Seminggu tak menaip...Alasan? Kerana agak malas + sibuk menyiapkan keje kat ofis, almaklum lah bos nak cuti panjang, jadi, kena siapkan semua dokumen untuk ditandatangani sebelum dia bercuti raya. Balik umah je, dah keletihan. Tambahan pulak seminggu
Budak Kecik kat kampung kan, melayan kerenah dia je la. Nak menyudahkan DIY felt pun tak berjaya :(
Sabtu lepas anta
Budak Kecik lik Shah Alam, then gerak ke Klang untuk hantar dulang hantaran majlis ritu. Melampau kan, dari bulan 5 sampai sekarang baru nak pulangkan dulang, hehehe. Dari Klang, terus gerak ke Subang Parade coz dah janji nak jumpa
Zila kat situ nak ambil barang2 untuk buat
tasbih, nasib la Zila tak kisah bila saya berkenan nak wat tasbih juga untuk majlis nanti, dia siap share cara-cara nak buat lagi tau ! Buat tasbih yang sama cuma warna berbeza, saya buat warna hitam...
Pas jumpa Zila, terus gerak ke IOI Mall Puchong untuk mencari kain felt, jauh-jauh pun sanggup saya pergi sebab kain felt kat situ banyak pilihan, macam-macam warna ada. Incin Tunang drive, saya jadi co-pilot dok sebelah dia bagi arahan nak belok kanan, kiri, terus, berhenti... Incik Tunang mmg failed jalan-jalan area Puchong ni.
Dari Puchong, balik ke Shah Alam untuk amik mak kat umah abang, then, terus gerak balik Sabak Bernam. Uwaaaaa.... memang penat even bukan saya yang memandu. Sampai umah dalam kul 10 malam. Mandi, solat, makan, terus tido.
|
Cium Kisya puas-puas sebelum balik kampung |
~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~