♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Friday, 2 November 2012

~ Memborong ;) ~

Saya kembali lagi selepas bercuti 2 hari. Rasa cam sekejap sangat 2 hari tu, tak hilang lagi penat berjalan ;). Seperti yang dirancangkan , pagi Rabu 31/10/2012, saya g Nilai 3 ngn Incik Tunang. Hampir² batalkan rancangan ni sebab Incik Tunang demam, MC 1 hari sebelum tu. Kesian pulak kat dia nak drive jauh². Tapi dia gagahkan juga nak pegi, kesian tengok saya dah buat muka seposen depan dia ;). 

Kul 5.30 pagi saya dah bangun semata² nak siapkan muffin coklat, buah tangan untuk Zila . Dah janji ngn dia nak g amik manik kristal yang saya order untuk DIY tasbih. OTW ke Nilai tu, singgah KLIA sekejap jumpa Zila. Terharu betul sebab si Zila ni siap wat entry tentang pertemuan hari itu ;). Pas jumpa dia, kami terus gerak ke Nilai 3. Sebelum bertunang, saya de gak pegi ke sana, jalan pun ingat² lupa. Kali ni pegi, saya guna Google Map n berpandukan signboard je ;) Incik Tunang dah pesan awal², kalau sesat, jangan marah², diam je...Sesat pun bukan sampai ke Siam katanya, leh U turn balik kan :-p

Stok manik kristal yang saya amik dari Zila


Tak sah la kan kalau tak sesat, heheheh.. Baru nak on GPS, dah nampak signboard Nilai 3, hahahha. Pasni kalau pegi lagi, kompom tak sesat dah.Pegi hari biasa memang santai la, jalan tak sesak, parking kosong je, dalam kedai pun tak ramai orang. List barang yang nak dicari dah siap dalam tangan. Masuk kedai sana, kedai sini, samapi kaki tak larat nak berjalan dah, tapi masih lum dapat apa yang dikehendaki. Nasib la
Incik Tunang follow je tanpa rungutan ;)

Dan ini adalah hasil shopping ritu :

Sampai umah kul 11 malam, memang stok mata dah mengantuk, badan dah penat, so, humban je barang-barang ni kat ruang tamu ;)

Bunga penanggah untuk orang rewang + sedara mara ( RM1.00 = 1 pcs ), saya beli 150 pcs

Tempat letak bunga pahar ( RM 12.90 = 1 pcs ), saya beli 2 pcs

Bunga telur gantung untuk orang rewang ( RM 100 = 2 kotak , sekotak ada 50 pcs ), saya beli 150 pcs

Bunga telur untuk Malam Berinai ( RM 100 = 2 kotak , sekotak ada 50 pcs ), saya beli 100 pcs

Bunga pahar untuk pelamin ( RM125 = 2 kotak, sekotak ada 50 pcs ), saya beli 100 pcs

Kain ni semeter = RM 3.90, saya beli 21 meter untuk decor bilik pengantin

 Untuk sume barang ² ni je saya dah belanjakan RM800++ . Duit laju je mengalir macam air ;) Jangan tanya kenapa sume barang² yang saya beli berwarna pink. Oh tidak!! Sebenarnya saya sangat alergik dengan warna ni ok! Tapi disebabkan time booked baju pengantin ritu, kebetulan baju terbaru yang ada warna pink + hitam. Saya berkenan sangat dengan rekaannya. Jadi, tiada pilihan lain, terpaksa la pilih warna pink + hitam sebagai tema majlis nanti.


 Sekitar 5.45 petang gerak balik ke Sabak Bernam. Hujan lebat sangat, air bertakung kat jalan, so, saya tak bagi Incik Tunang drive laju sangat, biar lambat asalkan selamat sampai. Sampai je highway Setia Alam, masing² kelaparan. Kebetulan ternampak Setia City Mall yang saya lum pernah pegi sejak mula beroperasi. Singgah sekejap untuk solat n mengisi perut.

Time ni tak fikir pasal diet dah bila ngadap chocolate indulgence ;)

Settle chocolate indulgence, makan nasi pulak. 'orang kampung ' kan, haruslah mencari nasi juga, hahahha. Nasiblah SR ni ada menu nasi

OTW nak ke parking kete, sempat snap pic kat air pancut ni ;)



** Kuar kali ni, Incik Tunang kata, dia nampak saya dah kurus, hehehhee...



~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

18 comments:

  1. byk juga brg yg dishopping, lega dah beli sikit2...
    sedapnya menu nasi SC ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak...even 4 bulan lagi, tp dh prepare awl2...x de la serabut sgt pale ni ;)

      mkn time2 lapar, mmg sedap sgt..

      Delete
  2. assalamualaikum wbth cik awin comel...

    Hujan hujan nie memang lapo..lebih lebih lagi tgok cik awin comel makan.......jeles tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...
      lapar ye? hhehhe...sowi...

      eh, kat sini panas ok...

      Delete
  3. syoknyaaa tak sabar nak tgk wedding nanti...

    ReplyDelete
  4. amboooiiiii shoping sakan lah bff ak ni.... yup yg ak nampak mcm ko dah kurus sikit... tapi ada tang tempat 2 ak tak nampak lak lagi turun la.. hahaha (paham kan tang maner) hehhehhehee.... best kan yg hampir 70% dah kot kan... paper pun aku doakan semua urusan berjalan gan lancar sperti duit yg mengalir mcm air..hahahha for your bff

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...aku faham pe yg kamu maksudkan..maaf la yang...saiz yg tu mmg x leh nk mengecik dh ;) adoi...pnt, sakit kaki berjalan x hilang lagi

      Delete
  5. duit memg cm air kn...huhu...sy kebanyakkn persiapan DIY j sbb dpt saving ckit, bajet ciput...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga telur mmg sy x mampu nk DIY sbb sy x cukup kreatif ;)

      Delete
  6. waooo..terliur tgk ko mam cake la yunkkk....wah sume barang da byk beli tu..xsabar nyer nk fly g cna bln3 nih..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...i pun x sabar nk jumpa u ok...last jumpa time kenduri min kan?

      Delete
  7. tang bab makan tu yg tak tahan.nak sikit leh?

    ReplyDelete
  8. Wahh banyaknyer shopping. Murahnya awin beli pokok pahar tu. Rm12.90 je. Kita sewa pun dah rm10 satu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah zila...sgt murah...masuk banyak kedai, harga sama je...memula x nak beli, nk sewa je, tp pk balik, harga murah...beli je la...pasni leh guna semula untuk ank2 buah...

      Delete
  9. cik awin comel..ingat pesan ta tu!

    ReplyDelete