:: Tentang Seseorang ::
- Puan Awin
- Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
- isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)
:: Follower Saya ::
Thursday, 18 December 2014
~ Baki Cuti Rehat ~
2014 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Sekali tengok baki cuti tahun, masih berbaki 18 hari lagi. Alhamdulillah mengandung kali ni , kurang amik MC dan cuti rehat sebab alahan masih terkawal. Baki cuti tahun nak bawak ke tahun hadapan. Ye la, nanti dah de baby, tambahan kalau baby kurang sihat, mesti ibu kena kerap cuti kan. ;)
~ sepi seorang perindu ~
Wednesday, 17 December 2014
~ WW ~
Monday, 15 December 2014
~ Bengang !! ~
Erm.... entri luahan perasaan ....
Semalam, balik dari Tanjong Karang, masuk bilik, tengok tabung duit, beralih tempat. Dah rasa tak sedap hati. Pegang dan angkat tabung, tabung yang asalnya penuh dengan duit, dah kosong. Bukak tabung, yang tinggal cuma duit 1 sen dan 5 sen. Tak terkata apa, air mata terus mengalir. Hampir setahun mengumpul hasilnya, tak kira 20 sen, 50 sen, singgit, 5 hinggit, 10 hinggit, sume sumbat dalam tabung tu, anggaran jumlah sume yang ada dalam tu lebih kurang rm300-rm400. Baru bercadang nak g bank untuk simpan dalam akaun cuma lum berkesempatan. Memang kejam orang yang mengambil hak saya, kejam sebab saya tau orang dalam rumah juga, bukan orang luar... Tuhan je la yang akan membalasnya nanti.... Takde semangat dah nak menabung lagi sebab bila masukkan duit, duit jatuh ke dasar memandangkan tabung dah kosong :(
Thursday, 30 October 2014
~ 2nd trimester ~
'baby' ngh meniarap , cumel je... scan time 15w |
Alhamdulillah, dah mula memasuki trimester kedua, alahan semakin berkurangan cuma morning sickness tiap pagi tetap ada. Selera makan pun bertambah, cuma berat badan je turun naik tak menentu. Makan semakin kerap dengan kuantiti yang sedikit. Perasaan risau tetap ada walaupun dah masuk trimester kedua. 3 Nov 2014 ni saya akan buat 'detail scan' di Hospital Raja Permaisuri Bainon Ipoh. Mohon doakan kami berdua baik-baik aje.
Friday, 8 August 2014
~ Alhamdulillah ~
Rezeki dihujung ramadhan setelah hampir setahun berttc selepas perginya buah hati kami, Allah kurniakan penggantinya ;) Doakan kami berdua selamat ye ...
Wednesday, 25 June 2014
~ Kursus Bersama ~
Tuan tanah sedang kursus selama 3 hari bersama Incik Suami, memang heaven pegi kursus yang sama,boleh duduk sebilik.... Ada pulak yang bertanya : suami isteri pegi kursus,anak-anak dok ngn siapa?. Alahai...tak sangka pulak ada yang bertanya soalan sedemikian....
Thursday, 8 May 2014
~ ♥ ~
7 mei - Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi allah yang terbentang luas ini. Syukur kerana saya dikurniakan seorang suami yang sangat memahami, sering melengkapi kekurangan antara satu sama lain.Pasti semua tahu yang kami kehilangan Adam kan? think +ve, Allah masih lum beri kami rezeki anak sampai ke hari ini, inshaallah Allah akan beri rezeki dalam bentuk yang lain pulak kan....
Saat berdua tatkala ini perlu dinikmati sebaiknya kan (ibarat mood bulan madu setiap hari ;)....Terima kasih Incik Suami atas kejutan kek dan jambangan bunga , semoga hubungan ini kekal sampai ke syurga......
Monday, 28 April 2014
Pengalaman ~ Alahan
Kali ni saya nak berkongsi pengalaman alahan yang teruk waktu mengandungkan arwah Adam :
1) 4 minggu pertama, saya ok lagi, makan masih berselera, cuma Incik Suami yang muntah-muntah setiap pagi. dia yang kurang selera makan, pastu dia juga yang mengadap asam boi setiap pagi.
2) masuk bulan kedua, saya dah mula morning sickness, setiap pagi memang wajib
3) hilang selera makan, berat badan semakin menurun daripada 75 kg ke 69 kg, disebabkan berat makin turun, saya masih boleh pakai baju nikah di pagi raya 2013 ( time ni dah 23 weeks)
4) paling teruk bila alahan bau peluh Incik Suami, masuk bilik pun kena tutup hidung, klu tak, memang termuntah tanpa disengajakan, korang bayangkan la tidur pun kena tutup hidung sebab tak tahan bau ;) sadiskan....
5) alahan dengan bau perfume Incik Suami, dia sembur je perfume kat baju, saya pun termuntah. padahal, perfume tu antara bau kesukaan saya
6) mengidam nak makan telur belangkas, nasib baik tercapai ;)
7) hanya boleh minum air sirap suam yang dibuat oleh emak saya, air lain tak boleh masuk. air siram pun, wajib mak yang buat, air sirap , Incik Suami atau orang lain buat, tak mau, ok !
8) 7 weeks sampai nak bersalinkan arwah (25 weeks) , morning sickness memang tak hilang, pagi petang siang malam mesti muntah, tak kira masa....sampaikan dalam kete, ready plastik beg je, senang nak muntah
9) alahan dengan segala macam bau losyen kat dalam ofis, kalau ada je kakak ofis sapu losyen pepagi, saya dah tutup hidung siap-siap.
10) minyak angin memang tak lekang dari tangan, wajib ada dalam handbag...
~ sepi seorang perindu ~
1) 4 minggu pertama, saya ok lagi, makan masih berselera, cuma Incik Suami yang muntah-muntah setiap pagi. dia yang kurang selera makan, pastu dia juga yang mengadap asam boi setiap pagi.
2) masuk bulan kedua, saya dah mula morning sickness, setiap pagi memang wajib
3) hilang selera makan, berat badan semakin menurun daripada 75 kg ke 69 kg, disebabkan berat makin turun, saya masih boleh pakai baju nikah di pagi raya 2013 ( time ni dah 23 weeks)
4) paling teruk bila alahan bau peluh Incik Suami, masuk bilik pun kena tutup hidung, klu tak, memang termuntah tanpa disengajakan, korang bayangkan la tidur pun kena tutup hidung sebab tak tahan bau ;) sadiskan....
5) alahan dengan bau perfume Incik Suami, dia sembur je perfume kat baju, saya pun termuntah. padahal, perfume tu antara bau kesukaan saya
6) mengidam nak makan telur belangkas, nasib baik tercapai ;)
7) hanya boleh minum air sirap suam yang dibuat oleh emak saya, air lain tak boleh masuk. air siram pun, wajib mak yang buat, air sirap , Incik Suami atau orang lain buat, tak mau, ok !
8) 7 weeks sampai nak bersalinkan arwah (25 weeks) , morning sickness memang tak hilang, pagi petang siang malam mesti muntah, tak kira masa....sampaikan dalam kete, ready plastik beg je, senang nak muntah
9) alahan dengan segala macam bau losyen kat dalam ofis, kalau ada je kakak ofis sapu losyen pepagi, saya dah tutup hidung siap-siap.
10) minyak angin memang tak lekang dari tangan, wajib ada dalam handbag...
~ bila teringat balik, indahnya saat mengandungkan arwah..... saya pasti akan rindukan saat itu. lain orang, lain alahannya kan... ~
Friday, 11 April 2014
~ Perginya Buah Hati Kami ~
Tuesday, 8 April 2014
~ Bukit Fraser ~
Percutian paling menjimatkan , yang pastinya ini kali pertama dan kali terakhir kami ke sini... Sangat scary dengan keadaan jalan naik dan turun . Bukanlah 2nd honeymoon :( , sekadar percutian rehatkan badan dan tenangkan fikiran.
Kos :
minyak : RM50 ( pegi dan balik)
penginapan :2H1M RM50 (bilik deluxe)
makan : RM 100 = 3x makan ( 2 orang )
Sangat menjimatkan kan...Suasana memang seronok, sunyi, sepi, tenang, sejuk je, nyaman sangat. tapi disebabkan kami datang hari Rabu , balik hari Khamis, memang kurang pengunjung, takut pun ada, hehehehe
Kos :
minyak : RM50 ( pegi dan balik)
penginapan :2H1M RM50 (bilik deluxe)
makan : RM 100 = 3x makan ( 2 orang )
Sangat menjimatkan kan...Suasana memang seronok, sunyi, sepi, tenang, sejuk je, nyaman sangat. tapi disebabkan kami datang hari Rabu , balik hari Khamis, memang kurang pengunjung, takut pun ada, hehehehe
Trademark Bukit Fraser, kalau naik, tak snap pic kat sini, tak sah la kan.... |
Menu dinner kami, ala2 western gitu |
Kami menginap di sini, sebelum balik , posing sat... |
Kami balik dulu, inshaallah tak datang lagi pasni ;) |
Thursday, 3 April 2014
~ Persoalan ~
1) Apakah hukumnya menantu memburuk-burukkan mertua di laman sosial, contohnya : FB
2) Apakah hukumnya seorang isteri melarang si suami menemui ibu kandung suami?
3) Apakan hukumnya seorang suami tidak menegur si isteri yang bertindak kurang ajar dengan mertua (ibu kepada suami) ?
~ tepuk dada, tanyalah iman ~
Monday, 24 March 2014
~ Hand Bouquet ~
nikah - HB ni free sebab saya join contest Mrs Nelly |
Sanding - sepatutnya time sanding, guna HB lain, tapi dah pegang kat tangan, nampak HB tu kecik, kurang menyerlah, terpaka guna HB time bertunang. time ni masih kat dalam bilik, belum turun ke bawah |
Pas salam Incik Suami, ada pulak orang hulur HB fresh flower ni, surprise pulak.... |
RM150++ regenya.. pe pun, thanx Incik Suami |
Resepsi belah laki - HB ni la sepatutnya digunakan time sanding. Saya beli online, agak mahal lebih kurang RM80++ |
~ BBQ ~
Semalam punya cerita, ber bbq lah kami di garaj kereta tepi umah. Makan ramai2 ngn ank2 buah, memang seronok, riuh rendah. Kena tunggu cuti sekolah baru ada peluang nak ber bbq ;) Perapan sume saya yang sediakan, Incik Suami tukang bakar je... Pepagi lagi dah kuar ke pasar, membeli apa yang patut. Sampai umah, bersihkan bagai, perap, simpan dalam peti ais sementara menunggu ke malam. Lagi lama diperap, lagi sedap....
ikan kembung + ikan pari, dah perap, ready untuk disimpan |
sotong |
udang |
sosej + capsicum + bawang besar |
kat garaj kereta pun jadilah ;) |
air asam + sos cili + bbq sos + blackpepper sos |
budak yang paling kecik tu siap tanya, nape berkelah kat garaj, bukan tepi pantai??
~ Jahitan Felt Pulak ~
Sebelum ni kami ke kelas Red Velvet kan? Kali ni kami ke kelas Jahitan Felt pulak, tempat yang sama, kat Kolej Komuniti Tanjong Karang juga....Dalam kelas, laki bini dok depan sekali, bila pengajar tanya Incik Suami, yang sebelah awak tu isteri ke?? Incik Suami jawab, bukan isteri tapi rakan sebilik, 1 kelas ketawakan kami... Pandai pulak Incik Suami melawak ye....
~ sepi seorang perindu ~
Khusyuk menjahit felt |
Saya lukis, potong, Incik Suami yang jahit, motif?? Sebab dia malas nak menggunting felt tu sume... |
Inilah hasil tangan laki bini. Klu ada yang perasan, LOVE KEYCHAIN tu saya pernah jahit untuk doorgift tetamu time majlis saya. Sebelum ni jahit felt, belajar dari youtube je, g kelas ni untuk tambah ilmu.... |
yang ni Incik Suami buat sendiri kat umah |
Friday, 21 March 2014
~ meja Guest Book ~
Maaf ye semua, dah setahun kawin, baru ada mood nak review tentang majlis saya. Waktu saya peknen dulu, memang tak larat nak tengok pic kawin sendiri, bukak je album, memang kompom akan muntah, kesian kan....La ni, baru mood tu kembali untuk mengupdates. Mana tau, idea saya boleh digunakan untuk B2B yang lain pulak.
beli frame gambar murah je, pastu muncul idea nak buh pic kami zaman kanak2. Serius Incik Suami terkejut tengok pic tu time majlis kami |
coklat dalam box tu saya tempah dengan Kak Ct , tak ingat pulak berapa harganya 1 pcs. coklat ladybird tu beli kat kedai, pastu buh dalam balang |
pen warna-warni untuk menulis kat guest book |
guest book ni saya deco sendiri, copy paste contoh frame dari google, then, print atas kertas tebal, ada 100 helai muka surat |
yang ni deco meja guest book belah laki, tetap guna guest book yang sama, jimat kos ;) bezanya ada tambah dinding kayu kat belakang tu untuk elakkan meja tu nampak kosong |
kipas warna-warni tu recycle balik kipas yang saya dah guna untuk deco bilik pengantin.... |
~ simple deco untuk meja guest book saya ~
Subscribe to:
Posts (Atom)