♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Friday 28 September 2012

~ Sebelum & Selepas ~

Rentetan adripada kejadian INI , lihatlah hasilnya ;)


Sebelum kejadian, comel je, hensem lagi.. rambut penuh lagi

Pas main gunting, memang botak la kan...tak hensem dah ;)




~ sepi seorang perindu ~




~ sepi seorang perindu ~

Thursday 27 September 2012

~ Cuai ke?? ~


Selamat pagi sume.. Pagi nak story mory pasal kecuaian saya.. Setiap hari, lik keje je, siap2, malam pulak saya sambung menjahit felt. Jadi, bekas2 yang berisi jarum, gunting, benang , button, saya letak atas meja je. Kadang2 pagi tak sempat nak kemas.

Alkisahnya berlaku la kejadian yang tak diingini. Semalam, pas saya menjahit, saya tak perasaan gunting hitam kat bawah ni tertinggal kat atas meja, tertutup pulak ngn surat khabar.




Datang pulak si budak comel yang aktif ni, amik gunting tu, gunting rambut dia sendiri. Abis la tobek sana, tobek sini, memang tak hensem dah. Sume terperasan yang rambut dia dah botak petang semalam time dia tido. Bila tanya , mana dapat gunting??? dia cakap amik gunting Acu ( panggilan maksu utk saya ). Adoi... Pastu saya pulak yang kena marah sebab cuai... Nasib la dia gunting rambut sendiri, kalau dia gunting kain2 felt saya yang dh siap jahit tu, mau meroyan saya dibuatnya ;)


~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Friday 21 September 2012

~ Setahun lagi ~




Setahun dari sekarang... Time tu dah jadi isteri, tapi saya x pegi berdua ngn Incik Tunang merangkap 'suami' ketika itu sebab beli pakej kat MATTA FAIR ritu untuk kawan2. Sebelum booking flight, dah mintak kebenaran ngn Incik Tunang, nak pegi ngn kawan2, dia bagi 'green light' baik punya. Agak2 time tu peknen ke tidak?? hehehhe Leh ke naik flight lagi kalau dah peknen 6 @ 7 bulan? Setahun akan datang, x tau pe yang akan terjadi. Redha je la ;)


~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 19 September 2012

~ BLOGLIST KESUMA ANGSANA ~



nak join? klik pic atas tu ;)

Saya follow blog KA dengan tujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim yang terjalin di alam maya ni, selain tu, banyak info dan petua berguna yang boleh dikongsi bersama dari blog KA ni ;)


~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

~ WW - Doorgift Tetamu ~

DIY sendiri
baru siap 1/4 daripada jumlah sume ;). kawan-kawan n blogger2 yg sudi dtg je leh dapat doorgift ni... 
tak mampu nak buat utk sume tetamu...


~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 12 September 2012

Tuesday 11 September 2012

~ Cara menangani stress ~

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Membentuk pengurusan masa yang baik.

6. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

11. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

12. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang. 



Senyum...tak perlu kata apa-apa

>>> amik dari sini , sharing is caring <<< 


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Monday 10 September 2012

~ Kurang Sihat ~


Tak tau di mana silapnya, nak kata tak makan, semalam pagi makan nasi, cuma tengahhari semalam makan maggie je, keje kat ofis, malas nak kuar beli makanan. Lik keje petang semalam, perut dah rasa tak selesa. Sempat lagi bawak anak buah kuar makan. Kuar je kete, memang tak leh tahan dah, abis sume kuar... Pastu ajak anak buah balik sebab dah rasa makin tak ok. Sampai je umah, terus baring...segala macam mende yang masuk , mesti kuar balik walaupun air je... Lemah longlai je rasanya. Sampai kul 5 pagi tadi tetap tak dapat lelapkan mata :(  Bila ingat balik, semalam ada minum nescafe susu buat sendiri. Agaknya dah tak leh minum nescafe lagi kot pasni...

Pagi ni gagahkan diri, bangun juga pergi keje ...Keje menimbun atas meja...Sampai sekarang ni perut masih rasa tak ok lagi, lum berani nak makan sangat...

Setiap awal bulan, situasi yang sama akan berlaku









~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Friday 7 September 2012

~ Stress ~



3 hari pegi kursus, tenang dan aman je tanpa sebarang gangguan... Cuma x de masa nak menyinggah blog kawan2 dalam masa 3 hari ni. Kursus dekat ngn kawasan rumah, tak menginap kat asrama pun. Habis je kursus kul 4.30 petang, leh terus lik umah...memang 'heaven' la 3 hari ni sebab tak perlu fikir pasal keje, fikiran tenang je ;)

Rini dah kena masuk ofis sebab kursus dah tamat. Bermulalah episod tekanan perasaan ! Pepagi di hari Jumaat yang mulia, telinga dah mula panas, hati pun panas... Sabar Awin...sabar ...huh! Kalaupun ada masalah dengan tuntutan @ bayaran yang belum diterima, bertanya lah dengan cara yang sopan dan tak menyakitkan hati... Masalah leh selesai dengan cara baik...Bukan dengan cara membabi buta tanpa usul periksa. Kita kan sesama staf dalam 1 jabatan, orang berbudi, kita berbahasa... Tapi bila saya dah mula dengar kata2 yang kurang enak pagi tadi, tanpa banyak bicara, saya terus putuskan talian. Individu tu tak puas hati pulak, terus call bos , mengadu pulak kat bos yang saya ni kurang ajar...Adoi...fitnah semata sungguh! Masuk keje rini memang tekanan...:( Agak2 boleh tak saya nak pergi kursus 1 bulan? Mesti tenang je , tak perlu fikir hal keje

** de masa nanti, saya singgah blog kawan2 ye **


~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Monday 3 September 2012

~ Makan, makan & makan ~

Alahai pas raya ni, makan..makan... dan makan lagi...Risau je berat badan naik balik, takut nanti susah nak cari saiz baju pengantin. Puasa sebulan dah mampu turunkan berat badan...uwaaaaa....

1 September 2012, kul 9 pagi dah kuar umah coz de jemputan kenduri kawin...Umah pertama pagi tu makan laksa je alas perut...Lokasi kedua, umah terbuka, makan nasi minyak + rojak + soto..Perut rasa penuh dah ;). Lokasi ketiga, umah kenduri kawin, menu yang jadi pilihan, nasi ujan panas .


makan ;)

makan, makan, dan makan lagi ;)

Sorang lagi kawan time blaja kat PSIS kawin..


Lokasi keempat adalah umah bakal MIL...x patut kan dah 14 Syawal ,bakal menantu baru datang beraya ke rumah .. Apa punya bakal menantu dar... ( bukan sengaja nak datang lewat, tapi tuntutan kerja membataskan segalanya ). Bakal MIL wat bihun sup, walaupun perut ni dah sendat, makan juga sebab x nk bakal MIL kecik hati...

Lokasi kelima adalah umah terbuka kawan mak, sampai2 je kat umah kakak tu, terus dok sandar kat dinding, penat + kekenyangan. Tak lama pastu, keluar pulak hidangan nasi impit + kuah kacang + rendang ayam +_ laksa. Alamak, tak leh tahan nafsu nak makan, akhirnya! tewas...saya makan juga...

Huh! Apa pun tak bleh kan? Lokasi terakhir malam tu, pas Isyak gerak gi umah sepupu, kenduri cukur jambul anak dia pulak.. Makan tetap makan...

Lengkap perjalanan satu hari, daripada pagi sampai ke malam cukup sume : makan pagi, makan tengahhari, makan malam.. Kesimpulannya memang 1 hari tu tak masak kat umah...


~ sepi seorang perindu ~ 



~ sepi seorang perindu ~