♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Monday 27 August 2012

~ Aidilfitri 2012 ~

Berhabuk bersawang blog ni kerana ditinggalkan selama satu minggu...Entah la, dah masuk keje, malas je nak mengupdated nya...Terasa Aidilfitri kali ni tak meriah seperti sebelum2 ni...Tak tau kenapa...Korang layan je la pic2 yang sempat di snap sepanjang cuti raya seminggu yang lalu...

Di pagi raya pertama

bff saya



4 dara pingitan & sorang mama yg vouge


kat umah cikgu sekolah menengah


~ sepi seorang perindu ~





~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 15 August 2012

" Hasilnya "




Akhirnya ..berjaya juga DIY tasbih ni atas bantuan Zila. Thanx awak, jasamu dikenang. Timbul idea nak wat tasbih ni pas tengok hasilnya dalam blog dia .1st time buat tak menjadi juga sebab tersalah cantum kepala tasbih, lawak je,  patut la tengok lain macam je bentuknya. Upanya terbalik ;) Setelah try n error beberapa kali, inilah hasilnya..

Hajat hati nak bagi tasbih ni pada rombongan dari pihak lelaki untuk majlis nanti, kena buat dalam 100pcs gitu. Yang ni baru dapat 20 pcs, sibuk wat persiapan raya lagi, DIY felt juga, sume dah start buat dari sekarang... Selalunya buat kat ofis waktu rehat, sekarang ni dah kurangkan waktu tido kul 1 tghr nak siapkan memacam...Majlis 6 bulan lagi, tapi persiapan awal-awal.







~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 14 August 2012

~ Salam Lebaran ~


Kepada yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang ♥. Pandu cermat , jiwa selamat...


>>> ritu ada sembang2 ngn Incik Tunang, tahun depan dh jadi husband n wife, kita nak beraya kat Tawau @ Sabak Bernam? Incik Tunang jawab : Sabak Bernam! YES! Tahun pertama di rumah isteri, hehehe...<<<



~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

" Bara Cinta Ramadhan "

Sape tengok Bara Cinta Ramadhan Ahad lepas kul 10 malam kat TV3 ? Drama ni dah ada tahun lepas tapi ulang tayang tahun ni. Ya Allah sedihnya tengok cinta ni, memang mengalir air mata dibuatnya.



Mengisahkan tentang kemelut rumahtangga yang dihadapi Malek (Zamarul Hisham) dan Rozita (Jasmin Hamid). Hubungan mereka baik-baik sahaja tetapi campurtangan dari keluarga Rozita terutama ibunya, Arfah (Fauziah Nawi) membuatkan hubungan mereka sedikit terganggu. Malek hanya seorang pemandu lori di syarikat pembinaan. Gaji yang diperolehinya hanya cukup-cukup untuk makan dan persekolahan anak-anaknya sahaja. Kerana itulah mereka menumpang tinggal bersama ibu Rozita.

Rozita memahami keadaan suaminya yang tidak mampu menyediakan kesenangan kepada mereka anak-beranak. Sebab itulah dia tidak pernah meminta yang bukan-bukan. Dia tidak mahu menambah bebanan suaminya. Tetapi ibunya terus-terusan memperlekehkan suaminya. Rozita tak tahan dengan kata-kata ibunya yang selalu memandang rendah akan suaminya itu.

Arfah selalu membanding-bandingkan Malek dengan Samsudin (Ako Musthapa) suami adiknya, Maznah (Zarina Zainoordin). Jika Maznah pulang ke kampung, dia disambut bagaikan tuan puteri. Masakan yang lazat-lazat dihidangkan kepada mereka. Sedangkan Rozita sekeluarga dilayan sebagai orang tak berguna di mata Arfah. Dia sebenarnya bencikan Malek. Kerana Malek tidak kaya dan tidak berpendidikan seperti Samsudin. Dia marahkan Malek kerana baginya Malek seorang yang pemalas. Tidak mahu berusaha untuk memajukan diri dan memberi kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Ini kerana Malek tidak mahu membuat kerja lebih masa pada bulan Ramdhan dengan alasan dia mahu beribadat bersama anak-anaknya.

Arfah menghasut Rozita supaya mendengar katanya. Dihasutnya Rozita supaya memaksa Malek membelikan rantai emas dan langsir. Cuma bayar deposit sebanyak Rm 500.00 sahaja. Yang bakinya boleh dijelaskan secara ansuran bulanan. Rozita terpaksa bersetuju dengan rancangan ibunya. Dia sebenarnya tersepit di antara ibu dan suaminya. Dia tahu keadaan kewangan suaminya tetapi dia tidak dapat membantah kata-kata ibunya. Malek berasa tertekan dengan keadaan itu. Dia tidak menyalahkan isterinya kerana dia tahu isterinya itu telah dihasut oleh ibu mertuanya.

Raya semakin hampir. Persiapan raya semuanya tidak disediakan lagi. Malek semakin tertekan dengan keadaan itu. Gaji yang diperolehi tidak mencukupi untuk menyediakan keperluan raya. Ditambah dengan bayaran deposit rantai emas. Malek mencuba mendapatkan pinjaman daripada tokey tempat kerjanya. Nasib baik dia berjaya mendapatkannya.

Dengan perasaan gembira, Malek mengajak Badrul (Roy Azman) satu-satunya kawan yang paling baik, yang selalu dicurahkan masalahnya, menemaninya pergi ke bazar ramadhan untuk membelikan anak-anaknya juadah yang menjadi idaman mereka. Dalam perjalanan pulang, Malek dilanggar kereta. Badrul yang melihat kejadian itu terus meluru ke arahnya.

Badrul memberitahu Rozita yang Malek telah dilanggar kereta dan mengajak Rozita ke hospital untuk melihat Malek. Bila terdengar sahaja Malek telah dilanggar kereta, Rozita terus rebah tidak sedarkan diri.

Rozita menyesal dengan tindakannya dulu. Penyesalan yang tiada gunanya lagi kerana Malek telah pun pergi mengadap yang ESA. Arfah dan Maznah juga menyesal dengan perbuatan mereka dahulu.

Amik sinopsis di sini : aznanie


~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Monday 13 August 2012

" Sibuk + Malas "

Seminggu tak menaip...Alasan? Kerana agak malas + sibuk menyiapkan keje kat ofis, almaklum lah bos nak cuti panjang, jadi, kena siapkan semua dokumen untuk ditandatangani sebelum dia bercuti raya. Balik umah je, dah keletihan. Tambahan pulak seminggu Budak Kecik kat kampung kan, melayan kerenah dia je la. Nak menyudahkan DIY felt pun tak berjaya :(

Sabtu lepas anta Budak Kecik lik Shah Alam, then gerak ke Klang untuk hantar dulang hantaran majlis ritu. Melampau kan, dari bulan 5 sampai sekarang baru nak pulangkan dulang, hehehe. Dari Klang, terus gerak ke Subang Parade coz dah janji nak jumpa Zila kat situ nak ambil barang2 untuk buat tasbih, nasib la Zila tak kisah bila saya berkenan nak wat tasbih juga untuk majlis nanti, dia siap share cara-cara nak buat lagi tau ! Buat tasbih yang sama cuma warna berbeza, saya buat warna hitam...

Pas jumpa Zila, terus gerak ke IOI Mall Puchong untuk mencari kain felt, jauh-jauh pun sanggup saya pergi sebab kain felt kat situ banyak pilihan, macam-macam warna ada. Incin Tunang drive, saya jadi co-pilot dok sebelah dia bagi arahan nak belok kanan, kiri, terus, berhenti... Incik Tunang mmg failed jalan-jalan area Puchong ni.

 Dari Puchong, balik ke Shah Alam untuk amik mak kat umah abang, then, terus gerak balik Sabak Bernam. Uwaaaaa.... memang penat even bukan saya yang memandu. Sampai umah dalam kul 10 malam. Mandi, solat, makan, terus tido.


Cium Kisya puas-puas sebelum balik kampung



~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 7 August 2012

~ budak cumell ~


Seminggu Budak Tecik ni kena dok kampung ngn maksu ( saya ), nenek dan atuk, bukan main manja lagi ngn saya... Pantang hulur tangan, nak dukung saje. Dah sebelas bulan, baru nak menapak selangkah-selangkah. Paling tak tahan , semalam blackout sebab de kabel yang putus, jadi berbuka puasa dalam gelap bertemankan lilin. Budak Tecik ni apa lagi, mengejar lilin ke sana sini, adoi...Penat maksu dik oi, kejar kamu je...Sampai kul 11 malam tak mau tido sebab kepanasan, takde kipas angin. TNB pulak lambat sangat bagi respon, kul 4 petang buat aduan kerosakkan, kul 11 malam baru datang ambil tindakan. 


muka moody baru bgn tido



penat main, isi minyak dulu ;)



pantang kena agah, mengekek ketawa

bff dia si upin botak


itik pun dia nak masuk mulut


pandai suh posing






~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

Saturday 4 August 2012

" Kad Raya "

Semalam lik keje, ada sampul surat atas meja... Alhamdulillah, kad raya dari Cik Rongok dah sampai... Cute sangat ...Dah lama tak dapat kad raya camni :(  Terima kasih  Cik Rongok ..



~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

Thursday 2 August 2012

~ MALAS ! ~

Apa nak jadi anak dara sorang ni, kemalasan melanda dengan kritikal sekali...Keje menimbun atas meja, tapi malas nak buat. Pe kes?? Alahai....


~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~