♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Friday, 4 January 2013

~ Muhasabah Diri ~

Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan sebarang penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ‘Tiadalah seorang hamba Allah swt yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah swt mengharamkannya dari memasuki syurga’. (Hadis Muttafaq’alaih)

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27.  "Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.

Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)

** Saya rela terima tekanan bebanan keje yang banyak berbanding tekanan dengan suasana kerja yang hambar, sepi....Tabahkan la hati ini untuk melalui hari2 mendatang di tempat saya mencari rezeki....**




~ sepi seorang perindu ~

15 comments:

  1. muhasabah pagi2..
    huhu

    same La kite Win..kdg2 t'pk, npe La kt tmpt cr rezki La pLg byk org peLek2 Sya tgk..huhu

    Awin, jom exchange Link nk? Sya br add Link Awin kt bLog Sya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib la incik tunang ada bg moral support...klu x, mmg down sungguh...

      exchange link camne? awin x reti nk buat ;)

      Delete
    2. hehehe. tak.. mksd Sya tuka Link. Sya letak Link Awin kt bLog Sya. Awin LEtak La Link Sya bLog Awin. pape senang nk taw update. tu jek. hehehehe

      Eh, actually ade prob ke kt office?? Sya penah gk prob kt tmpt keje. rs cm xde mood jek. hoho. xbest! tp skang OK La..

      Delete
    3. aah...x sonok ngn suasana kerja ...

      ok, done...dh buh link sya kat blog awin ;)

      Delete
    4. hehe. thanks Awin~

      Alaa... susah2 tuka keje je..cm Sya ni mmg aim nk tuka tmpt keje. sbb Sya kt Perak. Aiman (tunang) lak kt putrajaya. tp sbb gaji sini OK, tu yg ingt nk tahan duLu. after kawen dLm 1-2thn br transfer.

      Awin keje private ker gov??

      Delete
    5. welcome....

      awin keje gov la sya ;)

      Delete
  2. Nama dan alamat ekin :

    NURUL ASHIKIN JAMAL
    A-13-02, PANGSAPURI MUTIARA MAGNA
    METRO PRIMA,
    52200 KEPONG, KL

    ReplyDelete
  3. kat mana2 comp semua gitu kan...mesti ade...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...kat mana2 tempat pun mesti ada situasi gitu kan...

      Delete
  4. bila kita fikir kehidupan skrg, kita jadi takut...
    semua terletak dlm hati...

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan...
    Kalau kite bekerja dgn ikhlas dan niat mencari rezeki yang halal, insyaallah akan dapat balasan yang setimpal. semoga tahun 2013 jadi tahun yang lebih cemerlang.
    jemput jengah blog akak.
    http://nabihahsejutarasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. salam cik awin comel
    Ta dtg melawat cik awin

    ReplyDelete
  7. setiap sesuatu itu datang dengan tanggungjawab kan.hmmm

    ReplyDelete