♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Tuesday, 26 February 2013

~ Cuti Kawin ~

Tuan empunya diri bakal bercuti mulai 27 Feb - 6 Mac 2013. Bukan setakat cuti kerja, tapi bercuti juga dari berblog walking . Tapi takpe, panjang umur, kita jumpa lagi 7 Mac 2013 dengan title baru sebagai Puan Awin. Alamak...cam tak sedap je bunyi nya kan...kan...kan... ;)

Muka senyum...tapi dalam hati?? Tuhan je la yang tau ;)


~ sepi seorang perindu ~

Friday, 22 February 2013

Makan lagi ;)


 
Lepas ngidam chicken chop... Diet? tolak tepi dulu pasal diet eh :-p

~ Entry auto publish je ~

~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 21 February 2013

~ Maaf ~

Maaf sume, pc saya corrupt... apa pun tak boleh, macam tau2 je saya nak cuti panjang pasni...sengaja dia buat hal kan..nyampah tau....

Ni pun menumpang belas ehsan pc orang lain, sadis kan...Saya berhutang BW ngn kamu semua. Andai de peluang online, saya ber BW... Klu tak, memang tunggu pas kawin nanti la jawabnya :(...

 Pada B2B yang dapat kad saya, jemput datang ye, kalau sesat, call je salah 1 no yang tertera pada kad tu... Pada B2B yang x dapat hadir, doakan kebahagiaan saya berkekalan sampai ke syurga, insha allah ....Doakan saya sihat menjelang hari bahagia yang tak berapa lama lagi ni...

Banyak mende nak update sebenarnya...

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 20 February 2013

Tuesday, 19 February 2013

1st GA by Nana - Spontaneous Picture

Masuk ofis je pepagi, terus on pc... Bukak blog, uit, Nana wat GA la ;), ok saya nak join... Mana tau de rezeki bakal pengantin ni ...Baca syarat2 nya, nasib baik senang je. Keje menimbun, tapi hold dulu erk... Jap lagi baru buat keje :-p


Setelah menyelongkar pc, pic ni rasanya paling spontan..... Haruslah pic bersama Incik Tunang merangkap bakal suami 11 hari lagi. Serius saya memang tak tau OP snap pic kami ni time pre wed ritu. Time ni OP ngh setting2 tempat apa sume, then Incik Tunang ada la buat lawak sengal alam dia tu, saya geram dengan lawak dia tu, tu yang terus tunjuk buku lima kat dia. Dapat je pic dari OP, terkejut tengok aksi spontan kami ni, haish !

Bukanlah berharap sangat nak menang GA ni, sekadar mencuba nasib je ;)

~ sepi seorang perindu ~

Monday, 18 February 2013

~ meja bakal pengantin ~


Gini la meja si bakal pengantin, kena settle keje sebelum cuti panjang :(


~ sepi seorang perindu ~

Friday, 15 February 2013

~ sgt sibuk :( ~


Sibuk wat persiapan majlis...sibuk siapkan claim staf sebelum cuti kawin...uwaaaaaaaa...
tiap malam bwk balik keje ofis...sadis x?

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 13 February 2013

~ kami ke Kuala Kangsar ~

Majlis terakhir yang kami hadiri sebelum majlis kami pulak ;) Ni wedding bff saya, Zue. Lama dah kawan ngn dia ni, lebih kurang 9 tahun. Memang dah faham sangat feel dia... Zue ni memang rapat sangat ngn saya, dah macam kembar pun ada bila ke mana2 berdua je... Jadinya,  majlis dia , saya datang awal, stay 1 malam kat bandar Kuala Kangsar. Gerak dari Sabak Bernam pagi 10/2/13, then sampai Kuala Kangsar lebih kurang kul 4 petang. Terlewat sebab tersesat jauh dah ;). Rutin kami, kalau pegi memane, tak sesat, memang tak sah kan... Kami tidak  berdua sahaja, tetapi bertiga, saya bawak anak buah sorang.




Sibuk nak snap pic ni bukti kami sampai ke Kuala Kangsar ;)
Hotel tempat kami menginap, 1 malam RM 80 je, selesa. Dekat ngn kedai makan, 7E, kebetulan sebelah hotel ni ada funfair pulak malamnya.
Dari hotel, terus ke rumah Zue, masuk je bilik pengantin, dia nak menjerit dah, happy sgt sbb bff dia ni sampai juga ke Kuala Kangsar tu ;). Time ni sebelum akad nikah.
Selamat jadi husband n wife. Husband Zue ni kawan saya juga, kami sama2 belajar kat PSIS dulu
Haruslah snap pic ngn pengantin kan, amik seri ;)
Practise dok atas pelamin

Sebelum balik ke hotel petang tu, kami makan dulu...Lapar, perjalanan jauh kan ;)

Hari kedua majlis Zue 11/2/13. Kemas2 barang, bersiap, lebih kurang 11.30 pagi, check out hotel , then gerak ke rumah Zue.



Sambil pegang hadiah, sempat lagi nak snap pic kat banting dia...

Guestbook tidak dilupa. Haruslah meninggalkan beberapa pesanan buat pengantin ;)
Menu yang saya amik...Nasi separuh ok...Lauk je yang banyak...
Bakal pengantin menikmati nasi minyak ;)
Perut dah kenyang, baru masuk jumpa Zue ;)

Sebelum balik, naik pelamin sekali lagi...hehehehe
Time ni dah kul 7 malam, tapi cuaca masih terang lagi

Jangan terliur lak tengok pic kami ni. Makan satay besar kat Satay Hut Tanjong Karang . Satay dia memang besar  sangat, kami order 5 cucuk yang besar n 20 cucuk yg biasa. Tu pun tak habis makan bertiga ;)

~ Kuala Kangsar >>> Tanjong Karang >>> Sabak Bernam ~
Penatttttttttt


~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 7 February 2013

~ Muram ~

Muram, suram...mood nak update pun dah ke laut... Makin dekat harinya, semakin diam, kelu, sepi...Diam 1000 bahasa, mungkin diam lebih baik buat masa sekarang. Bukan tak mau bertolak ansur, tapi dua2 belah pihak mainkan peranan penting kan. Tak guna tolak ansur dari sebelah pihak je, masalah tetap tak kan selesai... 23 hari lagi :(

Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hati ini....
~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 6 February 2013

~ WW ~


Amik pic kat google : Berangan nak camni atas meja makan beradab ;)


~ sepi seorang perindu ~

Monday, 4 February 2013

~ heading to PD ~

Maaf semua, saya akan ke PD untuk menghadiri kursus selama 2 hari, jadinya, 2 hari la blog ni sunyi sepi. Doakan saya selamat pergi dan balik k. Si darah manis nak pergi jauh ....1st time drive sorang jauh2 gini :(

Zaman masih kurus :(

~ sepi seorang perindu ~

Friday, 1 February 2013

~ Apakah ?? ~


Agak2 korang, barang apakah ini?? Beli kat Gruopon je, murah ;) Untuk kegunaan di masa hadapan...


~ sepi seorang perindu ~