♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Thursday 22 November 2012

~ Countdown ~





100 hari lagi?? Saya bakal menjadi 'Puan', bakal menjadi isteri kepada Jumadin Bin Abdullah, bakal menjadi menantu sulung dalam keluarga mertua, tanggungjawab ayah emak menjaga dan mendidik saya sebagai anak bongsu bakal bertukar kepada suami pulak. Pasni dah tak leh nak manja² dengan mak lagi, tak boleh mintak mak suapkan makan lagi ;) Mampukan saya menahan airmata saat akad nikah nanti ?? Erm...saya pun tak pasti. Pasni saya bakal menggalas tugas sebagai seorang isteri yang berkerjaya, cabaran tu ;)


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 20 November 2012

~ Kenduri ~


Mula je cuti sekolah, bermulalah kenduri kendara setiap minggu. 18/11/12 saya terima dua undangan , 1 undangan , kawan time blaja kat PSIS, Jalilah namanya. Lokasi majlis : Padang Jawa. Seperti biasa, mesti pegi ngn pemandu saya, Incik Tunang. Dapat la jumpa kawan² blaja kat poli dulu... Last jumpa diaorang 3 tahun lepas kot.
Pose jap dalam bilik pengantin
Antara kawan2 yang datang, ada yang baru kawin, ada yang dah jd ibu. Saya?? coming soon , insyaallah...

Kul 3 petang, bertolak ke lokasi kedua pulak. Nasib baik dekat je kat banguan JKR Klang. Dalam kete, Incik Tunang membebel :

Incik Tunang : baru 1 umah kita pegi, dah 3 jam. 
Saya : lama dah x jumpa kawan2 laaaa, tu yang dok lama sikit, banyak mende nak sembang
Incik Tunang : kalau 1 hari dapat 7 jemputan? mau 21 jam, sehari semalam g kenduri saje kan?
Saya : perli nampak?
Incik Tunang : eh, terasa ke?
Saya : terasa la juga :-p
Incik Tunang : umah kedua ni nak dok 3 jam juga ke?
Saya : dah2 la nk perli tu...
Incik Tunang : :-p

** Dia dah ugut nak tinggalkan saya kat umah kenduri tu. Suh saya balik Sabak Bernam jalan kaki, sangat kejam kan!!! **

Sampai di lokasi kedua, majlis rakan blogger iaitu  Puan Diyana  Jalan slow² nak masuk ke khemah, sebab? Saya lum pernah jumpa pengantin. Ni 1st time nak jumpa, g majlis dia, takut salah orang pulak ;) Sampai je, pengantin terus bangun, salam2, tanya dia, Diyana ke? Nasib lah tak salah orang...hehehehe. Lokasi kedua ni, tak larat nak makan nasi sebab kekenyangan, saya amik bubur pulut hitam, cendol ngn buah oren je. Menu lain memang nampak sedap, tapi dah tiada ruang di dalam perut ;)

Sebelum balik, amik gambar ngn pengantin dulu ;) Paling tak tahan , nak gak kat atas pelamin tu...


Dari JKR Klang, terus ke Aeon Bukit Tinggi, Incik Tunang nak cari baju dan seluar keje katanya . 3 jam pusing², 2 helai seluar je yang dia beli. Huh! cerewet sungguh memilih, mengalahkan perempuan :-p. Kul 10 malam selamat sampai rumah.

Masing2 dah keletihan seharian berjalan



~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~