Saya kembali lagi selepas bercuti 2 hari. Rasa cam sekejap sangat 2 hari tu, tak hilang lagi penat berjalan ;). Seperti yang dirancangkan , pagi Rabu 31/10/2012, saya g Nilai 3 ngn Incik Tunang. Hampir² batalkan rancangan ni sebab Incik Tunang demam, MC 1 hari sebelum tu. Kesian pulak kat dia nak drive jauh². Tapi dia gagahkan juga nak pegi, kesian tengok saya dah buat muka seposen depan dia ;).
Kul 5.30 pagi saya dah bangun semata² nak siapkan muffin coklat, buah tangan untuk
Zila . Dah janji ngn dia nak g amik manik kristal yang saya order untuk DIY tasbih. OTW ke Nilai tu, singgah KLIA sekejap jumpa Zila. Terharu betul sebab si Zila ni siap wat entry tentang pertemuan
hari itu ;). Pas jumpa dia, kami terus gerak ke Nilai 3. Sebelum bertunang, saya de gak pegi ke sana, jalan pun ingat² lupa. Kali ni pegi, saya guna Google Map n berpandukan signboard je ;) Incik Tunang dah pesan awal², kalau sesat, jangan marah², diam je...Sesat pun bukan sampai ke Siam katanya, leh U turn balik kan :-p
 |
| Stok manik kristal yang saya amik dari Zila |
Tak sah la kan kalau tak sesat, heheheh.. Baru nak on GPS, dah nampak signboard Nilai 3, hahahha. Pasni kalau pegi lagi, kompom tak sesat dah.Pegi hari biasa memang santai la, jalan tak sesak, parking kosong je, dalam kedai pun tak ramai orang. List barang yang nak dicari dah siap dalam tangan. Masuk kedai sana, kedai sini, samapi kaki tak larat nak berjalan dah, tapi masih lum dapat apa yang dikehendaki. Nasib la
Incik Tunang follow je tanpa rungutan ;)
Dan ini adalah hasil shopping ritu :
 |
Sampai umah kul 11 malam, memang stok mata dah mengantuk, badan dah penat, so, humban je barang-barang ni kat ruang tamu ;)
|
 |
| Bunga penanggah untuk orang rewang + sedara mara ( RM1.00 = 1 pcs ), saya beli 150 pcs |
 |
| Tempat letak bunga pahar ( RM 12.90 = 1 pcs ), saya beli 2 pcs |
 |
| Bunga telur gantung untuk orang rewang ( RM 100 = 2 kotak , sekotak ada 50 pcs ), saya beli 150 pcs |
 |
| Bunga telur untuk Malam Berinai ( RM 100 = 2 kotak , sekotak ada 50 pcs ), saya beli 100 pcs |
 |
| Bunga pahar untuk pelamin ( RM125 = 2 kotak, sekotak ada 50 pcs ), saya beli 100 pcs |
 |
| Kain ni semeter = RM 3.90, saya beli 21 meter untuk decor bilik pengantin |
Untuk sume barang ² ni je saya dah belanjakan RM800++ . Duit laju je mengalir macam air ;) Jangan tanya kenapa sume barang² yang saya beli berwarna pink. Oh tidak!! Sebenarnya saya sangat alergik dengan warna ni ok! Tapi disebabkan time booked baju pengantin ritu, kebetulan baju terbaru yang ada warna pink + hitam. Saya berkenan sangat dengan rekaannya. Jadi, tiada pilihan lain, terpaksa la pilih warna pink + hitam sebagai tema majlis nanti.
Sekitar 5.45 petang gerak balik ke Sabak Bernam. Hujan lebat sangat, air bertakung kat jalan, so, saya tak bagi Incik Tunang drive laju sangat, biar lambat asalkan selamat sampai. Sampai je highway Setia Alam, masing² kelaparan. Kebetulan ternampak Setia City Mall yang saya lum pernah pegi sejak mula beroperasi. Singgah sekejap untuk solat n mengisi perut.
 |
| Time ni tak fikir pasal diet dah bila ngadap chocolate indulgence ;) |
 |
| Settle chocolate indulgence, makan nasi pulak. 'orang kampung ' kan, haruslah mencari nasi juga, hahahha. Nasiblah SR ni ada menu nasi |
 |
| OTW nak ke parking kete, sempat snap pic kat air pancut ni ;) |
|
|
|
** Kuar kali ni, Incik Tunang kata, dia nampak saya dah kurus, hehehhee...
~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~