasilnya..... Maaf la ye, corak marbel kek tu kurang menarik sebab tangan kurang berseni. Tapi memang puas hati la... Siap je membaking, kek dh sejuk, potong siap2 masuk dalam tapawe untuk bagi kat mertua, mertua pun pelik sebab saya terlebih rajin buat kek sejak akhir-akhir ni ;)
~ sepi seorang perindu ~

Thursday 18 July 2013

~ Tertinggal flight... ~

Bila teringat balik kejadian itu, nak gelak pun ada, nak marah pun ada....Alkisahnya bermula waktu kami suami isteri balik ke Kota Kinabalu 2 minggu sebelum puasa...Balik bercuti tak lama, 4 hari 3 malam je, menginap kat umah makcik kat KK.

Dari KK ke airport tak jauh mana pun, tapi disebabkan banyak kenderaan & traffic light, masa 30 minit pun leh jadi 3 jam.Flight balik ke semenanjung  1.15 pm 29 Jun 2013, dijangka sampai ke KLIA kul 4.00 pm... Pepagi dah bangun nak pack barang2 dalam kotak, dalam beg...Siap kemas barang, tengok balik kot2 ada yang tertinggal lagi, ok...perfect. Dalam kul 11.00 am tu saya dah siap sume, dah ready nak ke airport je. Kebetulan pakcik Incik Suami janji nak tolong hantarkan ke airport, lega sikit.

Lebih kurang kul 12.00 pm, Incik Suami ngn pakcik dia dok tengok tv lagi. Saya dah resah gelisah, dalam hati ni Tuhan je yang tau. Nak meredah kesesakan jap lagi, sempat ke sampai airport?? Kejap2 saya tengok jam, Incik Suami wat tak tau je, selamber dia je.... Geram juga tau...

Dalam 12.15 pm camtu pakcik dia ajak gerak. Kuar je dari umah, jalan sesak, alahai...Dalam kerete nak ke airport, saya diam seribu bahasa. Memang dah agak, tak sempat sampai ke airport. Klu nek bas, 5 minit lewat, bas tunggu juga, nek flight? 1 jam sebelum flight berlepas, gate dh tutup kot! Dalam kepala ni memang dah blur, x leh fikir pape dah.

Sampai airport 1.15 pm, Incik Suami berlari2 nak g check in , check in failed...Pegi kaunter, gate dah tutup. Nak marah pun tak guna kan, baik diam je. Makcik Incik Suami nak angis dah , dia pulak rasa bersalah sebab kami sampai lewat. Walhal punca sebenar kelewatan ni adalah disebabkan Incik Suami tak terus terang ngn pakcik pukul berapa flight kami .Jadinya, pakcik pun selamber je la...

Staf kat kaunter suh pegi ke Kaunter Khidmat Pelanggan MAS kat tingkat atas, Incik Suami tarik tangan saya ajak naik, saya pegi, tapi tak pandang pun muka dia, jalan menonong je kat depan. Rasa nak marah, nak nangis , nak menjerit, sume ada, tapi saya diamkan je. Bayangkan la, stok baju tinggal sehelai sepinggang je utk balik, memang x de stok baju lebih, Kalau kena stay 1 malam lagi, baju takde dah. Tengok2 dalam purse ada rm150 je, kalau tukar flight, mau kna tambah duit lagi rm 150 mesti tak cukup, tak nampak pulak mesin atm sekitar airport tu. Blurrrr sungguh! Sampai kat kaunter atas, customer ramai, lambat pulak. Saya tak senang duduk dah, ke hulu, ke hilir mundar mandir, resah gelisah. Incik Suami wat muka seposen, cuit2 saya, nak memujuk la konon...Jangan harap, kali ni memang saya marah sungguh, tapi diam je tanpa suara.

Sampai giliran Incik Suami kat kaunter, bla..bla..bla...explain ngn staf kaunter, depa cuba masuk kan kami ke flight 1.40 pm, tapi dah tak sempat nak check in. Bincang punya bincang, dapat la flight kul 4.00 pm, tapi kena transit kat Labuan 30 minit, dijangka sampai KLIA 8.30 pm tanpa sebarang tambahan bayaran.Saya setuju. Fuh! lega tau. Nasib naik MAS, klu Airasia, jgn harap nak tukar2 flight, beli je la tiket baru.

Otw turun ke bawah untuk amik beg kat makcik, 1 ciuman hinggap kat pipi! Ops...hahhahah. Time tu baru la saya mula senyum, tapi Incik Suami kena perli juga, ciuman tanda memujuk ke? Cakap banyak pun tak guna, hehehhe... Patutnya 4.00 pm , kami dah sampai KLIA ok! Tak pasal2 sampai KLIA 8.30 pm, dengan muka keletihan.

Korang mesti takde pengalaman macam kami kan, heheheh... Jadi pengajaran untuk masa-masa akan datang...



~ sepi seorang perindu ~

Thursday 20 June 2013

~ Turun Naik ~


sebelum peknen : 75 kg

4 minggu : 69 kg

8 minggu : 73 kg

12 minggu : 72 kg

15 minggu : 71.4 kg 
selera makan semakin berkurangan :(

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 23 May 2013

~ Dapat Dah ~

Antara menu yang menjadi idaman ibu mengandung :

Nasi kerabu + solok lada + ikan kembung

Telur Belangkas

Alhamdulillah...Lepas mabuk teruk beberapa minggu sampai berat pun turut 6 kg, sekarang ni dah mula selera makan.Mula lah ngidam yang bukan2 ;)


~ sepi seorang perindu ~

Thursday 9 May 2013

~ 27 tahun sudah... ~



 

7 Mei 2013, genaplah umur saya 27 tahun. Makin tua dah upanya.... Tahun ni sudah berdua...Terima kasih buat Incik Suami untuk pemberian di atas....

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 25 April 2013

~ Lemau ~

Mood nak updated dah ke laut gara2 morning sickness yang teruk. Semalam mc, asyik muntah2 daripada pagi, kna masuk air, hampir2 kena masuk wad tapi saya x mau :( ... Ada tak petua nak kurangkan alahan?


~ sepi seorang perindu ~

Monday 15 April 2013

~ Rezeki ~

Assalamualaikum semua.... Selamat bertemu kembali setelah hampir 3 minggu menyepikan diri. Maaf ye, server down kat ofis, sekarang ni pun lum ok lagi. Tu yang senyap, sunyi sepi je...Banyak mende nak share sebenarnya ;) Tapi disebabkan sekarang ni on9 menumpang tempat orang lain je, tak leh nak cite panjang lebar.

Cuma nak kongsi dengan semua, yang saya........bakal menjadi ibu ;) Alhamdulillah, rezeki cepat... Doakan saya sihat k...

 


~ sepi seorang perindu ~

Friday 29 March 2013

~ Cuti ~




Rini last keje... Mood keje pun dah ke laut sebab dah terbayang2 nak g bercuti esok pagi.... Dah hampir sebulan kawin, baru nak g honeymoon... Tak sabar nak pegi, hehhehe... Percutian 4 hari 3 malam, esok pegi, Selasa baru balik. Rabu masih bercuti, Khamis baru start keje balik. Blog bercuti sampai Rabu nampak gayanya. Untuk kali ni, gi yang dekat2 je, masih dalam negeri. Insha allah bulan Jun nanti, baru gi jauh sikit, balik kg Incik Suami kat Sabah nun...

~ banyak mende nak review tentang majlis, sabar eh ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 28 March 2013

~ Nak Lagi ~






Sume pic di atas menceritakan segalanya. Tunggu sampai saya sihat sepenuhnya ok! Memang akan repeat ke restoran ni lagi...

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 27 March 2013

~ Wordless Wednesday ~


Bijak sungguh Incik Suami, saat2 saya demam dan sakit tekak,dia ajak makan kat SR. Memanglah untung sebab chocolate indulgence tu pun saya makan sikit je, tekak tak leh telan dah. Bakinya dia yang perabih. Time saya sihat, jangan harap nak makan kat SR..kedekut :-p


~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 26 March 2013

"GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"


Sedang berblog walking, terpandang GA kat blog ni...Berkenanlah pulak dengan FM yang ditawarkan, tambahan pulak saya ni memang rajin mengumpum FM dari serata negeri. Syarat penyertaan adalah seperti berikut : 

1. Buat simple entry dengan tajuk "GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"
2. Letak link blog www.danielzaidi.com kat entry anda
3. Tinggalkan link entry anda kat bahagian comment entry giveaway ni...

hadiahnya?? meriah sungguh ...
 


Seorang (1) akan memenangi ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi...

12 orang lain akan menang salah satu FM tersebut...
*tarikh tutup penyertaan adalah 3/4/2013

~ sepi seorang perindu ~

~ Gula² Ke ??~

Alhamdulillah demam dah ok, tinggal batuk, selsema dan sakit tekak je. Seminggu gak setiap malam demam, risau Incik Suami (IS) dibuatnya, dia yang tak lena tido menjaga isteri demam. Sabtu lepas, ikut IS g ofis dia kat Hospital Tanjong Karang, dia paksa saya g jumpa doktor terus. Katanya takut kena denggi sebab demam tiap malam. isteri mithali...kena ikut kehendak suami ;) Kakak2 ofis IS sume fikir saya demam coz tanda2 peknen. Jumpa doktor, amik darah , tunggu  keputusan darah... Agak2 korang, sakit apa? Cer teka? Peknen?? hehehheh

Doktor kata jangkitan kuman ( viral fever x silap ) , tapi masih terkawal. So, doktor bagi antibiotik dan kena makan sampai habis.Nasib baik la tak perlu admit wad, risau gak klu kna admit, memang musnah la rancangan percutian bulan madu kami hujung bulan ni.  Pasal peknen tu, lum ada rezeki kami lagi.... Ritu ada wat pregnancy test sendiri, keputusannya : Negatif   . Agaknya 'baby' bagi ayah ngn ibu g honeymoon dulu kot, heheheh. Insha Allah ada la rezeki untuk kami tu nanti....

Dah macam makan gula2 je ;)
   
~ sepi seorang perindu ~

Thursday 21 March 2013

~ Hari2 gini, leh kurus kot ;) ~


Tuan tanah masih demam, batuk dan selsema. Selera makan pun kurang. Menu orang tak sihat : bubur nasi je, tekak sakit nak menelan :(

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 19 March 2013

~ Demam ~


Alahai...sejak pas majlis ritu, 2 kali demam saje.Incik Suami pulak yang risau dengan tahap kesihatan saya.  Kerap sangat tak sihat sekarang ni. Sakit tekak, batuk, selsema, sengal2 badan. Sume ada. Mood nak updated blog entah dah ke laut.... Masih gagahkan diri untuk ke tempat kerja memandangkan banyak lagi claim staf yang belum settle. Doakan saya sihat ye...


~ sepi seorang perindu ~

Friday 15 March 2013

~ Rezeki Kami ~

Rezeki pengantin baru.Terima kasih pada semua yang sudi hadir ye. Yang tak datang tu, mohon doakan hubungan kami berkekalan sampai hujung nyawa, insha allah....

Set mutiara dari makcik Incik Suami 
( terima kasih Acil Kamai cz sudi datang daripada Kota Kinabalu untuk meraikan majlis kami )


Sebelum buka
Selepas bukak hadiah
Terlampau banyak sampai tak muat nak susun kat ruang tamu rumah, antara barangan yang kami dapat : rice cooker = 8 pcs, toaster = 4 pcs, juice maker = 2 pcs, blender = 5 pcs, coffee maker = 2 pcs, steamer = 1 pcs , mixer = 1 pcs, sejadah = 4 pcs, bedsheet = 4 pcs, dapur gas = 1 pcs, set pinggan mangkuk = lebih dari 15 pcs kot....tak lupa juga, ada yang bagi baju baby...cumell je, hehehe
Syukur sangat rezeki yang kami dapat ni. Kalau pindah umah pasni, tak perlu beli barang banyak2 sgt kan...

** bukak hadiah sambil berbaju kelawar je ;) **




~ sepi seorang perindu ~

Thursday 14 March 2013

~ Bertandang ~


Otw bertandang belah laki, pengantin kepanasan coz aircond rosak, sadis betul...Cair make up...


~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 12 March 2013

~ Telur hangus ~


Menu pertama untuk Incik Suami : kacang buncis tumis + chicken ball, ayam masak kicap, telur dadar...
Jangan ditanya mengapa telur dadar sudah hangus. Ini angkara Incik Suami la. Pas tuang telur dalam kuali, saya buat keje lain, dia dok kat dapur, wat tak sedar je ada telur dadar atas dapur. Tengok2 dalam kuali, tu dia....hangus sudah....


~ sepi seorang perindu ~

Monday 11 March 2013

~ 03.03.13 ~


Mood sekarang ?? Malas dan sibuk dengan keje menimbun yang ditinggalkan selepas bercuti, hehehe... Lum de masa nak updated pasal majlis yang dah berlalu ... Sabar ye. Untuk kali ni, 1 pic untuk tatapan semua.....


~ sepi seorang perindu ~

Thursday 7 March 2013

~ Puan sudah ;) ~


Dengan sekali lafaz tepat jam 10.15 malam 02/03/13, saya selamat menjadi isteri kepada Jumadin Bin Abdullah...




~ sepi seorang perindu ~

Sunday 3 March 2013

Sticky Post


Buat semua pembaca blog saya, juga B2B yang disayangi, anda dijemput hadir untuk meraikan majlis saya

MAZUIN BINTI SALIMI & JUMADIN BIN ABDULLAH

pada : 03.03.13
beralamat di : No 4, Jalan Makam, 
Kampung Parit Baru Baroh,  
45100 Sungai Air Tawar
Sabak Bernam, Selangor

 Kepada sesiapa yang inginkan kad, boleh tinggalkan nama dan alamat di ruangan komen ye. Kad akan menyusul kemudian.....


~ sepi seorang perindu ~

Saturday 2 March 2013

~ cik --> Puan ~

13 jam je lagi, saya bakal dinikahkan, bakal bertukar status daripada Cik kepada Puan... Alahai, cam tak caya je, hehhehe....Eh, betul ke saya nak jadi isteri dah??? Lempang pipi bagi sedar, hahahha. Perasaan saya saat ini? Tak terluah dengan kata2 lagi dah, macam2 rasa ada, risau, sedih, gementar, gembira, bercampur baur. 

Pasni, nak g berfoya2 haruslah bersama Incik Suami kan, baru lah syok ;) Ke mana pun nak pegi, nak buat apa sekalipun, kena bagitau Incik Suami . Rutin harian pun berubah juga. Sebelum kawin, lik keje je, terus terbungkang atas katil, bersantai2 tengok tv, malam sikit baru masak, tu pun klu lapar. Klu kenyang, memang x masak dah.Pasni, lik keje kena terus masak... Basuh baju ikut mood je, kadang2 seminggu sekali, kadang2 3 hari sekali. Dah kawin, kena rajin lebih sebab basuh baju Incik Suami juga. Iron baju pulak, stok 1 minggu terus la gayanya...

Doakan majlis saya berjalan lancar ye. Kepada blogger yang dapat kad saya, jemput datang ke majlis saya esok 3/3/13, kalau sesat, call je salah satu nombor yang tertera pada kad....



~ sepi seorang perindu ~

Friday 1 March 2013

Tuesday 26 February 2013

~ Cuti Kawin ~

Tuan empunya diri bakal bercuti mulai 27 Feb - 6 Mac 2013. Bukan setakat cuti kerja, tapi bercuti juga dari berblog walking . Tapi takpe, panjang umur, kita jumpa lagi 7 Mac 2013 dengan title baru sebagai Puan Awin. Alamak...cam tak sedap je bunyi nya kan...kan...kan... ;)

Muka senyum...tapi dalam hati?? Tuhan je la yang tau ;)


~ sepi seorang perindu ~

Friday 22 February 2013

Makan lagi ;)


 
Lepas ngidam chicken chop... Diet? tolak tepi dulu pasal diet eh :-p

~ Entry auto publish je ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 21 February 2013

~ Maaf ~

Maaf sume, pc saya corrupt... apa pun tak boleh, macam tau2 je saya nak cuti panjang pasni...sengaja dia buat hal kan..nyampah tau....

Ni pun menumpang belas ehsan pc orang lain, sadis kan...Saya berhutang BW ngn kamu semua. Andai de peluang online, saya ber BW... Klu tak, memang tunggu pas kawin nanti la jawabnya :(...

 Pada B2B yang dapat kad saya, jemput datang ye, kalau sesat, call je salah 1 no yang tertera pada kad tu... Pada B2B yang x dapat hadir, doakan kebahagiaan saya berkekalan sampai ke syurga, insha allah ....Doakan saya sihat menjelang hari bahagia yang tak berapa lama lagi ni...

Banyak mende nak update sebenarnya...

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 20 February 2013