♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Showing posts with label Kenangan ~ Arwah Adam. Show all posts
Showing posts with label Kenangan ~ Arwah Adam. Show all posts

Monday, 28 April 2014

Pengalaman ~ Alahan

 Kali ni saya nak berkongsi pengalaman alahan yang teruk waktu mengandungkan arwah Adam :

1) 4 minggu pertama, saya ok lagi, makan masih berselera, cuma Incik Suami yang muntah-muntah setiap pagi. dia yang kurang selera makan, pastu dia juga yang mengadap asam boi setiap pagi.

2)  masuk bulan kedua, saya dah mula morning sickness, setiap pagi memang wajib

3) hilang selera makan, berat badan semakin menurun daripada 75 kg ke 69 kg, disebabkan berat makin turun, saya masih boleh pakai baju nikah di pagi raya 2013 ( time ni dah 23 weeks)

4) paling teruk bila alahan bau peluh Incik Suami, masuk bilik pun kena tutup hidung, klu tak, memang termuntah tanpa disengajakan, korang bayangkan la tidur pun kena tutup hidung sebab tak tahan bau ;) sadiskan....

5) alahan dengan bau perfume Incik Suami, dia sembur je perfume kat baju, saya pun termuntah. padahal, perfume tu antara bau kesukaan saya

6) mengidam nak makan telur belangkas, nasib baik tercapai ;)

7) hanya boleh minum air sirap suam yang dibuat oleh emak saya, air lain tak boleh masuk. air siram pun, wajib mak yang buat, air sirap , Incik Suami atau orang lain buat, tak mau, ok !

8) 7 weeks sampai nak bersalinkan arwah (25 weeks) , morning sickness memang tak hilang, pagi petang siang malam mesti muntah, tak kira masa....sampaikan dalam kete, ready plastik beg je, senang nak muntah

9) alahan dengan segala macam bau losyen kat dalam ofis, kalau ada je kakak ofis sapu losyen pepagi, saya dah tutup hidung siap-siap.

10) minyak angin memang tak lekang dari tangan, wajib ada dalam handbag...


~ bila teringat balik, indahnya saat mengandungkan arwah..... saya pasti akan rindukan saat itu. lain orang, lain alahannya kan... ~



~ sepi seorang perindu ~

Friday, 11 April 2014

~ Perginya Buah Hati Kami ~



7 bulan selepas pemergian kamu ...ibu rindukan kamu, sayang....kamu tetap dalam hati ibu dan ayah....


~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 17 December 2013

~ Kenangan Lalu ~

Dok godek2 pc, terjumpa 2 gambar ni... Ish, tetiba teringat pulak sweet moment ni....



UPT 1st yang saya buat. Waktu ni kami sedang berhoneymoon 4 hari 3 malam kat Cameron Highland. Ingatkan berdua, upanya kami dah bertiga saat ini. Period lewat 2 hari, beli upt kat Guardian, check sendiri kat bilik hotel kul 2 pagi. Tunggu 2 minit, 1 line je, saya terus buang dalam tong sampah (kecewa). Incik Husband bangun kul 6 pagi, kutip balik dari dalam tong sampah, tengok2, ada 2 line. Senyum sampai telinga ;)



Incik Suami kurang puas hati dengan 1st UPT tu, balik je dari bercuti, beli pulak UPT digital dan inilah hasilnya.   


** Doakan kami ada rezeki seperti ini lagi tahun depan . 
Teringin nak ada baby lagi ;) **








~ sepi seorang perindu ~

Monday, 2 December 2013

~ Saya Kembali ~

Mood mengupdated blog sudah ke laut sejak saya cuti bersalin 2 bulan lepas. Malas pun ada, takde idea pun ye. Kalau ikutkan kiraan, waktu ni saya sedang menanti saat untuk melahirkan si kecil. Tapi, Tuhan lebih sayangkan Adam, pinjamkan untuk kami hanya sementara. Sejak bersalin ritu, doktor sarankan untuk ambil perancang, sekurang2nya minimum setahun supaya badan betul2 pulih. Pas bincang2 dengan Incik Suami, saya rasa nak ambil perancang untuk 6 bulan je. Tak sabar nak ada baby lagi ok.....

Masuk keje, kemas dokumen dalam pc, terjumpalah koleksi-koleksi bunga yang Incik Suami pernah bagi daripada sebelum kawin sampailah sekarang.

20.05.2012 (bertunang) - 26 kuntum bunga sempena bufday saya yg ke 26

19.07.2012 - yg ni betul-betul surprise dari dia coz tauke kedai bunga hantar ke ofis. time tu memang terkejut sangat

30.09.2012 - 39 kuntum bunga = ros + lily + daisy sempena 1st anniversary kami

08.12.2012 - bunga ni prop untuk pre wedding kami. terkejut juga coz takde pulak bunga ni dalam senarai asal prop

03.03.2013 - suka sangat ngn kombinasi warna bunga tangan ni waktu majlis kami 03.03.13 ritu. surprise juga sebab memang tak tau dia nak bagi fresh flower untuk bunga tangan

07.05.2013 - yang ni untuk bufday saya ke 27


Sekarang ni? Incik Suami beli bunga dalam pasu terus, untuk hiasan kat umah ;)

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 22 October 2013

~ Dalam Kenangan ~




Hari ni ibu dah mula bekerja, habis sudah cuti ibu selama 60 hari. Setiap hari ibu pegi dan balik keje melalui pusara kamu, ibu rasa kamu dekat sangat dengan ibu. Pantasnya masa berlalu, dah 2 bulan kamu pergi. Ibu rindukan kamu sayang.... Airmata ibu pasti mengalir saat teringatkan kamu....

~ sepi seorang perindu ~

Saturday, 21 September 2013

~ Al Fatihah - Adam Bin Jumadin ~


3/8/2013
Malam tu ibu ngan ayah excited nak tau jantina baby. Waktu ke Mydin membeli kelengkapan raya, nenek sempat belikan tilam baby. Walaupun balik dah lewat, dalam kul 11 malam, tapi kami tetap singgah juga kat klinik. Nak scan 4D, ayah yang tak sabar sangat sebenarnya. Sekitar jam 11.30 malam, masuk bilk doktor. Doktor scan-scan, tak nampak jantina kamu. Doktor bagitau air ketuban sangat-sangat kurang, mungkin kamu ada masalah. Ibu dah rasa tak sedap hati, doktor suh refer ke hospital tempat ibu bekerja. Malam tu dalam perjalanan balik, airmata ibu mengalir tanpa henti. Ayah cuba pujuk ibu, katanya, jangan risau. Kamu akan ok...

4/8/13
Ibu makin resah, ibu tak nak jadi apa-apa pada kamu. Ibu tak sabar nak jumpa doktor keesokan harinya (5/8/13/)

5/8/13
Ibu ke pejabat seperti biasa memandangkan esok (6/8/13) ibu dah mula cuti raya. Tapi... kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.  Scan kat tempat ibu kerja, doktor bagitau air ketuban ibu sangat sedikit. Kamu dalam keadaan songsang. Ibu perlu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut petang tu juga. 4.30 petang, ibu telefon ayah, ayah terus balik dari Tanjong Karang. Ibu balik kerumah, mengemas barang-barang untuk dibawa memandangkan ibu perlu masuk wad petang tu juga. Sepanjang perjalanan ke HTI, airmata ibu mengalir deras. Ibu takut kehilangan kamu sayang. Sampai HTI, ayah daftarkan ibu ke wad. Dalam pukul 8.00 malam, ayah pulang, tinggal la ibu seorang diri. Sekitar jam 9.30 malam, ibu di bawa ke dewan bersalin untuk scan keadaan kamu. Selepas discan, doktor bagitau ibu yang kamu ada masalah. Sebab tu kamu tak boleh recycle air ketuban dengan sendirinya. Kemungkinan kamu ada masalah samada masalah mulut atau masalah berkaitan buah pinggang. Peluang untuk kamu hidup sangat tipis. Dalam hati ini, Allah saja yang tahu perasaan ibu. Ibu kawal airmata daripada mengalir di hadapan doktor. Doktor nak jumpa ayah kamu untuk bincangkan hal ni tapi memandangkan ayah dah balik ke rumah, ibu bagitau doktor yang ibu sendiri akan terangkan pada ayah kamu tentang keadaan kamu. Ibu telefon ayah untuk terangkan masalah kamu. Ayah terima dengan tenang, tapi ibu tau, ayah kamu selindungkan perasaan sedih tu daripada ibu. Ibu akan kehilangan kamu sayang... Sepanjang malam ibu menangis sepuas hati mengenangkan kamu., hanya surah Yasin peneman ibu malam tu. Ibu terlena bersama linangan air mata.

6/8/13
Doktor pakar datang untuk buat pemeriksaan. Doktor sekali lagi terangkan masalah kamu kepada ibu. Doktor nak rujuk ibu ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh untuk scan yang lebih terperinci untuk tahu masalah sebenar kamu. Petang tu ayah datang dengan dua-dua nenek kamu. Di hadapan mereka, ibu tenang, tak kata apa-apa. Tak terluah rasanya. Ibu minta ayah temankan ibu ke Ipoh keesokan paginya. Jadi, ayah kamu tidur di kawasan meletak kenderaan hospital memandangkan perlu bertolak ke Ipoh seawal pagi. Malam tu ibu menangis lagi dalam lena sampai sembap muka ibu.

7/8/13
Masa yang ditunggu dah tiba. 7.30 pagi, ibu bertolak ke Ipoh menaiki ambulans. Ayah menyusul daripada belakang. Memandangkan hari tu adalah sehari sebelum umat Islam menyambut aidilfitri, kenderaan di jalanraya mulai sesak. Ibu tak fikir pasal raya, ibu hanya fikirkan tentang kamu sayang.... 8.30 pagi ibu sampai di Ipoh, tunggu doktor pakar untuk buat scan . Ibu masuk ke bilik, doktor terus scan. Sungguh indah ciptaan Tuhan. Ibu boleh lihat wajah kamu saat itu. Air ketuban memang tiada, kosong. Ibu tengok riak wajah doktor, seperti ada yang tak kena. Ibu makin resah.  Selesai scan, ayah kamu masih belum sampai. Ibu tunggu ayah di luar bilik doktor. Ayah kamu sampai je, kami terus masuk jumpa doktor. Doktor mula berikan penerangan tentang apa yang berlaku sebenarnya. Ya Allah, airmata ibu deras mengalir tatkala mendengar penerangan doktor di hadapan kami. Pasti, sememangnya ibu akan kehilangan kamu tak lama lagi. Besarnya dugaan buat kami kali ini ya Allah. Ibu menangis sepuasnya. Doktor bagitau kami, kamu tak punya kedua-dua buah pinggang, itulah faktor yang menyebabkan kamu tak boleh buat air ketuban dengan sendirinya. Air ketuban dihasilkan secara semulajadi oleh bayi di dalam kandungan. 1 dalam 1000 kelahiran akan terjadi sebegini. Masalah ini bukan disebabkan faktor pemakanan , persekitaran atau faktor genetik si ibu. Dengan kata lain, semua ini adalah kuasa Allah yang kita tak boleh jangka. Ayah bertanya peluang yang kamu ada untuk terus hidup. Doktor terangkan , sekiranya kamu dilahirkan sekarang, kamu hanya mampu bertahan selama 1 atau 2 minit sahaja, kamu masih boleh dilahirkan secara normal. Kalau kamu dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari, kamu masih membesar seperti bayi lain, tapi kamu hanya mampu bertahan sekitar 24 jam sahaja. Dalam keadaan ini, ibu tak boleh lahirkan kamu secara normal memandangkan keadaan kamu yang songsang. Kamu tak boleh teruskan hidup macam bayi lain kerana kamu tak punya salah satu organ terpenting dalan tubuh iaitu buah pinggang. Tatkala ini, fikiran ibu kosong, ibu tak boleh fikir apa-apa . ibu buntu, runsing. Ibu terfikir, apa salah dan dosa kami sehinggakan Allah uji kami dengan cara ini. Doktor beri masa untuk kami fikir sebaiknya samada untuk simpan kamu sampai cukup bulan atau TOP ( terminate of pregnancy ) sekarang. Keluar dari bilik doktor, ibu menangis lagi di bahu ayah. Ayah masih nampak tenang tapi ibu tahu, dalam hati ayah, ayah juga rasa sedih yang teramat sebab kami akan kehilangan kamu selamanya. Ayah tenangkan ibu, katanya : sabarlah sayang. Bukan rezeki kita ada baby secepat ini, kita masih muda, masih boleh ada baby lagi selepas ini. Ibu masih menangis, ibu tak dapat bayangkan kecewanya nenek-nenek kamu yang menanti kelahiran kamu. Bagaimana ibu nak terangkan pada mereka yang kamu takkan bersama kami nanti? Ayah peluk ibu, syahdunya saat ini,Allah saja yang tahu. Saat insan lain bergembira menyambut  aidilfitri, kami diuji dengan dugaan ini. Memandangkan masalah yang kamu hadapi, ibu minta kebenaran dengan doktor untuk keluar wad petang ini juga. Doktor benarkan tapi ibu perlu datang semula ke HTI 12/8/13 untuk dapatkan tarikh bersalinkan kamu nanti. Sampai dari Ipoh, ibu terus kemaskan barang, gembira dapat balik ke rumah, tapi kesedihan ibu masih lagi terasa. Dalam perjalanan balik ke rumah, ibu masih menangis, ibu minta ayah benarkan ibu menangis semahunya sebab ibu tak mahu menangis di hadapan nenek kamu nanti. Ibu harus kuat untuk terangkan semua ini pada mereka. Sampai di rumah, ibu terangkan segalanya. Kalau nenek rasa sedih, apatah lagi ibu yang mengandungkan kamu 22 minggu saat ini, ibu yang merasa gerakan dan tendangan kaki kamu di dalam perut ibu, pastinya ibu lebih sedih kan sayang...

8/8/13
Syawal dirai dalam keadaan suram, pagi raya ziarah ke rumah sanak saudara. Ada juga yang bertanya tentang ibu masuk wad. Ibu bagitau mereka yang kamu ok, kamu tiada masalah. Ibu kawal airmata daripada mengalir. Ibu tak mahu sanak saudara tahu tentang masalah kamu. Biarlah kami sekeluarga saja yang tahu.

12/8/12
Ibu ke HTI bersama ayah. Semua perkara berkaitan kamu, ibu mahu ayah ada bersama. Ayahlah kekuatan ibu sekarang. Doktor panggil kami untuk dapatkan tarikh daripada kami. Ibu tetapkan 21/8/13 untuk masuk wad memandangkan 20/8/13 ayah kamu ada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ibu mahu raikan saat itu bersama ayah. Mulai saat ini sehingga tarikh ibu akan bersalinkan kamu, ibu mula memhitung hari, saat dan ketikanya yang ibu akan kehilangan kamu. Setiap malam sebelum tidur, ibu akan letakkan tangan di perut untuk merasai pergerakan kamu, begitu juga ayah. Masih terasa gerakan kamu yang semakin aktif. Ya Allah, kuatkan semangat kami menghadapi ujian ini. Berat mata yang memandang, berat lagi hati ibu yang menanggung semua ni.

21/8/13
Jam 8.00 pagi ayah dan ibu bertolak ke hti. Dalam hati ini, risau, sedih, macam-macam bperasaan bercapur baur. Sepanjang perjalanan , ibu senyap, ayah pujuk ibu supaya ibu jangan bersedih, jangan menangis. Redhakan apa yang berlaku. Masuk ke wad, ibu berehat di katil. Airmata ibu mula mengalir. Waktu ibu bersama kamu semakin menghampiri saat-saat  terakhir. Selepas ini, ibu tak dapat rasai lagi gerakan kamu di dalam perut ibu.

22/8/13
Lebih kurang jam 10.00 pagi, doktor periksa bukaan, baru 1 cm. Doktor masukkan ubat pertama. Selesai semuanya, ibu berehat kat katil. Sakit mula datang macam senggugut tapi belum kuat, ibu masih mampu bertahan. Hari ni ayah kerja, petang lepas kerja baru ayah datang tengok ibu. Ibu belum pasti bila akan melahirkan kamu, jadi, ibu suruh ayah kerja dulu. Lebih kurang jam 1.00 petang, doktor perika bukaan, masih 1 cm. Doktor masukkan ubat yang kedua. Sakit mula kuat. Ibu masih boleh bertahan, ibu masih terasa gerakan kamu di dalam perut. Jam 5.00 petang , doktor masukkan ubat yang ketiga. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Ibu dah tak lalu nak makan, asyik muntah-muntah sambil menahan sakit yang amat sangat. Ayah dan nenek datang melawat ibu petang tu. Lebih kurang jam 10.15 malam ibu ditolak ke dewan bersalin. Tepat jam 10.33 malam, kamu lahir ke dunia. Badan kamu kebiruan , mungkin kekurangan oksigen, kamu dah tak bernafas lagi, berat kamu ketika lahir 600 gram. Kamu cukup sempurna, cukup sifat seperti bayi lain. Saat doktor tunjukkan kamu pada ayah, ayah mengalirkan airmata, sayang..... Pasti ayah terasa sedih , zuriat yang dinanti selama ini telah tiada. Telinga, hidung, muka, susuk tubuh kamu mirip ayah. Anak ayah rupanya. Memang anak ayah sungguh kamu ni...

ADAM BIN JUMADIN, tenanglah kamu di sana, tunggu kami di pintu syurga ,sayang....Ibu dan ayah sayangkan kamu sangat-sangat walaupun Tuhan pinjamkan kamu hanya sementara untuk kami...

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 13 August 2013

~ Ujian buat kami ~

Salam aidilfitri semua....

Tak tahu saya nak mulakan cerita dari mana... Tapi saat menaip di papan kekunci ini, airmata mengalir tanpa di duga.. Aidilfitri kali ini, tiada yang meriah buat kami suami isteri. Mungkin bukan rezeki kami untuk menimang cahayamata buat masa sekarang....Doakan saya dan suami tabah hadapi dugaan ini. Mungkin kalian nampak kami tersenyum, tapi dalam hati ni, hanya Tuhan yang tahu segalanya....

Buat 'si kecil' , tunggu ayah dan ibu di pintu syurga nanti ye....Ayah dan ibu sayang sangat dengan kamu walaupun Allah pinjamkan kamu hanya sementara untuk kami....



~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 20 June 2013

~ Turun Naik ~


sebelum peknen : 75 kg

4 minggu : 69 kg

8 minggu : 73 kg

12 minggu : 72 kg

15 minggu : 71.4 kg 
selera makan semakin berkurangan :(

~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 23 May 2013

~ Dapat Dah ~

Antara menu yang menjadi idaman ibu mengandung :

Nasi kerabu + solok lada + ikan kembung

Telur Belangkas

Alhamdulillah...Lepas mabuk teruk beberapa minggu sampai berat pun turut 6 kg, sekarang ni dah mula selera makan.Mula lah ngidam yang bukan2 ;)


~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 25 April 2013

~ Lemau ~

Mood nak updated dah ke laut gara2 morning sickness yang teruk. Semalam mc, asyik muntah2 daripada pagi, kna masuk air, hampir2 kena masuk wad tapi saya x mau :( ... Ada tak petua nak kurangkan alahan?


~ sepi seorang perindu ~

Monday, 15 April 2013

~ Rezeki ~

Assalamualaikum semua.... Selamat bertemu kembali setelah hampir 3 minggu menyepikan diri. Maaf ye, server down kat ofis, sekarang ni pun lum ok lagi. Tu yang senyap, sunyi sepi je...Banyak mende nak share sebenarnya ;) Tapi disebabkan sekarang ni on9 menumpang tempat orang lain je, tak leh nak cite panjang lebar.

Cuma nak kongsi dengan semua, yang saya........bakal menjadi ibu ;) Alhamdulillah, rezeki cepat... Doakan saya sihat k...

 


~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 19 March 2013

~ Demam ~


Alahai...sejak pas majlis ritu, 2 kali demam saje.Incik Suami pulak yang risau dengan tahap kesihatan saya.  Kerap sangat tak sihat sekarang ni. Sakit tekak, batuk, selsema, sengal2 badan. Sume ada. Mood nak updated blog entah dah ke laut.... Masih gagahkan diri untuk ke tempat kerja memandangkan banyak lagi claim staf yang belum settle. Doakan saya sihat ye...


~ sepi seorang perindu ~