♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Monday 24 March 2014

~ Hand Bouquet ~


nikah - HB ni free sebab saya join contest Mrs Nelly

Sanding - sepatutnya time sanding, guna HB lain, tapi dah pegang kat tangan, nampak HB tu kecik, kurang menyerlah, terpaka guna HB time bertunang. time ni masih kat dalam bilik, belum turun ke bawah

Pas salam Incik Suami, ada pulak orang hulur HB fresh flower ni, surprise pulak....
RM150++ regenya.. pe pun, thanx Incik Suami
Resepsi belah laki - HB ni la sepatutnya digunakan time sanding. Saya beli online, agak mahal lebih kurang RM80++


~ sepi seorang perindu ~

~ BBQ ~

Semalam punya cerita, ber bbq lah kami di garaj kereta tepi umah. Makan ramai2 ngn ank2 buah, memang seronok, riuh rendah. Kena tunggu cuti sekolah baru ada peluang nak ber bbq ;) Perapan sume saya yang sediakan, Incik Suami tukang bakar je... Pepagi lagi dah kuar ke pasar, membeli apa yang patut. Sampai umah, bersihkan bagai, perap, simpan dalam peti ais sementara menunggu ke malam. Lagi lama diperap, lagi sedap....

ikan kembung + ikan pari, dah perap, ready untuk disimpan

sotong
udang

sosej + capsicum + bawang besar

kat garaj kereta pun jadilah ;)

air asam + sos cili + bbq sos + blackpepper sos




 
 budak yang paling kecik tu siap tanya, nape berkelah kat garaj, bukan tepi pantai??




~ sepi seorang perindu ~

~ Jahitan Felt Pulak ~

Sebelum ni kami ke kelas Red Velvet kan? Kali ni kami ke kelas Jahitan Felt pulak, tempat yang sama, kat Kolej Komuniti Tanjong Karang juga....Dalam kelas, laki bini dok depan sekali, bila pengajar tanya Incik Suami, yang sebelah awak tu isteri ke?? Incik Suami jawab, bukan isteri tapi rakan sebilik, 1 kelas ketawakan kami... Pandai pulak Incik Suami melawak ye....


Khusyuk menjahit felt

 

Saya lukis, potong, Incik Suami yang jahit, motif?? Sebab dia malas nak menggunting felt tu sume...





Inilah hasil tangan laki bini. Klu ada yang perasan, LOVE KEYCHAIN tu saya pernah jahit untuk doorgift tetamu time majlis saya. Sebelum ni jahit felt, belajar dari youtube je, g kelas ni untuk tambah ilmu....


yang ni Incik Suami buat sendiri kat umah


~ sepi seorang perindu ~

Friday 21 March 2014

~ meja Guest Book ~

Maaf ye semua, dah setahun kawin, baru ada mood nak review tentang majlis saya. Waktu saya peknen dulu, memang tak larat nak tengok pic kawin sendiri, bukak je album, memang kompom akan muntah, kesian kan....La ni, baru mood tu kembali untuk mengupdates. Mana tau, idea saya boleh digunakan untuk B2B yang lain pulak.

beli frame gambar murah je, pastu muncul idea nak buh pic kami zaman kanak2. Serius Incik Suami terkejut tengok pic tu time majlis kami


coklat dalam box tu saya tempah dengan Kak Ct , tak ingat pulak berapa harganya 1 pcs. coklat ladybird tu beli kat kedai, pastu buh dalam balang

pen warna-warni untuk menulis kat guest book



guest book ni saya deco sendiri, copy paste contoh frame dari google, then, print atas kertas tebal, ada 100 helai  muka surat

mulanya, nak binding ring, nampak comel, tapi last minute buat, cari kedai yang boleh binding ring tak dak pulak, tu yang buat binding hard cover, memang mahal sikit la, jauh nun kat seksyen 7 shah alam semata2 nak buat binding ;)

yang ni deco meja guest book belah laki, tetap guna guest book yang sama, jimat kos ;) bezanya ada tambah dinding kayu kat belakang tu untuk elakkan meja tu nampak kosong

kipas warna-warni tu recycle balik kipas yang saya dah guna untuk deco bilik pengantin....   


~ simple deco untuk meja guest book saya ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 6 March 2014

~ Kelas Pembuatan Kek ~


Permintaan Incik Suami, nak sangat pegi kelas pembuatan kek. Kami pun isi la borang kursus kat Kolej Komuniti Tanjong Karang. Beberapa hari kemudian, kolej call, tanya samada kami boleh hadir @ tak kursus tu... Kebetulan hari Sabtu ( 01/03/14), kami tak keje, jadi kami pun setuju untuk hadir. Hari yang dijanjikan, daftar kursus, yuran RM10, bahan2 RM 15.Berbaloi kan, tak mahal mana pun. 2 produk yang dihasilkan iaitu Red Velvet Cake & Hokkaido Cup Cake. Best ooo g buat kek laki bini ;) Peserta kelas ada 25 orang, dibahagikan 5 kumpulan, 1 kumpulan = 5 orang. Dah tentulah kami dalam kumpulan yang sama ;)

Inilah hasilnya, Red Velvet kami

Sungguh2 pakcik sorang ni

Antara bahan yang digunakan untuk Red Velvet



Baru kuar dari oven

piping Hokkaido Cup Cakes pulak

Yang bekas biru tu cup cakes kumpulan kami

Time ni ngh deco Red Velvet


Red Velvet Cake

Hokkaido Cup Cakes

Semua Peserta Kursus

Konon2 potong kek anniversary memandangkan anniversary kami 02/03/14


~ sepi seorang perindu ~

Sunday 2 March 2014

~ 1st anniversary ~



02.03.2013 - tepat jam 10.15 malam, saya sah bergelar isteri kepada Jumadin Bin Abdullah. 
Setahun telah berlalu, bermacam dugaan suka duka dikongsi bersama, kami masih lagi berdua. 
Sabar menanti kehadiran 'orang ketiga'.
Doakan hubungan kami kekal bahagia sampai ke syurga, inshaallah....




~ sepi seorang perindu ~