♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Tuesday 23 August 2011

AidiLfirti 2011

Tinggal seminggu je lagi kita berpuasa ye. Camne dengan persiapan raya anda semua? Tahun ni persiapan raya saya ala kadar je, baju raya pun tak bertukar. Pakai je baju-baju yang ada. Jimat kos, bersederhana betul persiapan raya tahun ni. Duit yang ada saya gunakan untuk beli kuih raya, peruntukan duit raya untuk anak-anak buah, duit belanja raya untuk mak dan ayah.

Mood raya tahun ni agak berkurangan. Saya tak pasti apa puncanya, mungkin juga disebabkan ketiadaan arwah untuk tahun yang kedua raya ni, atau mungkin disebabkan ingatan saya pada ‘si dia’ yang tak pernah padam. Arwah dan ‘si dia’ adalah dua insan paling istimewa di hati saya ( selain keluarga ), sebab tu saya terasa sangat kehilangan dua orang insan ini.

Aidilfitri 2010 adalah yang terakhir saya raikan bersama ‘si dia’. Hancur luluh hati ini bila saya dapat tahu ‘si dia’ akan bertunang lepas aidilfitri tahun lepas. Selepas kehilangan arwah pada 17/03/2010, saya hilang ‘si dia’ pulak. Aidilfitri kali ini agak suram tanpa mereka.

Dengar cite, ‘si dia’ akan disatukan hujung tahun ni. Bahagia nampaknya. Saya je yang masih lum punya kekuatan untuk hadapi kenyataan ini. Pengorbanan paling besar yang saya lakukan adalah berkorban hati dan perasaan untuk kebahagiaan ‘si dia’ bersama pilihan hatinya.

Tersentuh hati dan kadang-kadang mengalir juga air mata bila dengar lagu
SEPASANG KURUNG BIRU- KHAIRIL JOHARI JOHAR kat radio, sayu je hati ini.




~ sepi seorang perindu ~

~ sepi seorang perindu ~

2 comments: