♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Friday 26 August 2011

saLam aidiLfitri

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku



~ sepi seorang perindu ~



~ sepi seorang perindu ~

Tuesday 23 August 2011

AidiLfirti 2011

Tinggal seminggu je lagi kita berpuasa ye. Camne dengan persiapan raya anda semua? Tahun ni persiapan raya saya ala kadar je, baju raya pun tak bertukar. Pakai je baju-baju yang ada. Jimat kos, bersederhana betul persiapan raya tahun ni. Duit yang ada saya gunakan untuk beli kuih raya, peruntukan duit raya untuk anak-anak buah, duit belanja raya untuk mak dan ayah.

Mood raya tahun ni agak berkurangan. Saya tak pasti apa puncanya, mungkin juga disebabkan ketiadaan arwah untuk tahun yang kedua raya ni, atau mungkin disebabkan ingatan saya pada ‘si dia’ yang tak pernah padam. Arwah dan ‘si dia’ adalah dua insan paling istimewa di hati saya ( selain keluarga ), sebab tu saya terasa sangat kehilangan dua orang insan ini.

Aidilfitri 2010 adalah yang terakhir saya raikan bersama ‘si dia’. Hancur luluh hati ini bila saya dapat tahu ‘si dia’ akan bertunang lepas aidilfitri tahun lepas. Selepas kehilangan arwah pada 17/03/2010, saya hilang ‘si dia’ pulak. Aidilfitri kali ini agak suram tanpa mereka.

Dengar cite, ‘si dia’ akan disatukan hujung tahun ni. Bahagia nampaknya. Saya je yang masih lum punya kekuatan untuk hadapi kenyataan ini. Pengorbanan paling besar yang saya lakukan adalah berkorban hati dan perasaan untuk kebahagiaan ‘si dia’ bersama pilihan hatinya.

Tersentuh hati dan kadang-kadang mengalir juga air mata bila dengar lagu
SEPASANG KURUNG BIRU- KHAIRIL JOHARI JOHAR kat radio, sayu je hati ini.




~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday 10 August 2011

kaTa haTi...

Hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..



~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday 4 August 2011

KenanGan...


Mampukah kita melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati kita begitu sahaja? Mampukah kita membiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apapun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin berkubur begitu sahaja.

Biar apapun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka mahupun duka, insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi dalam hati ini. Bukan tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.


~ sepi seorang perindu ~ 


~ sepi seorang perindu ~

Monday 1 August 2011

RinDu..

 1 Ramadhan…

Diam tak diam dah 2 tahun saya menyambut ramadhan  tanpa dia. Terasa rindu yang teramat sangat pada arwah. Rindu pada gurau sendanya, nasihatnya, lawak jenakanya. Perasaan rindu pada arwah tak terluah dengan kata-kata.

Bila baca balik mesej2 arwah malam terakhir sebelum dia pergi, terasa sayu di hati ini. Tak sangka itulah mesej terakhir yang akan saya terima dari dia. Sekarang ni saya dah tak de tempat nak mengadu. Masa arwah masih ada, saat saya sedih atau gembira, dialah orang pertama yang saya akan cari.Dia jadi pendengar setia masalah saya...Perginya dalam sekelip mata, perginya tanpa sebarang kata , hanya yang tinggal adalah kenangan sebagai pengubat rindu di hati ini…
Ya Allah..tempatkanlah roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman..Al Fatihah


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~