♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Thursday, 4 August 2011

KenanGan...


Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja.

Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati ini. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.


~ sepi seorang perindu ~ 


~ sepi seorang perindu ~

2 comments:

  1. bersabarlah...sandarkan rindu itu pada Tuhanmu!

    salam kenal cik awin~ sama nama dengan seorang sahabat blogger saya~ :)

    ReplyDelete