♥ 2 Hati Jadi 1 ♥

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

:: Tentang Seseorang ::

My photo
Sabak Bernam, Selangor, Malaysia
isteri kepada Jumadin, ibu kepada sorang cahayamata dan sorang wildan syurga ;)

:: Follower Saya ::

Thursday, 31 January 2013

~ Wedding Cik Mah ~



B2B sekalian, de sesape pegi wedding Cik Mah Sabtu (2/2/13) ni tak? Kalau ada, leh la kita jumpa di sana.... Berkenal-kenalan sebab sebelum ni kenal di alam maya je ;)


Maaf Cik Mah, amik 1 pic dari blog Cik Mah tau...

~ sepi seorang perindu ~

Friday, 25 January 2013

~ Calar ~

Rentetan daripada Kisah Ini , lepas dia telefon bagitau, saya memang lum tengok lagi hasilnya. Sekali nak kuar ngn dia, saya sampai depan umah, tengok2, tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Ni bukan calar sikit cik abang oi! ni calar banyak ok. Abis cat kereta melekat kat dinding parking , sikit katanya... Alahai...Cermat la sikit, bukan senang nak dapat , beli pakai duit tau, bukan guna air liur je.Baru pakai 3 bulan tu.....Haish




~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 24 January 2013

~ Checklist : updated ~

1. Tarikh nikah, sanding, tandang
Nikah : 02.03.13
Sanding: 03.03.13
Bertandang : 09.03.13

2. Kursus kahwin ,dokumen penting
Kursus kahwin : DONE
HIV Test :
DONE
Borang-borang : DONE

3. Venue
Nikah, Sanding : DONE

4. Hidangan, Kanopi
Hidangan : dalam perbincangan
Kanopi :
DONE
Khemah rewang : DONE
meja kek : DONE
meja hidangan :  DONE

5. Pelamin
Nikah n Sanding : DONE
Bertandang : takde pelamin

6. Photographer
Nikah n Sanding : DONE
Pre-Wed :  DONE

6. Wedding outfit
Nikah : DONE
Sanding : sebulan sebelum majlis

7. Makeup
Nikah n Sanding : DONE

8. Doorgift 
Tetamu : DONE
Kawan / blogger : DONE
Pengiring : in progress

9. Bunga Pahar - DONE

10. Kad Jemputan- DONE

12. Kek -
DONE

13. Handbouquet
Nikah : DONE
Sanding : DONE

14. Guest List
Kenalan Mak Ayah : DONE
Kawan Sendiri :
DONE

15. Pengapit
Nikah : DONE
Sanding :
DONE
 
16. Dresses for family
her family : DONE
his family : DONE

17. Wedding heels
Nikah : DONE

18. Aturcara majlis

  (02.03.13)- 9 malam : akad nikah 
 
  (03.03.13)

11 pagi - 4 petang : jamuan makan 
9 pagi : khatam al quran
12 tengahhari : bersanding 

19. Spa Treatment - NOT YET ( lum de masa coz bz dengan kerja ofis )

20. Bilik Pengantin
Katil : DONE
Comforter : DONE
Bantal : DONE
Skirting Katil : DONE
Side Table : DONE
Deco :
DONE
Wardrobe : DONE
 
21. ceremony, entertainment & kompang- DONE

22. Guestbook Table
Guestbook : DIY ( DONE ) 
Alat tulis : DONE 
Deco : DONE

23. Others
Bunga Manggar : DONE
Makan beradap : DONE

** 37 days to go ;) ..nervous **

~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 23 January 2013

~ Wordless Wednesday ~


Agak2 korang tau tak katne si kecik ni baring? Puncanya, si kecik ni merajuk dengan maksu (saya la tu ) sebab maksu tak bawak gi makan KFC Sabtu lepas. Saya kepenatan, pas beli barang, g cuci kereta, tu yang terus balik rumah. Sampai je kat rumah, dia mengamuk dalam kereta, habis campak sume barang dari seat. Baru 4 tahun, tapi mulut dia macam budak umur 14 tahun ;)


** Auto publish je ok...Tuan empunya blog bercuti sehari **


~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 22 January 2013

~ Teaser ~



Teaser sikit..... Agak2 korang la kan, mende apa ni?? Yang ni pun DIY juga, tapi kurang seni sebab tangan ni kurang kreatif ;)

~ sepi seorang perindu ~

Monday, 21 January 2013

~ Red Velvet ~


Dah macam iklan ubat gigi ;) Pas Falsya anta red velvet, haruslah snap pic dulu ngn blogger2 gorgeos si Zila n Falsya ...Dapat jumpa sekejap je, tak sempat nak sembang2

Suka sgt tengok cup cake ni, rasa sayang nak makan sebab cumell

Muka tak sabar nak makan dah ;)

Tak pandang orang sebelah dah , time ni tak fikir pasal diet.. Fikir nak makan je ;)

Sedang menikmati keenakan red velvet ;)

** Dah tak mengidam red velvet sebab dah dapat, erm.... tapi mulut rasa teringin makan mende lain pulak :-p **

~ sepi seorang perindu ~

Thursday, 17 January 2013

~ Pro & Kontra ~

Dia = Anak Sulung + Saya = Anak Bongsu


Saya 
  • Keras hati & degil ( kompom)
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Tetap pendirian
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan ( kompom )
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu ( salah satu kelebihan yang saya ada ;) )
  • Pandai berdebat ( dan tentu la kan, banyak hujah )
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong
  • Tidak boleh duduk diam
  • Rajin
  • Agak boros ( kadang2 je )


Dia 
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai yang lemah lembut
  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Bersikap suka menangguh-nangguh ( sikap dia yang cukup saya tak suka )
  • Cepat marah & cepat sejuk  ( jarang tengok dia marah )
  • Suka bercakap & berdebat ( cakap dia je la yang betul, dia je nak menang, haish! )
  • Suka buat lawak & bergurau ( kadang2 orang ngh serius pun, dia leh buat lawak )
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan & pandai berkawan ( sgt mesra alam dgn sume orang )
  • Mudah kena selsema ( antibodi x kuat, harap je badan besar :-p )

~ Pro dan Kontra antara kami, memang selalu tak serasi ;) Masing2 saling kekurangan yang perlu dibaiki untuk saling melengkapi... Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi kami bakal suami dan isteri ;) ~



~ sepi seorang perindu ~

Wednesday, 16 January 2013

Kasut ~ DIY ke??

 Rini nak cerita pasal kasut ...hehehhe...2 pasang kasut ni guna untuk nikah dan majlis resepsi. Terdapat perubahan sikit , patutnya kasut coklat cam dalam entry ni pakai untuk nikah dan majlis belah laki nanti, tapi.....si Incik Tunang tu nak sangat saya pakai baju yang meleret2 untuk kenduri belah dia, jadi, dia belikan saya kasut lain.Kasut ni saya pakai time nikah dan malam berinai.


Sebelum

Selepas

Kasut yang ni pulak saya akan pakai untuk majlis resepsi belah laki nanti. Rege sama je dengan kasut yang atas nun, pattern pun lebih kurang sama je. Tapi, Incik Tunang tolong bayar untuk kasut yang bawah ni ;)


Sebelum

Selepas


Ada beza tak untuk dua2 kasut kat atas nun? Maaflah, saya kurang kreatif, tapi sekadar mencuba supaya dua pasang kasut tu tak nampak kosong je, g kedai bunga, rembat apa yang patut. Lik umah, match kan dengan kasut dan itulah hasilnya...Simple tapi saya suka ;) Anda suka tak? hehehehe... Jawab ikhlas ye...




~ sepi seorang perindu ~

~ WW ~


Camne nak diet kalau gini menunya?? Haish...Ops...ayam tu bukan untuk sorang makan ok! Untuk 3 orang makan tu...Jangan salah faham ;)




~ sepi seorang perindu ~

Tuesday, 15 January 2013

~ Terluka ~

Dugaan apakah ini ? Kebaikan saya disalah tafsir....Salahkah saya?  Kata2 yang diluahkan oleh dia cukup membuatkan saya terluka dan kecewa...

Oleh itu, sebelum mengucapkan sesuatu...berfikirlah dahulu..apakah kata-kata yang di ucapkan akan menyakiti seseorang ..jika rasa akan menyakitikan.. sebaiknya jangan pernah dilafazkan...berfikirlah dahulu.. apakah kata-kata yang akan dilafazkan setimpal dengan akibat yang akan diterima ??..kemudian dengan mudah memohon maaf dan minta dilupakan apa jua yg pernah keluar dari mulut....tidak semudah itu seseorang akan menerimanya... berbanding dgn apa yg telah dia rasa...Mungkin ini dugaan dalam  bertunang..Semoga saya tabah hadapi dugaan2 yang mendatang ...

 ~ Sabarlah duhai hati ~




** Half day rini, kepala rasa berat sangat sebab tak cukup tidur... Badan letih kurang rehat...**

~ sepi seorang perindu ~

~ Takde Maknanya ~

Ahad lepas g pasar tani kat Stadium Shah Alam. Gigih berjalan dalam hujan lebat ye. Sambil berjalan dalam hujan, terpandang cup cake yang comel, terus beli 6 pcs untuk bagi kat Incik Tunang. Otw lik ke Sabak Bernam, saya singgah ofis dia, bagi cup cakes tu. Nak tau pe dia cakap??


Saya : Nah...
Incik Tunang : apa ni ? ( sambil tengok dalam plastik beg )
Saya : Baca lah..tanya lagi?
Incik Tunang : Ayat ni? erm... takde maknanya...

Pastinya dia makan tanpa sebarang perasaan bila tengok ayat tu...Haish! pakcik sorang ni, tak romantik sungguh la :-p. Bersusah payah saya basah kuyup beli cup cakes, dia leh jawab gitu... Sentap tau ;)
~ sepi seorang perindu ~

Monday, 14 January 2013

~ Ubat Tekanan ~



Ubat yang saya makan untuk kurangkan tekanan kerja rini . Sangat membantu dalam penghasilan lemak ;)




~ sepi seorang perindu ~

Friday, 11 January 2013

DIY ~ Pin Wheel

Sebenarnya dah lama mula buat mende ni, dok lipat2 kertas... Tapi tak siap2 pun sebab tersadai, terus buat yang lain pulak. Saya beli kertas A4 biasa je yang nipis, supaya jari2 halus saya ni tak sakit nak melipat dengan penuh kesabaran. Buat kat umah, tak siap lipat, bawak ke ofis pulak, lipat waktu rehat .
 Gigih kononnya kan... ;) Awin cantum kertas dan lekat guna gam je, tapi lubang kat tengah tu ikat guna benang. Dah siap membentuk kipas bulat, Awin tampal dolly paper untuk tutup lubang tengah tu. Dolly paper yang Awin beli ada 2 saiz : besar dan kecil sebab pin wheel yang Awin buat pun ada 2 saiz ;) Mesti korang tertanya2 kan, untuk apa pin wheel warna warni ni? Tunggu.....03.03.13 nanti ye ;)

Yang ni saiz besar, Awin combine 2 warna...
Hasilnya...

Hasilnya lepas gam dolly paper, maaf hasil tangan kaku ni kurang kemas ;)


** Banyak mende DIY nak share, tapi disebabkan mood nak menaip entah ke mana perginya . Balik umah pun, takde hati nak buat apa2, mungkin disebabkan badan terlalu penat , fikiran terlalu letih, tersadai sumenya :( **


~ sepi seorang perindu ~