♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Thursday, 5 January 2012

4+4 = 8

8 tahun lalu, waktu itu saya masih lagi bergelar pelajar psis ,  berkenalan pulak ngn sorang mamat ni, nama dia MOHD FIRDAUS ***apa reaksi dia kalau terbaca ye?? ***. Terjadinya perkenalan itu pada mulanya sekadar dia tersalah dail nombor henpon kawan, then, dail no saya. Leh pulak jadi kawan selama 4 tahun. Dia ni orang Melaka ( jauh tu ).
Selama 4 tahun persahabatan terjalin, macam-macam pahit manis yang kami lalui. Waktu mula-mula kenal ngn dia, dia baru ditinggalkan , jadi, dia memang sedang bersedih, putus asa, benci ngn pompuan. Saya la yang selalu bagi semangat, dorongan sebab tak mau tengok dia sedih dok teringat hal-hal lepas.
Bila dia sedih, stress, dia leh call saya berjam2, gayut sakan, mengalahkan (bf-gf) je kami time tu. Saya memang de perasaan kat dia cumanya pendam je la, tak pernah luahkan pun sebab saya tau dia anggap saya tak lebih dari kawan.
Kami berkawan sekitar tahun 2004, saya ngah belajar ( semester 1). Sampai la satu masa (2007), time tu saya dah semester 6, dia luahkan hasrat hati (kononnya la! ), nak hubungan saya dan dia lebih dari seorang kawan. Terfikir juga , saya sayang sangat dengan hubungan persahabatan yang dah terjalin 4 tahun tu.
Dah bercintan cintun 4 bulan, dia kata kami tak serasi, dia tak leh bercinta jarak jauh ( saya kat sabak bernam-dia kat Melaka ), jauh kan….dia tak dapat nak teruskan hubungan ni lagi…walaupun saya sayang dan cintakan dia, tapi saya terima keputusan dia dengan redha…walhal kat belakang dia,uwaaaaaaaaaaaaaa, meraung beb!!! 4 tahun kawan, 4 bulan cintan cintun, pastu putus camtu je. Dia buat saya ni ibarat saya boneka ( takde perasaan). Saya meraung camne pun, yang pasti, dia tak kan kembali pada saya lagi…memang frust sangat-sangat, tambahan pulak, waktu dia terus terang tu, saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester 6. Walau emosi terganggu, tapi alhamdulillah, result last semester gempak !!! siap dapat anugerah ketua jabatan lagi….
Selepas kejadian itu, kami terus terputus hubungan, dia pun dah tukar no henpon, agaknya tak nak saya cari dia lagi. 4 tahun tanpa sebarang khabar berita, baru-baru ni saya terjumpa dia dalam fb, tapi saya tak ‘add’ pun, Cuma tengok-tengok wall dia je. dia dah kawin rupanya.
26/12/11, saya kerja kat kaunter (spital ), tiba-tiba saya terpandang la sorang mamat ni ( eh, macam kenal, tapi di mana ya? )..kuasa Tuhan, saya bersua kembali dengan dia selepas 4 tahun. Dia bawak wife g spital, wife ngah peknen. Upanya dia kawin dengan orang sabak bernam jugak!! DAMN IT!!!!!!!cakap tak serupa bikin..apa punya lelaki la…...

***4 tahun kawan + 4 bulan (cintan cintun ) + 4 tahun terputus hubungan = pas 8 tahun, bersua kembali***
Apakan daya, dia bukan jodoh saya. Mungkin ada yang lebih baik daripada dia ditakdirkan untuk saya.......


~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

4 comments:

  1. sabar la ye.bukan jodoh.ade la tu yang menanti kat luar tu yg memang dah jadi ur jodoh.tgg masa je.hehehe

    ReplyDelete
  2. @ aReLaN : sabar la ni ;)...hrp2 jodoh saya lebih baik drpd dia...

    ReplyDelete
  3. wah.. setelah 4 tahun... susah nak melupakan seseorang.. bahkan mengambil masa seumur hidup nak melupakan!

    ReplyDelete
  4. hikari : betul kak...amik ms seumur hidup nk melupakan...

    ReplyDelete