♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Tuesday, 31 July 2012

" Saya Kembali "


Saya kembali setelah bercuti 1 hari...Jumaat ritu dh kemas2 meja, kosng je, sedap mata memandang. Masuk je ofis pagi tadi, bersepah2 dokumen atas meja. Time tu la saya nak wat muka bengang je, tapi sabarkan hati pepagi di bulan ramadhan ni. Kemas satu persatu dokumen atas meja, kul 4 petang baru meja ni kemas kembali.

Hari ni baru leh senyum sampai telinga sebab?? Sebab baru leh apply cuti raya, cuti  dari 22 Ogos sampai 24 Ogos 2012. Sepatutnya kena kerja 21 Ogos tu kat kaunter, tapi ada pulak yang baik hati nak tukar ngn saya, so, saya keje malam raya. Pastu boleh beraya sakan...Tahun terakhir beraya sebagai orang bujang la katakan...


~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

Friday, 27 July 2012

" Mohon Bantuan "


Pagi ni baru perasan, kalau saya nak follow blog lain, mesti akan keluar seperti dalam pic kat bawah ni 


Camne nak buat ye? Sebelum ni kalau saya follow blog lain, photo kat ats tu akan kuar pic saya dan name tu akan kuar nick name saya. Tapi sejak pagi tadi, lain jadinya pulak...Mohon bantuan sesape yang ada pengetahuan lebih, leh kongsikan ilmu untuk atasi masalah ni ...


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 26 July 2012

" Cuai ! "


Cuai! Alahai...Masa nak bertunang hari tu dah hilang HP, ni nak kahwin, hampir2 hilang wallet. Pagi tadi otw g kerja, singgah atm, kuarkan duit, pastu singgah pam minyak. Pas kuarkan duit dari wallet, terus kuar kete, masuk ofis. Dah petang ni bukak handbag, baru perasan wallet dah tak de..Pucat muka saya dibuatnya... 
Dok ingat balik, kat mana wallet tercicir?? Terus pegi kat parking, cari kat seat sume, huh!!! Wallet tercicir bawah seat. Alhamdulillah, masih rezeki saya.Kalau Incik Tunang tau, pasti dia membebel 3 hari 3 malam kerana kecuaian saya ni...



~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 25 July 2012

~ Rabu Yang Bisu ~



Peace !!



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 24 July 2012

Adui ....



Ni la kalau namanya Darah Manis, jari ni sensitif sangat pulak. Tercucuk jarum peniti pun leh jadi gini ...



~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

Monday, 23 July 2012

" Dilema "

Ada sorang makcik tu, nak buat majlis kahwin tarikh yang sama ngn tarikh rumah saya. Walhal makcik tu dah maklum, saya ni dapat orang jauh, saudara mara belah laki dah booking flight awal-awal nak datang sini, tarikh tak boleh ubah...Faham je la, kenduri kat kampung, merewang, bayangkan macam mana orang kampung nak g merewang majlis kahwin sekampung,  2 buah rumah dalam 1 lorong yang sama? Umah makcik tu kenduri anak lelaki, belah perempuan buat sehari sebelum tarikh tu. Nampaknya makcik tu tak nak mengalah langsung.. Apa perlu saya buat? Sememangnya saya tak boleh ubah tarikh dah, tiket flight dah booking...

 Mood : risau :(


~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 19 July 2012

" Surprise "


Kejutan dari Incik Tunang.. OMG! dia delivered bunga , punya la jauh suh staf kedai bunga tu hantarkan ke ofis saya dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam... Patut la semalam beria2 dia tanya, hari khamis keje tak, upanya ada kejutan..Dapat je bunga, rasa pelik. Terus call dia, tanya : bunga utk?? Dia jawab : sempena anniversary perkenalan kita yang ke 4 tahun...Nasib Cik Awin tak pitam dibuatnya...


~ sepi seorang perindu ~


~ sepi seorang perindu ~

" Fobia "

Sejak akhir2 ni saya sangat fobia dengan penunggang motosikal. Dalam kita berhati2, samada orang langgar kita atau kita langgar orang...

Fobia saya semakin menjadi2 sejak kejadian pagi tadi. Tangan ni menggeletar nak pegang stereng kete. Tapi apakan daya, tunang saya jauh, tak boleh nak hantar saya pegi dan balik kerja setiap hari. Lebih fobia bila saya sedang memandu, penunggang motosikal follow saya terlampau dekat di belakang. Akibat kecuaian penunggang motosikal, saya yang emnerima padahnya.

Apa perlu saya buat? Perlukah saya kembali kepada keadaan asal iaitu menaiki motosikal ke tempat kerja setiap hari? Sebelum saya pakai kereta sendiri, tiap hari naik motor ke tempat kerja. Sejak dh pakai kereta ni, memang jarang la naik motor g kerja.

 SAYA SANGAT FOBIA DENGAN PENUNGGANG MOTOSIKAL :(


~ sepi seorang perindu ~

 
~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 18 July 2012

" Yes !! "

Minggu lepas tak dapat derma sebab saya masih demam... Kebetulan rini ada program derma darah, saya join la. Time check tekanan darah tadi, BP tinggi. Pastu doktor suh rehat 10 minit, kemudian check lagi. Kali kedua ni tekanan turun sikit, doktor tanya sebab pe BP tinggi? 
Saya jawab, stress, tekanan kerja bertambah ( hakikatnya ). Then, check HB pulak... Pastu baru leh derma darah ;).Derma darah ni tak sakit pun. Macam kena gigit semut je rasanya ;) 

peace !!



Tunggu beg darah penuh ;)







~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

:: Wordless Wednesday ::



Teringin :-p

~ sepi seorang perindu ~

" Bride-to-be "


 


Bila tengok tempoh kat atas ni rasa cam lambat lagi...Tapi, pejam celik, pejam celik, sampai masanya... Masih lum buat persiapan lagi.. Idea melimpah ruah dlm kepala, tapi masa pulak yang belum ada nak mulakan persiapan yang patut...



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Monday, 16 July 2012

'' Kenyang Perut, Sakit Kaki ''

7 pagi gerak dari Sabak Bernam berdua ngn kakak 1 ofis ( Kak Kiah namanya ), smpi Shah Alam sekitar 9 pagi. Park kete kan Stesen Komuter Sekyen 19, nek train sampai KL Sentral...Isi perut jap kat foodcourt KL Sental sekitar kul 10 pagi.




Dari KL Sentral, nek LRT  sampai Masjid Jamek. Then, jalan kaki menuju SOGO..Ya ampun, ramainya umat manusia kat dalam tu...Sume kaunter bayaran kna Q panjang, x leh bla...Last² saya tersadai kat tepi, dok tunggu Kak Kiah pilih baju utk husband dia. Sambil menunggu tu, sempat la snap beberapa pic...



Bersesak² memilih





Kuar dari SOGO sekitar kul 1 tghr dah...Pastu pusing² jap kat Jalan TAR, sempat rembat kain cotton sepasang ;) Kul 3 petang gerak ke KL Sentral ... Pas solat, isi perut dulu kat MCD sebelum gerak balik ke Shah Alam

 Hidangan kat dpn ni utk 2 orang mkn ok ! ;) bkn sorang punya stok...hehehhe. Makan ala kadar alas perut je sbb Kak Kiah nk blanja makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram


Dari KL Sentral nek train ke Shah Alam... Lebih kuran kul 5 petang sampai, then, gerak balik ke Sabak.. otw tu, singgah makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram. Ops! lupa nak cite, sebenarnya Incik Tunang pun g KL juga, bezanya dia g ngn adik n MIL saya nek train dari Klang.. Kami pegi tempat yang sama, tapi x jumpa dia pun...Saya kuar dari SOGO, dia baru nak masuk..Saya dah naik tren balik Shah Alam, dia baru sampai KL Sentral. Tapi atas jasa baik Kak Kiah nak belanja makan, dia suh saya ajk Incik Tunang sekali. Kami sampai dulu, Incik Tunang menyusul di belakang..

sebelum ;)

Antara menu kami semalam : pari asam pedas, sotong goreng tepung, siakap 3 rasa, kerang bakar, lala masak cili, kailan ikan masin + nasi putih 6 + air 6 = RM 120.00. Bagus restoran ni, ada tempat solat ;)


selepas ;)

8.30 malam gerak balik. Saya ni lemah sikit memandu malam, lagi-lagi kalau hujan... Belasah je la segala macam lubang yang ada kat atas jalan tu ;) ( next year nya bufday leh mintk spotrim baru kat Incik Tunang ;) )
Sampai umah sekitar 10 malam. Pas mandi, terus lena...kepenatan ;)


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Friday, 13 July 2012

" Hasilnya... "



Hasilnya selepas beberapa bulan mengawal nafsu beli novel online ni...Kecundang juga sbb sekali order, orang pos laju pun tak larat nak angkatkan novel-novel tu, heheheh... Dah siap balut cantik-cantik, ada masa terluang, baru leh baca ;)

~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 12 July 2012

'' Masa Itu Emas ''



Hargailah waktu yang kita ada dengan cara bermanfaat...

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 11 July 2012

'' Pesanan ''



Pesanan buat kaum wanita

Janganlah jadi baik kerana inginkan lelaki soleh,
Tetapi ...Jadilah baik hingga kamu diinginkan oleh lelaki soleh





Pesanan buat kaum lelaki

Janganlah jadi baik kerana inginkan wanita solehah..
Tetapi ...Jadilah baik hingga kamu diinginkan oleh wanita solehah



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

'' Cantik Di Hati ''


• Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

• Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

• Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

• Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

• Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang
diberikan Tuhan.

• Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

• Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

• Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.

• Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

• Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.



 motif buh pic ni?? saje suka²...hehehehe




~ sepi seorang perindu ~




~ sepi seorang perindu ~