♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Wednesday, 22 June 2011

JODOH itu ketentuan Allah...


“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi”






Tiap wanita kat muka bumi ni pasti mahu berkahwin dan akan berkahwin, cuma bezanya cepat atau lambat  waktunya. Begitu juga dengan saya. Tipu la kalau saya kata saya tak mahu kahwin kan.Mungkin belum sampai masanya dan belum ada jodohnya.

Tiap hari emak akan membebel pasal hal ni. Soalan yang sama akan ditanya berulang-ulang, bila nk kahwin, tak de calon ke??, cuba la cari calon. Kadang-kadang sampai satu tahap saya rasa tertekan sangat.dalam hati selalu berkata, bukan saya tak mahu kahwin, tapi belum ada jodohnya. Saya dah cuba mencari, tapi semakin dicari semakin saya tidak temui apa yang saya cari. Bukannya tiada yang berkenan di hati, tapi bila saya mula berkenan dengan seseorang, mesti dia tak berkenan dengan saya. Ada yang nak masuk meminang tapi hati saya pulak yang tak boleh nak menerima dia dalam hidup saya. Sekarang ni saya amat berhati-hati dalam memilih pasangan. Saya tak sanggup untuk dikecewakan lagi. Teramat perit untuk melupakan sejarah lalu…

Kadang-kadang rasa cemburu bila tengok orang lain berjalan pimpin tangan dengan suami, tapi saya?? Masih sendiri….dalam hati ni hanya Tuhan saja yang tahu. Hanya pada nya tempat saya mengadu nasib. Kesunyian tu memang tak terkata la, sebab tu saya rajin beli novel online sekarang ni, semua tu saya buat untuk mengisi ruang-ruang kesunyian itu.


“Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.... semoga Allah mempermudahkan Jodoh kita”















~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

0 comments:

Post a Comment