♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Friday, 1 July 2011

sukaRnya melupaKan kenanGan iTu...


Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini.

Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah saya jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk saya bernafas kembali. Dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.


Betapa sukarnya aku untuk melupakanmu...!!!


~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

0 comments:

Post a Comment