♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Monday 5 December 2011

" Jalan-jalan Cari Makan "


Huh, penat….sakit-badan, sengal-sengal urat . ni gara-gara perjalanan 1 hari = SABAK BERNAMàSTADIUM BUKIT JALIL-SHAH ALAM-KUALA SELANGORàSABAK BERNAM
Kul 8 pagi dah gerak kuar umah, then pick up ‘J’ kat Tanjong Karang, tukar drive sbb saya dah rasa mengantuk, jadi, dia drive sampai Bukit Jalil. 1st time nak ke bukit jalil dengan kereta. Sebelum ni kalau ada jom heboh, saya pergi naik tren je. Senang , tak yah fikir sesat jalan & susah nak parking. Tapi, disebabkan kali ni pergi ngn ‘J’, dia kurang gemar berasak-asak naik tren, dia kata nak drive. Puas la ‘google map’ jalan dari shah alam ke bukit jalil ni…tapi kami pergi ikut highway kesas, kna  2 tol rm 2.20. dah masuk BANDAR BUKIT JALIL. Leh pulak sesat nak p cari stadium nun…huh!! Pusing balik, masuk simpang sana, masuk simpang sini, akhirnya!! Jumpa gak destinasi yang dicari. Tempat dah jumpa, letih nak mencari parking pulak, 2,3x pusing gak, baru dapat. Tu pun, nasib la bawak kete kecik, senang nak mencelah di ruang yang sempit.
Ramai sungguh pengunjung JOM HEBOH kali ni. Berasak-asak betul, nak jalan pun tak leh. Nasib la cuaca tak terik sangat, jadi, tak perlu nak berjalan sambil pegang paying. Pusing-pusing beli barang, pastu singgah kat booth HOTFM, sempat la snap gambar ngn DJ BARU HOTFM YG COME TU…



"leh jadi model iklan ubat gigi"

Pergi dua orang, memborong 10 beg. Macam-macam yang dibeli, ‘J’ lak yang ter’over’ rambang mata. Tangan dah penuh dengan barang, memang takde mood nak snap gambar lebih-lebih, tambahan pulak kaki dah penat berjalan. Sempat gak singgah kat booth HOTLINK, tengok SOFAZ wat persembahan sekejap.

Sofaz ngah wat persembahan


Sekitar jam 2 petang, kami gerak balik. Dah tak larat nak berjalan lagi. Si ‘J’ ajak  makan tutti frutti kat seksyn 13 shah alam. Self service, bila timbang2 yang kami dah amik tu RM 32++.wow!! terkejut gak la, tapi sebab ada orang yang sibuk-sibuk nak belanja, saya follow je..hehehe…
RM32++ untuk 2 orang



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Friday 2 December 2011

" Lunch Time "

( pic ehsan dari incik google)


musnah harapan mahu berdiet...nafsu makan tak terbendung. tengah hari panas terik sanggup kuar dari ofis untuk mendapatkannya... terbaikkkkkkkkk la....perut kenyang, mata pn ngantuk...



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 30 November 2011

~ 2 Bulan Sudah ~

















28/11/2011 genaplah umur SI KENIT ni 2 bulan...dia dah pandai senyum, dah bertambah akal juga semakin cerdik!!



~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

Friday 28 October 2011

" Rezeki Allah "



 v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



SI KENIT tuan empunya diri ni :  KHALISYA SURAYA, permata hati ACU (saya), hehehhe. Yang ni bukan baby saya ok!!  tapi rezeki dari Tuhan. Abg ngn wife dh 6 tahun kawin tapi masih lum de rezeki  cahayamata. Kehadiran SI KENIT ni menambah lagi kemeriahan dalam keluarga kami. SI KENIT ni diserahkan pada abg oleh ‘seseorang’ sebagai amanah dan pesanan untuk jaga SI KENIT sebaik mungkin sampai dia dewasa kelak.

Walaupun ni bukan baby saya, tp saya lak g terlebih EXCITED  terima SI KENIT dalam keluarga. Sangat excited ok !!! excited nak beli baju baby, barang2 baby, dh macam ank sendiri pulak. SI KENIT kena tinggal kat kg ‘SABAK BERNAM’ sampai dia besar sikit. Abg ngn kak ipar lum pandai nk jaga baby yg kecik sgt cam SI KENIT .  Jadi, saya ngn mak amik alih tugas sebagai ibu, gilir2 menjaga. Pagi2 sblm g keje, anta SI KENIT ke umah pengasuh, petang lak, amik dia kat umah pengasuh. Hujung minggu memang habiskan masa ngn SI KENIT je la jawabnya…

Pagi sblm g keje, peluk cium dia, camtu juga ngn lik keje. Nasib x kemek pipi SI KENIT tu. Dah mcm ank sendiri je, malam kna bangun bagi susu, mandikan, siapkan ( cari pengalaman sblm ada baby sendiri ), dodoikan dia…



Balik keje je dh x fikir lain, fikir nk gomol2 SI KENIT je sampaikan 
cik zue ( best frenz ) sy & ‘J’ (ehem2 sy) rasa sy dh x hiraukan mereka, dh x bnyk masa ngn mereka. Mereka agk touching ngn sy ( depa jeles ngn SI KENIT).



~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

Sunday 16 October 2011

** menternak lemak **

tercapai hajat nak makan double quarter pounder with cheese ni tadi.


musnahlah program diet saya hari ni kerana 2 item ni...


( pic ehsan dari incik google )


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

" bagan lalang "

huh!!! sangat penat dan letih badan saya ni....baru lik dari bagan lalang, sepang cz ada reunion kawan-kawan time blaja dulu.walaupun cuma 20 orang yang datang, tp memang puas hati la...dapat gak jumpa kawan-kawan yang dah lama ter'lost contact tu... kat bawah ni antara aktiviti saya selama 2 hari 1 malam kat taman sri bayu, bagan lalang, sepang (15/10/2011-16/10/2011//)....

antara menu malam bbq :








masing-masing dah kekenyangan






makan, makan, makan

time ni saya ngah cuci pinggan, yang lain posing sakan..x adil ok!


mama awin ngn mia, sama2 cumell
dapat la juga snap pic kat dpn pintu masuk golden palm tree ni


sebelum check out homestay, bersantai kat bagan lalang dulu...







sempat lagi merempit sepanjang pantai bagan lalang

 
ni sebelum check out dari homestay...










~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Friday 30 September 2011

Mungkinkah??




Perasaan saya di saat ini?? Ermmm…sangat sukar digambarkan. Mungkinkah jodoh saya telah sampai? Saya cuba untuk melupakan kenangan lalu, cuba untuk menghindarkannya dari ingatan saya.kalau ‘dia’ boleh lupakan saya terus, saya pun mesti boleh lupakan ‘dia’ juga, bukan hanya untuk hari ini, tapi untuk esok, lusa dan selamanya.  Saya telah cuba buka pintu hati ini untuk insan lain selepas ‘dia’. Saya harap sangat saya mampu.

Saat ini, saya dipertemukan dengan insan ( J ) yang saya kenal tapi saya tak cinta. Teringat kembali nasihat emak pada saya sebelum ni, mak kata ‘’ kalau nak cari bakal suami, carilah orang yang sayang dan cinta kita sepenuh hati. Jangan cari orang yang kita sayang dan cintakan dia sangat-sangat, tapi dia tak leh nak terima kekurangan dan kelebihan kita’’.

Orang kata, bercinta selepas kahwin lebih indah, betul ke?? Kalau betul, saya nak wat camtu, mana tau cinta antara saya dan ( J ) lebih indah, lebih tulus dan suci selepas kahwin. Doa saya sekarang    ‘’ Ya Allh... Seandainya telah Engkau catatkan....Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengana hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami...Agar kemesraan itu abadi...Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...Seiringkanlah kami melayari hidup ini...Ke tepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku...Bawalah dia jauh dari pandanganku....Luputkanlah dia dari ingatanku...Dan peliharalah aku dari kekecewaan...


~ sepi seorang perindu ~




~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 13 September 2011

doa Teman-TeMan..


ayah admit wad semalam, doktor kata suspek denggi ...mohon teman2 blogger doakan ayah saya cepat sembuh..

~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Sunday 11 September 2011

saHabat...

sahabat,
aku bukanlah insan terbaik sebagai sahabatmu,
aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,

aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,

tetapi,
adakalanya aku juga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku,
duhai sahabatku...




~ sepi seorang perindu ~




~ sepi seorang perindu ~

Friday 26 August 2011

saLam aidiLfitri

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku



~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 23 August 2011

AidiLfirti 2011

Tinggal seminggu je lagi kita berpuasa ye. Camne dengan persiapan raya anda semua? Tahun ni persiapan raya saya ala kadar je, baju raya pun tak bertukar. Pakai je baju-baju yang ada. Jimat kos, bersederhana betul persiapan raya tahun ni. Duit yang ada saya gunakan untuk beli kuih raya, peruntukan duit raya untuk anak-anak buah, duit belanja raya untuk mak dan ayah.

Mood raya tahun ni agak berkurangan. Saya tak pasti apa puncanya, mungkin juga disebabkan ketiadaan arwah untuk tahun yang kedua raya ni, atau mungkin disebabkan ingatan saya pada ‘si dia’ yang tak pernah padam. Arwah dan ‘si dia’ adalah dua insan paling istimewa di hati saya ( selain keluarga ), sebab tu saya terasa sangat kehilangan dua orang insan ini.

Aidilfitri 2010 adalah yang terakhir saya raikan bersama ‘si dia’. Hancur luluh hati ini bila saya dapat tahu ‘si dia’ akan bertunang lepas aidilfitri tahun lepas. Selepas kehilangan arwah pada 17/03/2010, saya hilang ‘si dia’ pulak. Aidilfitri kali ini agak suram tanpa mereka.

Dengar cite, ‘si dia’ akan disatukan hujung tahun ni. Bahagia nampaknya. Saya je yang masih lum punya kekuatan untuk hadapi kenyataan ini. Pengorbanan paling besar yang saya lakukan adalah berkorban hati dan perasaan untuk kebahagiaan ‘si dia’ bersama pilihan hatinya.

Tersentuh hati dan kadang-kadang mengalir juga air mata bila dengar lagu
SEPASANG KURUNG BIRU- KHAIRIL JOHARI JOHAR kat radio, sayu je hati ini.




~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 10 August 2011

kaTa haTi...

Hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 4 August 2011

KenanGan...


Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja.

Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati ini. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.


~ sepi seorang perindu ~ 


~ sepi seorang perindu ~

Monday 1 August 2011

RinDu..

 1 Ramadhan…

Diam tak diam dah 2 tahun saya menyambut ramadhan  tanpa dia. Terasa rindu yang teramat sangat pada arwah. Rindu pada gurau sendanya, nasihatnya, lawak jenakanya. Perasaan rindu pada arwah tak terluah dengan kata-kata.

Bila baca balik mesej2 arwah malam terakhir sebelum dia pergi, terasa sayu di hati ini. Tak sangka itulah mesej terakhir yang akan saya terima dari dia. Sekarang ni saya dah tak de tempat nak mengadu. Masa arwah masih ada, saat saya sedih atau gembira, dialah orang pertama yang saya akan cari.Dia jadi pendengar setia masalah saya...Perginya dalam sekelip mata, perginya tanpa sebarang kata , hanya yang tinggal adalah kenangan sebagai pengubat rindu di hati ini…
Ya Allah..tempatkanlah roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman..Al Fatihah


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Monday 4 July 2011

Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa......



1.      Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2.      Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

3.      Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.



~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Friday 1 July 2011

sukaRnya melupaKan kenanGan iTu...


Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini.

Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah saya jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk saya bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.


Betapa sukarnya aku untuk melupakanmu...!!!


~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 22 June 2011

JODOH itu ketentuan Allah...


“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”






Tiap wanita kat muka bumi ni pasti mahu berkahwin dan akan berkahwin, cuma bezanya cepat atau lambat  waktunya. Begitu juga dengan saya. Tipu la kalau saya kata saya tak mahu kahwin kan.Mungkin belum sampai masanya dan belum ada jodohnya.

Tiap hari emak akan membebel pasal hal ni. Soalan yang sama akan ditanya berulang-ulang, bila nk kahwin, tak de calon ke??, cuba la cari calon. Kadang-kadang sampai satu tahap saya rasa tertekan sangat.dalam hati selalu berkata, bukan saya tak mahu kahwin, tapi belum ada jodohnya. Saya dah cuba mencari, tapi semakin dicari semakin saya tidak temui apa yang saya cari. Bukannya tiada yang berkenan di hati, tapi bila saya mula berkenan dengan seseorang, mesti dia tak berkenan dengan saya. Ada yang nak masuk meminang tapi hati saya pulak yang tak boleh nak menerima dia dalam hidup saya. Sekarang ni saya amat berhati-hati dalam memilih pasangan. Saya tak sanggup untuk dikecewakan lagi. Teramat perit untuk melupakan sejarah lalu…

Kadang-kadang rasa cemburu bila tengok orang lain berjalan pimpin tangan dengan suami, tapi saya?? Masih sendiri….dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. Hanya pada nya tempat saya mengadu nasib. Kesunyian tu memang tak terkata la, sebab tu saya rajin beli novel online sekarang ni, semua tu saya buat untuk mengisi ruang-ruang kesunyian itu.


“Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.... semoga Allah mempermudahkan Jodoh kita”















~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 16 June 2011

cuBa utk dapatKannya..


teringin sgt nak dapatkan dua barang kat ats tu...nak harap de orang bagi
( jangan haraplah ), kena usaha beli sendiri...
insyaallah, harap-harap ada la rezeki untuk dapatkan dua barang tu...




~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

dOa bUat Kekasih...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ..
Ya Allah... .
Seandainya telah Engkau catatkan....
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik untuk ku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai... .
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah... .
Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka... .
AMIN... AMIN... AMIN




~sepi seorang perindu~

~ sepi seorang perindu ~

Monday 6 June 2011

40 kEs tiDak laYak menJadi 'SUAMI'


 
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25.. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

benarkah ?? renung-renungkan & selamat beramal



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~