♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Monday 2 November 2015

~ Gugirl ~

Jenuh nak buang sawang ngan habuk yang dah penuh kat blog ni. Lama sangat ditinggalkan. Mood mengupdate dah ke laut. Harap-harap pasni bertambah rajin .....

Nah, belanja pic gugirl yang semakin bijak pandai ....

Umur sehari : fresh lagi baru kuar dari perut ibu... Lena sangat....

Sebulan : tido dengan penuh gaya...
2 bulan : kepala dah botak

3 bulan : bergaya ngan baju baru untuk raya yang ibu belikan

4 bulan : rambut dah tumbuh, pacak2 . dah macam kek lapis sarawak je rompers dia ;)

5 bulan : akal bertambah, main air liur, sembur2....

6 bulan : ngan ulat bulu kesayangan. dah pandai meniarap even lambat sikit dari anak orang lain...

7 bulan : gigi dah tumbuh 2 batang. dah pandai mengundur, maju ke depan, berpusing. ligat je ke depan kalau nampak mende yang dia berkenan. dah mula kutip segala macam habuk, sampah ngn semut atas lantai....


~ pantasnya masa berlalu, rasa macam baru semalam sakit bersalin ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 23 July 2015

~ Raya Kami ~

Nah, belanja pic raya kami

Time ni humaira lum tukar baju lawa, masih berbedung lagi sebab baru bangun tido

Yang ni dah lawa, orang dok panggil2 suh pandang kamera, dia sibuk nak hisap ibu jari ;)


Tahun pertama tanpa ayah...sungguh...kami merindui arwah....



~ sepi seorang perindu ~

Monday 6 July 2015

~ asasnya : Durian ~



Memandangkan hari cuti je ada banyak masa untuk masak juadah berbuka lebih daripada satu menu, jadinya Sabtu lepas, ada beberapa menu pencuci mulut yang terhasil berasaskan durian.


Bahan asas : Durian...... Memang dah lama teringin nak makan sejak habis pantang. Sanggup redah pasar petang di kala cuaca panas terik untuk membeli durian yang diingini. Siap suh si penjual kupas dan isi dalam bekas. Otw balik ke rumah, mabuk dan pening sepanjang jalan hanya kerana bau nya yang semerbak. Sadis kan....Makan durian boleh, hidu baunya, tak boleh :(


Bubur kacang + durian ( snap pic dlm periuk je ;) )


Serawa durian. Sedap makan ngn pulut, tapi kali ni cicah roti je ;)




Durian crepe, yang ni paling best, makan sejuk-sejuk baru kuar peti ais. ( order je, tak reti nak buat, 6 pcs = RM 10 )



**Puas dapat makan durian. Pastu sendawa, semerbak nya bau ...hihihihihi






~ sepi seorang perindu ~