Mula je cuti sekolah, bermulalah kenduri kendara setiap minggu. 18/11/12 saya terima dua undangan , 1 undangan , kawan time blaja kat PSIS, Jalilah namanya. Lokasi majlis : Padang Jawa. Seperti biasa, mesti pegi ngn pemandu saya, Incik Tunang. Dapat la jumpa kawan² blaja kat poli dulu... Last jumpa diaorang 3 tahun lepas kot.
|
Pose jap dalam bilik pengantin |
|
Antara kawan2 yang datang, ada yang baru kawin, ada yang dah jd ibu. Saya?? coming soon , insyaallah... |
Kul 3 petang, bertolak ke lokasi kedua pulak. Nasib baik dekat je kat banguan JKR Klang. Dalam kete, Incik Tunang membebel :
Incik Tunang : baru 1 umah kita pegi, dah 3 jam.
Saya : lama dah x jumpa kawan2 laaaa, tu yang dok lama sikit, banyak mende nak sembang
Incik Tunang : kalau 1 hari dapat 7 jemputan? mau 21 jam, sehari semalam g kenduri saje kan?
Saya : perli nampak?
Incik Tunang : eh, terasa ke?
Saya : terasa la juga :-p
Incik Tunang : umah kedua ni nak dok 3 jam juga ke?
Saya : dah2 la nk perli tu...
Incik Tunang : :-p
** Dia dah ugut nak tinggalkan saya kat umah kenduri tu. Suh saya balik Sabak Bernam jalan kaki, sangat kejam kan!!! **
Sampai di lokasi kedua, majlis rakan blogger iaitu
Puan Diyana Jalan slow² nak masuk ke khemah, sebab? Saya lum pernah jumpa pengantin. Ni 1st time nak jumpa, g majlis dia, takut salah orang pulak ;) Sampai je, pengantin terus bangun, salam2, tanya dia, Diyana ke? Nasib lah tak salah orang...hehehehe. Lokasi kedua ni, tak larat nak makan nasi sebab kekenyangan, saya amik bubur pulut hitam, cendol ngn buah oren je. Menu lain memang nampak sedap, tapi dah tiada ruang di dalam perut ;)
|
Sebelum balik, amik gambar ngn pengantin dulu ;) Paling tak tahan , nak gak kat atas pelamin tu... |
Dari JKR Klang, terus ke Aeon Bukit Tinggi, Incik Tunang nak cari baju dan seluar keje katanya . 3 jam pusing², 2 helai seluar je yang dia beli. Huh! cerewet sungguh memilih, mengalahkan perempuan :-p. Kul 10 malam selamat sampai rumah.
|
Masing2 dah keletihan seharian berjalan |
|
|
~ sepi seorang perindu ~
~ sepi seorang perindu ~