3/8/2013
Malam tu ibu ngan ayah excited nak tau
jantina baby. Waktu ke Mydin membeli kelengkapan raya, nenek sempat belikan
tilam baby. Walaupun balik dah lewat, dalam kul 11 malam, tapi kami tetap
singgah juga kat klinik. Nak scan 4D, ayah yang tak sabar sangat sebenarnya.
Sekitar jam 11.30 malam, masuk bilk doktor. Doktor scan-scan, tak nampak
jantina kamu. Doktor bagitau air ketuban sangat-sangat kurang, mungkin kamu ada
masalah. Ibu dah rasa tak sedap hati, doktor suh refer ke hospital tempat ibu
bekerja. Malam tu dalam perjalanan balik, airmata ibu mengalir tanpa henti.
Ayah cuba pujuk ibu, katanya, jangan risau. Kamu akan ok...
4/8/13
Ibu makin resah, ibu tak nak jadi apa-apa
pada kamu. Ibu tak sabar nak jumpa doktor keesokan harinya (5/8/13/)
5/8/13
Ibu ke pejabat seperti biasa memandangkan
esok (6/8/13) ibu dah mula cuti raya. Tapi... kita hanya merancang, Tuhan yang
menentukan segalanya. Scan kat tempat
ibu kerja, doktor bagitau air ketuban ibu sangat sedikit. Kamu dalam keadaan
songsang. Ibu perlu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut petang
tu juga. 4.30 petang, ibu telefon ayah, ayah terus balik dari Tanjong Karang.
Ibu balik kerumah, mengemas barang-barang untuk dibawa memandangkan ibu perlu
masuk wad petang tu juga. Sepanjang perjalanan ke HTI, airmata ibu mengalir
deras. Ibu takut kehilangan kamu sayang. Sampai HTI, ayah daftarkan ibu ke wad.
Dalam pukul 8.00 malam, ayah pulang, tinggal la ibu seorang diri. Sekitar jam
9.30 malam, ibu di bawa ke dewan bersalin untuk scan keadaan kamu. Selepas
discan, doktor bagitau ibu yang kamu ada masalah. Sebab tu kamu tak boleh
recycle air ketuban dengan sendirinya. Kemungkinan kamu ada masalah samada
masalah mulut atau masalah berkaitan buah pinggang. Peluang untuk kamu hidup
sangat tipis. Dalam hati ini, Allah saja yang tahu perasaan ibu. Ibu kawal
airmata daripada mengalir di hadapan doktor. Doktor nak jumpa ayah kamu untuk
bincangkan hal ni tapi memandangkan ayah dah balik ke rumah, ibu bagitau doktor
yang ibu sendiri akan terangkan pada ayah kamu tentang keadaan kamu. Ibu
telefon ayah untuk terangkan masalah kamu. Ayah terima dengan tenang, tapi ibu
tau, ayah kamu selindungkan perasaan sedih tu daripada ibu. Ibu akan kehilangan
kamu sayang... Sepanjang malam ibu menangis sepuas hati mengenangkan kamu.,
hanya surah Yasin peneman ibu malam tu. Ibu terlena bersama linangan air mata.
6/8/13
Doktor pakar datang untuk buat pemeriksaan.
Doktor sekali lagi terangkan masalah kamu kepada ibu. Doktor nak rujuk ibu ke Hospital
Raja Permaisuri Bainon, Ipoh untuk scan yang lebih terperinci untuk tahu
masalah sebenar kamu. Petang tu ayah datang dengan dua-dua nenek kamu. Di
hadapan mereka, ibu tenang, tak kata apa-apa. Tak terluah rasanya. Ibu minta
ayah temankan ibu ke Ipoh keesokan paginya. Jadi, ayah kamu tidur di kawasan
meletak kenderaan hospital memandangkan perlu bertolak ke Ipoh seawal pagi.
Malam tu ibu menangis lagi dalam lena sampai sembap muka ibu.
7/8/13
Masa yang ditunggu dah tiba. 7.30 pagi, ibu
bertolak ke Ipoh menaiki ambulans. Ayah menyusul daripada belakang.
Memandangkan hari tu adalah sehari sebelum umat Islam menyambut aidilfitri,
kenderaan di jalanraya mulai sesak. Ibu tak fikir pasal raya, ibu hanya
fikirkan tentang kamu sayang.... 8.30 pagi ibu sampai di Ipoh, tunggu doktor
pakar untuk buat scan . Ibu masuk ke bilik, doktor terus scan. Sungguh indah
ciptaan Tuhan. Ibu boleh lihat wajah kamu saat itu. Air ketuban memang tiada,
kosong. Ibu tengok riak wajah doktor, seperti ada yang tak kena. Ibu makin
resah. Selesai scan, ayah kamu masih
belum sampai. Ibu tunggu ayah di luar bilik doktor. Ayah kamu sampai je, kami
terus masuk jumpa doktor. Doktor mula berikan penerangan tentang apa yang
berlaku sebenarnya. Ya Allah, airmata ibu deras mengalir tatkala mendengar
penerangan doktor di hadapan kami. Pasti, sememangnya ibu akan kehilangan kamu
tak lama lagi. Besarnya dugaan buat kami kali ini ya Allah. Ibu menangis
sepuasnya. Doktor bagitau kami, kamu tak punya kedua-dua buah pinggang, itulah
faktor yang menyebabkan kamu tak boleh buat air ketuban dengan sendirinya. Air
ketuban dihasilkan secara semulajadi oleh bayi di dalam kandungan. 1 dalam 1000
kelahiran akan terjadi sebegini. Masalah ini bukan disebabkan faktor pemakanan
, persekitaran atau faktor genetik si ibu. Dengan kata lain, semua ini adalah
kuasa Allah yang kita tak boleh jangka. Ayah bertanya peluang yang kamu ada
untuk terus hidup. Doktor terangkan , sekiranya kamu dilahirkan sekarang, kamu
hanya mampu bertahan selama 1 atau 2 minit sahaja, kamu masih boleh dilahirkan
secara normal. Kalau kamu dilahirkan cukup 9 bulan 10 hari, kamu masih membesar
seperti bayi lain, tapi kamu hanya mampu bertahan sekitar 24 jam sahaja. Dalam
keadaan ini, ibu tak boleh lahirkan kamu secara normal memandangkan keadaan
kamu yang songsang. Kamu tak boleh teruskan hidup macam bayi lain kerana kamu
tak punya salah satu organ terpenting dalan tubuh iaitu buah pinggang. Tatkala
ini, fikiran ibu kosong, ibu tak boleh fikir apa-apa . ibu buntu, runsing. Ibu
terfikir, apa salah dan dosa kami sehinggakan Allah uji kami dengan cara ini. Doktor
beri masa untuk kami fikir sebaiknya samada untuk simpan kamu sampai cukup
bulan atau TOP ( terminate of pregnancy ) sekarang. Keluar dari bilik doktor,
ibu menangis lagi di bahu ayah. Ayah masih nampak tenang tapi ibu tahu, dalam
hati ayah, ayah juga rasa sedih yang teramat sebab kami akan kehilangan kamu
selamanya. Ayah tenangkan ibu, katanya : sabarlah sayang. Bukan rezeki kita ada
baby secepat ini, kita masih muda, masih boleh ada baby lagi selepas ini. Ibu
masih menangis, ibu tak dapat bayangkan kecewanya nenek-nenek kamu yang menanti
kelahiran kamu. Bagaimana ibu nak terangkan pada mereka yang kamu takkan
bersama kami nanti? Ayah peluk ibu, syahdunya saat ini,Allah saja yang tahu.
Saat insan lain bergembira menyambut aidilfitri,
kami diuji dengan dugaan ini. Memandangkan masalah yang kamu hadapi, ibu minta
kebenaran dengan doktor untuk keluar wad petang ini juga. Doktor benarkan tapi
ibu perlu datang semula ke HTI 12/8/13 untuk dapatkan tarikh bersalinkan kamu
nanti. Sampai dari Ipoh, ibu terus kemaskan barang, gembira dapat balik ke
rumah, tapi kesedihan ibu masih lagi terasa. Dalam perjalanan balik ke rumah,
ibu masih menangis, ibu minta ayah benarkan ibu menangis semahunya sebab ibu
tak mahu menangis di hadapan nenek kamu nanti. Ibu harus kuat untuk terangkan
semua ini pada mereka. Sampai di rumah, ibu terangkan segalanya. Kalau nenek
rasa sedih, apatah lagi ibu yang mengandungkan kamu 22 minggu saat ini, ibu
yang merasa gerakan dan tendangan kaki kamu di dalam perut ibu, pastinya ibu
lebih sedih kan sayang...
8/8/13
Syawal dirai dalam keadaan suram, pagi raya
ziarah ke rumah sanak saudara. Ada juga yang bertanya tentang ibu masuk wad.
Ibu bagitau mereka yang kamu ok, kamu tiada masalah. Ibu kawal airmata daripada
mengalir. Ibu tak mahu sanak saudara tahu tentang masalah kamu. Biarlah kami
sekeluarga saja yang tahu.
12/8/12
Ibu ke HTI bersama ayah. Semua perkara
berkaitan kamu, ibu mahu ayah ada bersama. Ayahlah kekuatan ibu sekarang. Doktor
panggil kami untuk dapatkan tarikh daripada kami. Ibu tetapkan 21/8/13 untuk
masuk wad memandangkan 20/8/13 ayah kamu ada majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang. Ibu mahu raikan saat itu bersama ayah. Mulai saat ini sehingga
tarikh ibu akan bersalinkan kamu, ibu mula memhitung hari, saat dan ketikanya
yang ibu akan kehilangan kamu. Setiap malam sebelum tidur, ibu akan letakkan
tangan di perut untuk merasai pergerakan kamu, begitu juga ayah. Masih terasa
gerakan kamu yang semakin aktif. Ya Allah, kuatkan semangat kami menghadapi
ujian ini. Berat mata yang memandang, berat lagi hati ibu yang menanggung semua
ni.
21/8/13
Jam 8.00 pagi ayah dan ibu bertolak ke hti.
Dalam hati ini, risau, sedih, macam-macam bperasaan bercapur baur. Sepanjang
perjalanan , ibu senyap, ayah pujuk ibu supaya ibu jangan bersedih, jangan
menangis. Redhakan apa yang berlaku. Masuk ke wad, ibu berehat di katil.
Airmata ibu mula mengalir. Waktu ibu bersama kamu semakin menghampiri saat-saat
terakhir. Selepas ini, ibu tak dapat
rasai lagi gerakan kamu di dalam perut ibu.
22/8/13
Lebih kurang jam 10.00 pagi, doktor periksa
bukaan, baru 1 cm. Doktor masukkan ubat pertama. Selesai semuanya, ibu berehat
kat katil. Sakit mula datang macam senggugut tapi belum kuat, ibu masih mampu
bertahan. Hari ni ayah kerja, petang lepas kerja baru ayah datang tengok ibu. Ibu
belum pasti bila akan melahirkan kamu, jadi, ibu suruh ayah kerja dulu. Lebih kurang
jam 1.00 petang, doktor perika bukaan, masih 1 cm. Doktor masukkan ubat yang
kedua. Sakit mula kuat. Ibu masih boleh bertahan, ibu masih terasa gerakan kamu
di dalam perut. Jam 5.00 petang , doktor masukkan ubat yang ketiga. Sakitnya,
Tuhan saja yang tahu. Ibu dah tak lalu nak makan, asyik muntah-muntah sambil
menahan sakit yang amat sangat. Ayah dan nenek datang melawat ibu petang tu. Lebih
kurang jam 10.15 malam ibu ditolak ke dewan bersalin. Tepat jam 10.33 malam,
kamu lahir ke dunia. Badan kamu kebiruan , mungkin kekurangan oksigen, kamu dah
tak bernafas lagi, berat kamu ketika lahir 600 gram. Kamu cukup sempurna, cukup
sifat seperti bayi lain. Saat doktor tunjukkan kamu pada ayah, ayah mengalirkan
airmata, sayang..... Pasti ayah terasa sedih , zuriat yang dinanti selama ini
telah tiada. Telinga, hidung, muka, susuk tubuh kamu mirip ayah. Anak ayah
rupanya. Memang anak ayah sungguh kamu ni...
ADAM BIN JUMADIN, tenanglah kamu di sana,
tunggu kami di pintu syurga ,sayang....Ibu dan ayah sayangkan kamu
sangat-sangat walaupun Tuhan pinjamkan kamu hanya sementara untuk kami...
~ sepi seorang perindu ~