♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Wednesday, 25 October 2017

~ Trajedi ~

Subhanallah, mood nak berblog memang dah ke laut dalam, dah setahun xde entri baru. Sekarang ni jadi 'silend reader' je. Macam2 hal berlaku, macam2 dugaan yang datang.

1st time berlaku banjir kat rumah saya sepanjang saya duduk kat situ selama 31 tahun. Memang tak sangka betul. Trajedi ni berlaku hujung Jan sebelum cuti tahun baru cina yang lepas.

Sehari sebelum kejadian, memang cuaca mendung je, gerimis, pastu hujan lebat dari jam 6 petang sampai 9 malam, time tu, tengok keadaan memang lain macam je, air tak surut-surut. Pastu hujan lebat berterusan , kul 10 malam air makin tinggi takat betis. Mesin basuh dengan peti ais kat garaj kete dah mula ditenggelami air. Malam tu cuma saya, mak ngan anak je kat umah. Saya ngn mak cepat2 angkat mesin basuh ngn peti ais ats batu bata dengan harapan tak rosak. Malam tu memang tak lena tidur sebab risau air naik makin tinggi. Hujan masih berterusan.

Gambar kat bawah ni time air mula naik sekitar jam 8 malam









Pagi tu bukak pintu, tengok air memang dah tinggi hampir paras peha, tapi pasrah je redah air sebab kena pegi ofis, ada kerja "urgent" yang perlu diselesaikan juga. Slow2 je redah air, risau juga kalau kete "stuck" kat tengah jalan. Selamat sampai ofis. bukak hp, tgk kat wassap group, dah ramai yang dipindahkan sebab umah dimasuki air. Umah saya ni , rumah atas, jadinya masih selamat lagi untuk diduduki, mak pun tak nak pindah ke pusat pemindahan.  Selesaikan apa yang patut, isi borang cuti, terus balik. Risau tinggalkan mak ngn anak kat umah dalam keadaan banjir tu.




Alhamdulillah, hampir seminggu juga air baru surut. harapnya pasni tak berlaku lagi kejadian ni ;)



~ sepi seorang perindu ~

0 comments:

Post a Comment